Setiap wanita tentunya pernah mengalami walau sekali masalah pada alat sulit atau vagina. Masalah keputihan misanya merupakan salah satu masalah yang kerap dan popular dihadapi oleh kebanyakkan wanita di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. 

Namun yang menyedihkan adalah masih tidak ramai yang tahu akan implikasi keputihan kepada kesihatan diri.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis makanan punca keputihan bagi kaum wanita yang perlu dielakkan dari makan.

Apa itu keputihan?

makanan punca keputihan

Keputihan (Fluor Albus atau Leukore) adalah satu keadaan yang berlaku pada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya dari lubang faraj. 

Keputihan berlaku untuk membuang sel-sel lama dan serpihan, memastikan faraj dan saluran pembiakan dalam keadaan bersih serta sihat.

Jumlah keputihan yang keluar dikatakan berbeza-beza bagi setiap orang.

Tambahan lagi, dari segi warna, konsistensi dan jumlah juga boleh berubah dari hari ke hari bergantung pada kitaran haid seseorang.

Penyebab berlakunya keputihan

Secara umumnya, terdapat empat faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah keputihan wanita ini. Berikut adalah antara penyebabnya:

  • Faktor kebersihan: kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj).
  • Faktor hormon: gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh disebabkan oleh perembesan hormon estrogen, pengambilan ubat, tekanan hidup, dan pengambilan pil perancang keluarga / pencegah kehamilan.
  • Faktor gaya hidup: gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan.
  • Faktor kesihatan: wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, barah, atau leukimia, berpotensi lebih mudah mendapat penyakit keputihan.

Jenis-jenis keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Untuk pengetahuan anda, keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. 

Manakala, keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. 

Jadual di bawah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis keputihan:

SifatKeputihan FisiologisKeputihan Patologis
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTidak berbauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subuh dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlukan rawatan yang segera

1. Makanan tinggi lemak

makanan punca keputihan

Makanan punca keputihan yang pertama adalah makanan yang mengandungi tinggi lemak. Makanan yang tinggi lemak bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan, malah memberi ancaman kepada kesihatan diri.

Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.

Terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat.

Keadaan salur darah tersumbat inilah yang akan menyebabkan berlakunya strok dan serangan jantung selain keputihan bertambah teruk.

2. Alkohol

Alkohol bukan sahaja menjadi makanan punca keputihan. Ia bahkan memang memberi kesan yang negatif kepada kesihatan tubuh badan pada keseluruhannya.

Pengambilan alkohol bagi wanita tidak dinafikan akan mempengaruhi kesihatan organ wanita. Ia menyebabkan vagina menjadi kering dan gatal.

3. Makanan manis

makanan punca keputihan

Musuh utama yang terdapat dalam makanan manis adalah kandungan gulanya yang tinggi. Menurut pakar Obstetric dan Gynecology, gula yang tinggi ini boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada vagina.

Bukan itu sahaja, pengambilan kadar gula yang tinggi ini juga boleh menjadikan keputihan berubah gatal dan berbau tidak menyenangkan.

Malah akan lebih teruk lagi sekiranya kawasan vagina selalu lembap dan basah.

4. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng berpotensi besar menyebabkan jangkitan bakteria pada organ wanita semakin parah.

Hal ini kerana makanan punca keputihan seperti ini membuatkan tubuh tidak dapat zat gizi yang mencukupi seperti mana yang disarankan oleh doktor.

5. Makanan pedas

Makanan punca keputihan yang terakhir adalah makanan yang pedas. Sebahagian besar masyarakat Melayu memang tidak boleh lari dari makan sambal untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam.

Ringkasnya, sambal ini sudah menjadi menu wajib di atas meja makan lebih-lebih lagi bagi yang suka masakan ala kampung. 

Namun pengambilan makanan yang pedas seperti itu perlulah berpada-pada.

Kesimpulannya, penjagaan pemakanan yang baik menjadi salah satu langkah pencegahan daripada penyakit keputihan. Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai jenis-jenis makanan punca keputihan ini dapat membantu anda dalam menangani masalah yang disebabkan oleh kewanitaan.

Selain dari panduan makanan punca keputihan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kesihatan wanita seperti:

Sumber:

  1. Penyakit Keputihan. My Health
  2. Jenis Keputihan Yang Wanita Wajib Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal. Homage
  3. Inilah Beberapa Makanan untuk Mengatasi Keputihan. Halodoc

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.