Penyakit batu karang merupakan salah satu gangguan pada saluran kencing yang biasa menyerang manusia dalam tempoh 20 hingga 60 minit seakan datang dan pergi.

Sebagai pesakit batu karang pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis makanan dilarang untuk batu karang yang boleh anda elakkan.

Apa itu penyakit batu karang?

Batu karang adalah butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Masalah ini boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter.

Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi.

Penyakit batu karang kebiasaannya menjadi masalah kepada kaum lelaki yang berumur 20 hingga 40 tahun.

Faktor penyebab kepada sakit batu karang

Punca batu karang adalah disebabkan oleh kadar kalsium dan oxalate tinggi serta kompoun sitrat rendah dalam urin. Dalam masa yang sama terdapat banyak penyebab lain yang menjadi punca kepada sakit batu karang ini antaranya seperti:

  • Kurang minum air: urin menjadi pekat
  • Vitamin C yang berlebihan: penghasilan oxalate yang banyak dalam urin
  • Kalsium tinggi dalam badan: kandungan kalsium tinggi dalam urin
  • Pengambilan garam yang banyak: menyebabkan kalsium disingkirkan ke urin meningkat
  • Pengambilan makanan tinggi lemak omega-6: menghasilkan oxalate tinggi dalam urin

Tanda / simptom batu karang

  • Sakit belakang secara tiba-tiba
  • Sakit merebak ke bahagian ari-ari
  • Rasa loya
  • Sakit ketika kencing
  • Merasa kencing berpasir
  • Kencing berdarah

Komplikasi penyakit batu karang

  • Jangkitan buah pinggang
  • Nanah terhasil ketika membuang air kencing
  • Salur kencing bocor
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sepsis

Jenis-jenis batu karang

makanan dilarang untuk batu karang

Menurut dapatan yang diperolehi, sebanyak 75% daripada kes batu karang adalah jenis batu kalsium. Ia terbentuk hasil campuran 80 peratus bahan kalsium dimana ia berbentuk bercabang dan tajam.

Hal in kerana kandungan kalsium terlalu tinggi. Kalsium boleh tercabut dari dinding salur kencing dan menyebabkan lebih banyak tempat berlaku enapan kalsium.

Kedua adalah batu struvite atau batu jangkitan yang terbentuk dari unsur magnesium, ammonia dan fosfat yang bercampur dengan karbonat. Batu Struvite ini juga kerap dialami kepada mereka yang kencing kotor

Ketiga jenis batu yang selalu ditemukan adalah batu asid urik. Yang mana batu ini dikatakan terjadi sebanyak 6% dari jumlah kes batu karang yang dilaporkan. Ia berlaku disebabkan oleh kekerapan pesakit yang mengambil diet tinggi dengan purine.

Makanan dilarang untuk batu karang

Terdapat beberapa kategori makanan dilarang untuk batu karang yang perlu kita elakkan. Berikut ini kami kongsikan beberapa contoh makanan dilarang untuk batu karang.

Makanan yang tinggi kandungan garam

makanan dilarang untuk batu karang

Pengambilan makanan yang tinggi sudah tentu memberi mudarat yang luar biasa kepada kesihatan kita. Makanan yang tinggi kandungan garam adalah seperti:

  • Udang
  • Kerang
  • Keju
  • Makanan yang diproses seperti sosej, nuget, daging burger, keropok dan sebagainya
  • Makanan dalam tin
  • Aneka jenis sup masakan
  • Aneka jenis kicap ataupun sos masakan
  • Aneka jenis ikan masin
  • Mentega
  • Jeli
  • Mee kuning
  • Pastri dan aneka jenis roti
  • Makanan segera
  • Minuman ringan

Makanan yang tinggi kandungan oxalate

Oxalate adalah sejenis bahan yang mampu untuk menghalang tubuh daripada menyerap kalsium. Apabila fungsi kalsium diganggu maka ia boleh naik ke dalam urin dan menyebabkan masalah batu karang.

Makanan yang kaya dengan oxalate adalah seperti:

  • Kacang tanah
  • Kacang soya
  • Ubi keledek
  • Coklat
  • Bijirin gandum
  • Sayur rhubarb
  • Sayur bayam
  • Sayur celery
  • Buah beri biru dan beri hitam
  • Buah kranberi
  • Buah oren
  • Teh
  • Kopi
  • Minuman bergas
  • Minuman beralkohol

Makanan dari sumber darat dan laut

Bagi pesakit batu karang, makanan dari sumber darat dan laut juga perlu dikurangkan dalam diet pemakanan harian. Makanan dari sumber darat dan laut adalah seperti:

  • Ayam
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Daging merah
  • Itik
  • Ayam belanda
  • Kerang
  • Udang
  • Ketam
  • Tiram
  • Udang karang
  • Kepah
  • Organ dalaman haiwan

Diet pemakanan bagi pesakit batu karang

makanan dilarang untuk batu karang

Menurut laporan New York Times, diet yang kaya dengan magnesium, kalium dan cecair dapat membantu memberi perlindungan kepada pesakit buah pinggang.

Selain daripada itu, barisan doktor dari Harvard yang disokong oleh Persatuan Jantung Amerika dan Institut Kesihatan Kebangsaan yakin bahawa diet di bawah ini boleh membantu dalam amalan pemakanan yang lebih baik:

  • Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari
  • Kurangkan pengambilan garam kepada 2,300 miligram setiap hari 
  • Makan 1,000 sehingga 1,200 miligram kalsium setiap hari

Selain dari info mengenai makanan dilarang untuk batu karang ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan sakit batu karang seperti:

Sumber:

  1. Medical and Dietary Therapy for Kidney Stone Prevention. Korean Journal of Urology
  2. Kidney Stone Diet: Foods to Eat and Avoid. Healthline
  3. The Kidney Stone Diet. The University of Chicago

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.