Untuk menyintai seseorang hati perlu sentiasa di isi dengan rasa yang positif. Sebabnya kita tak tahu sama ada dia juga suka kita ataupun tidak. Jika suka alangkah bertuahnya badan dan jika tidak suka terpaksalah berdiam diri sekejap untuk ubat rasa hati. Anda tahu tak bagaimana untuk luah rasa hati pada seseorang?
Di sini akan dikongsikan 5 cara nak luahkan perasaan pada crush. Patutkah luah perasaan? Ya sudah semestinya. Tiada ada apa yang boleh menjadi penghalang melainkan diri sendiri.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan merancang secara matang. Jika anda mempunyai rasa cinta terhadap sesorang itu, sudah semestinyalah anda mahu meluahkan rasa hati tersebut. Tetapi anda tidak boleh main meluahkan macam itu sahaja tanpa anda rancang dengan matang.
Dengan perancangan yang matang ia dapat menjadikan seseorang itu tertarik dengan cara anda dan juga akan mudah menerima anda. Seeloknya, jangan luahkan perasaan anda ketika si dia sedang ada tetamu atau di hadapan khalayak ramai.
Mungkin bagi anda ia merupakan sesuatu yang romantik, tetapi jika waktu itu,jika pada waktu itu dia sedang ada tetamu penting pasti akan menyebabkan si dia akan berasa malu dan akan terus menolak anda. Tidak semua orang boleh menerima cara sebegini. Jadi anda perlulah merancang cara luahkan rasa hati anda secara matang.
Cara luahkan rasa hati anda perlulah diluahkan pada waktu dan tempat yang sesuai. Ini merupakan satu faktor yang perlu anda ambil kira. Benar, anda sudah jatuh cinta dengan si dia dan takut si dia akan di sambar oleh orang lain, tetapi perlulah kena pada tempat dan waktunya. Anda mungkin boleh ajak bakal pasangan anda keluar makan di suatu tempat yang amat romantik.
Jadi pada waktu sebeginilah yang amat sesuai untuk anda meluah rasa hati anda pada bakal pasangan. Dengan cara sebegini, ia akan menganggap anda seorang yang matang, serius dan romantik. Jadi peluang anda diterima oleh bakal pasangan akan menjadi lebih tingggi. Tetapi jika masa yang anda pilih tidak sesuai, berkemungkinan besar perasaan cinta anda akan ditolak.
Jika anda hendak tahu cara luahkan rasa hati yang unik dan terbaik adalah dengan mengungkap rasa cinta anda dengan memberikan sesuatu yang digemari oleh si dia. Cara sebegini akan membuatkan bakal pasangan rasa gembira dengan pemberian anda.
Mahu lagi romantik, sambil anda beri, anda ungkapkan kata-kata yang romantis yang boleh membuatkan hati si dia cair. Cara luahkan rasa hati sebegini amat digemari dan sangat popular. Peratus untuk diterima juga menjadi semakin meningkat.
Ada sesetengah wanita meminati lelaki yang berani dan direct. Dalam erti kata lain meluahkan rasa hati secara langsung dengan penuh rasa berani dan yakin. Cara sebegini sebenarnya akan membuatkan wanita tersebut tertarik dengan anda lagi-lagi jika anda susuk tubuh yang agak macho. Wanita dengan senang akan rasa lebih selamat dengan lelaki sebegini.
Jika selalunya ramai yang menghantar sms atau mesej, kini sudah tiba masanya untuk anda meluahkan rasa hati anda secara langsung. Dengan cara begini anda juga boleh melihat reaksi si dia idaman dalam membuat keputusan untuk terima atau sebaliknya.
Dalam anda meluahkan perasaan anda jangan amalkan sikap agresif. Cara luahkan rasa hati sebenarnya akan membuatkan si dia berasa rimas dan akan menganggap anda sebagai seorang yang suka memaksa. Dalam meluahkan perasaan, anda perlulah tenang dan cool.
Jika anda meluahkannya dengan cara yang agresif kemungkinan besar perasaan cinta anda akan ditolak dengan mudah. Perlu diingatkan kebanyakkan wanita menyukai lelaki yang meluahkan perasaan dengan cara matang dan cool. Ramai wanita beranggapan lelaki seperti ini layak untuk dijadikan pasangan hidup. Bagi mereka lelaki seperti akan tenang jika menghadapi masalah dan tidak suka mengongkong wanita. Lelaki dengan perwatakan begini juga di anggap dapat melindungi mereka selalu.
Jika dulu kalau perempuan luah rasa hati pada lelaki akan dianggap sebagai perigi cari timba tapi sekarang ini semua itu dah tak kisah mana. Luahkan saja pada seorang lelaki jika benar hati dah suka. Cuma pastikan dulu yang si lelaki itu benar-benar ada ciri lelaki idaman yang baik pegangan agamanya.
Tanya pada hati dan jika benar-benar suka, luahkan saja rasa yang ada untuk dia tahu perasaan anda tu. Perempuan luahkan perasaan dulu itu tidak menjadi masalah cuma tahap penerimaan itu perlu ada dari awal.
Kalau nak katakan saja nak. Jangan asyik nak bermain tarik dan tolak. Jika berkenan katakan saja berkenan dan susah sangat bawa je mak ayah pergi merisik. Hakikatnya untuk perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan sebegini, sebagai seorang lelaki kena berani untuk buka mulut dan kena juga bersedia untuk terima apa jua keputusan.
Jangan terus berdiam diri kalau dah ada rasa cinta kerana takut nanti si dia juga ada perasaan tapi masing-masing hanya mampu melihat. Tak kan nak tunggu wanita datang buka mulut dulu kan? Paling takut si dia ada juga simpan perasaan tetapi disebabkan diri sendiri lambat bertindak, orang lain dulu yang kebas! Alamak! Haa siapa yang akan putih mata kalau bukan diri sendiri.
Selamat mencuba dan semoga si dia idaman akan terima anda dengan penuh balasan kasih dan sayang. Baca juga <a href=”http://persediaan untuk menjadi suami,<a href=”http:// kenapa masih ada lelaki lambat kahwin dan<a href=”http:// faedah melihat calon pasangan sebelum menikah.