Melompat Atas Trampoline Atau Melompat Atas Lantai?

Bezakah stimulasi yang anak-anak dapat bila melompat di atas trampoline berbanding melompat di atas lantai?

Bagi yang pernah mengikuti bengkel saya samada secara face2face atau bengkel online, pasti pernah dengar tentang konsep integrasi pelbagai kemahiran dalam satu aktiviti mudah. Latar belakang profession saya ialah terapi cara kerja. Di mana kami akan melihat perkembangan kanak-kanak secara holistik atau menyeluruh.

 

Bila Anak Melompat

Kemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat (kaki terangkat dari lantai, bukan hanya “bounce” tanpa mengangkat kaki).

Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.

 

Kebaikan Melompat Atas Trampoline

Lompat Trampoline
Imej via RonPorter / Pixabay

 

Stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception

Bila anak-anak melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak ‘mendarat’ di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception.

Manakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.

 

Kesedaran Bahagian Tubuh

Stimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas trampoline akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan.

Ini akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulanh belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, menguatkan ‘core muscles’ serta membantu meningkatkan ‘alertness’ pada persekitarannya.

 

Mempunyai Kekuatan ‘Core Muscles’ Yang Baik

Ini akan membantu anak-anak untuk mempunyai ‘endurance’ yang lebih panjang kepada aktiviti statik. Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila ‘core muscles’ anak-anak lebih kuat.

 

Fokus Dan Koordinasi Visual

Apabila anak melompat di atas trampoline sambil memandang anda, atau membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak.

Perkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti MEMBACA dan MENULIS.

 

Mengurangkan Hiperaktif

Melompat di atas trampoline adalah antara ‘diet sensori’ yang biasa akan diberikan oleh terapis bagi anak-anak yang hiperaktif. Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.

 

Meningkatkan Kemahiran Memahami Arahan

Melakukan aktiviti melompat di atas trampoline sambil mengajak anak bermain permainan “jump, jump, jump, jump, stop!” akan membantu anak-anak yang sukar mengikut arahan, hiperaktif dan suka melakukan kerja dengan cepat-cepat sehingga kelihatan ‘clumsy’.

Ajarkan anak untuk lompat semasa anda sedang menyebut “jump, jump, jump”. Dan minta anak anda berhenti bila anda sebut “stop!”. Jika anak anda sukar mengikut arahan pada awalnya, gunakan bantuan fizikal atau modelkan pada anak anda untuk membantunya faham permainan ini.

 

Stimulasi Komunikasi Sambil Melompat

Melihat anak-anak yang sentiasa berkembang secara holistik, tidak salah jika anda mahu membantu kesukaran anak anda semasa melakukan aktiviti atas trampoline.

Ajak anak anda mengira bilangan lompatannya, ajak anak anda menyebut “jump, jump, stop” bersama semasa bermain permainan “jump, jump, stop” dengannya, pastikan anak anda faham maksud naik dan turun, ajak anak anda tepuk tangan sambil melompat, dan apa sahaja. Gunakan kreativiti anda! Have Fun!

Tapi, jika anak anda belum boleh melompat dengan baik, fokuskan aktiviti atas trampoline untuk membantu anak anda melompat dengan baik dahulu. Kepelbagaian aktiviti tambahan, lakukan bila anak anda sudah semakin menguasai aktiviti melompat di atas trampoline.

 

Tips Jika Anak Anda Takut

– Ajak anak anda main dahulu permainan kegemarannya di atas trampoline sebelum anda ajak anak anda melompat.

– Anak-anak yang sering takut, biasanya mempunyai anxiety level yang agak tinggi. Melompat di atas trampoline akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya.

Semoga berjaya!

Penulis: Siti 'Aisyah Rozalli

Merupa seorang Occupational Therapist. Bertanggungjawab melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya. Rajin berkongsi tentang perkembangan awal kanak-kanak. Boleh dihubungi Facebooknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.