Bagaimana nak latih bayi tidur sepanjang malam? Mesti ramai ibubapa resah bila bayi tidak tidur malam kan? Bayi baru lahir juga ada yang susah tidur malam. Rutin tidur bayi 1 bulan adalah yang paling mencabar. Waktu tidur bayi masih tidak menentu dan bayi tak nak tidur malam memang normal di awal usianya.
Petua bayi tidur lena waktu malam ada banyak. Tapi anda perlu melakukannya secara berperingkat. Anda sudah boleh mula didik atau latih bayi tidur sepanjang malam sejak ia masih kecil lagi.
Dengan latihan begini barulah masa tidur bayi menjadi satu rutin yang baik. Secara tidak langsung anda juga akan ikut berasa relaks dengan waktu tidur yang cukup di malam hari.
Dari semua tips untuk tidurkan bayi yang ada, anda perlu susun tips tersebut sehingga menjadi satu pola tidur untuk anak. Ini penting untuk mendapatkan tempoh bayi tidur sepanjang malam seperti yang dikehendaki. Tips atau langkah untuk melatih pola tidur bayi dengan baik itu adalah;
Sewaktu awal kelahiran, memang susah untuk kita nak latih bayi tidur malam. Maka sebagai ibu, anda kena sentiasa alert bilakah masa yang bayi betul-betul mengantuk.
Antara tanda-tanda bayi mengantuk adalah :
Untuk permulaan mungkin sukar untuk ibu latih waktu tidur, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan secara perlahan lahan. Anda boleh susun jadual waktu tidurnya sendiri. Sebagai contoh, jangan tidurkan bayi pada waktu maghrib supaya dia tidak bangun terlalu awal nanti.
Main dengan anak sehingga dia penat dan biasakan bawa anak masuk ke bilik tidur pada pukul 9 malam. Anda juga boleh bedungkan bayi agar dia lebih selesa untuk tidur sepanjang malam, itupun jika bayi tidak berasa rimas.
Sesetengah bayi perlu tidur dalam keadaan yang sunyi sesetengah pula perlukan bunyi untuk dia tidak berasa sepi seorang diri. Jadi pasangkan alunan-alunan ayat suci AlQur’an waktu malam supaya bayi tidur dengan lebih tenang.
Urutan juga adalah cara yang baik untuk latih bayi tidur malam. Ada beberapa jenis urutan bayi yang dapat memudahkan bayi untuk tidur. Anda boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak bayi atau aroma therapy untuk membantunya tidur dalam keadaan yang lebih tenang dan tenteram.
Untuk latih bayi tidur malam dia perlu tahu bezakan waktu malam dan siang. Langkah paling mudah untuk dibuat adalah dengan memalapkan lampu pada waktu malam untuk memberikan pebezaan pada pencahayaan.
Dengan begini malam dan siang dapat difahami oleh bayi secara sedikit demi sedikit dan lama kelamaan bayi akan mula membiasakan dirinya sendiri.
Ada bayi yang mudah tidur dengan ditepuk tepuk sahaja dan ada bayi yang perlu didukung. Ada juga bayi yang amat susah mahu tidur hingga terpaksa di dodoi dengan buai. Apa cara sekalipun, ketahuilah yang lena dalam dakapan ibunya adalah tempat yang paling selesa untuk bayi tidur nyenyak sepanjang malam.
Tidak salah jika mahu gunakan buai tapi jangan terus dibiarkan bayi lena dalam buaian seorang diri tanpa pengawasan begitu. Mungkin ibu boleh cuba tidurkan bayi di dalam buai dahulu sebelum diletakkan di bawah (atas tilam).
Jika ibu menyusu badan tolong kurangkan pengambilan kafein. Ini kerana ia boleh sampai pada bayi saatnya menyusu. Kafein ini bukan saja tidak elok semasa hamil malah sepanjang tempoh penyusuan susu ibu juga.
Bayi akan turut terkesan dengan kafein dan lebih teruk bayi perlukan jangka masa yang sangat lama untuk hilangkan kesan kafein itu pada badannya. Jadi tak peliklah kalau mata bayi anda sentiasa bulat dan tidak mahu tidur jika anda memberinya susu badan sebaik saja anda selesai minum kopi.
Sebelum bayi tidur pastikan beri susu hingga dia betul-betul kenyang untuk elakkan bayi terjaga dengan cepat kerana lapar. Anda juga perlu tahu bilakah agaknya bayi akan terjaga kerana ingin susu di waktu tengah malamar.
Walaubagaimanapun, semasa bayi masih kecil memang sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun menyusu dengan agak kerap. Nak cepat besarlah katakan.
Cara latih bayi tidur malam seterusnya pastikan anda tukar lampin bayi sebelum dia tidur. Anda perlu juga pakaikan bayi dengan pakaian yang agak selesa. Jangan beri pakaian yang terlalu tebal takut dia panas dan jangan juga terlalu nipis takut dia sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang sepatutnya sesuai dengan suhu pada waktu tersebut.
Jangan juga tukar lampin bayi semasa beliau nyenyak tidur dengan kasar. Jika lampin bayi sudah terlampau berat atau bocor, biasakan diri dengan menukarnya secara perlahan. Bayi mudah terkejut dan jika bayi terjaga semasa proses menukar lampin alamatnya memang sukar untuk dia tidur semula.
Menyusu badan pekara paling istimewa antara bayi dan ibu. Kebiasaannya bayi memang mudah tertidur semasa manyusu badan. Jadi jika bayi tejaga kerana lapar lebih mudah untuk bayi tidur semula semasa menyusu kerana susu sudah sentiasa sedia untuk di hisap dengan tepukan dan dakapan. Tapi ibu juga harus berhati hati dan tetap juga perhatikan bayi untuk mengelakkan kejadian tercekik susu atau lemas akibat tertindih badan ibu.
Walau pelbagai cara anda buat untuk latih bayi tidur malam, langkah paling afdal adalah pada diri si ibu itu sendiri. Anda nekad untuk tetapkan waktu tidur bayi, maka anda juga perlu ikut tidur bersamanya.
Jika waktu siang mungkin tidak mengapa kerana waktu siang bayi memang harus tidur sekejap saja. Tapi untuk waktu malam biasakan diri untuk tidur bersama bayi. Jangan lupa yang ibu juga perlukan rehat yang cukup sewaktu menjaga bayi. Barulah rasa happy dan tidak stress.
Doa untuk bayi tidur lena juga bagus untuk diamalkan. Doa untuk bayi tidur lena atau untuk bayi susah tidur malam menurut Islam juga elok untuk dipraktik. Anda boleh surah untuk bayi bagi membantunya tidur lena.
Bila ada bayi, tidur kita juga mula terganggu kerana si kecil. Jangan risau, anda hanya perlu tahu sebab bayi susah tidur dan kenapa terjaga semasa tidur malam. Kemudian anda boleh mula latih anak untuk tidur secara berperingkat.
Itulah dia antara langkah-langkah untuk membentuk atau melatih bayi tidur lena sepanjang malam. Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luar sana dalam menjaga bayi kesayangan masing-masing. Jemput baca juga perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan dan tips untuk bantu anak jalan sendiri.