Memilih langsir untuk rumah adalah salah satu langkah penting dalam mendekorasi ruang.

Selain fungsinya yang penting dalam menjadi penapis udara, memerangkap habuk kotoran atau udara tercemar di luar, langsir juga dapat mempengaruhi suasana, gaya, dan fungsi sesebuah ruangan.

Justeru, tidak hairanlah jika kita boleh setarakan peranan langsir ini sebagai cerminan kepada pemilik kediaman.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi idea kepada anda tentang tips pilih langsir rumah yang boleh menaikkan seri dalam suasana rumah anda.

1. Tentukan tujuan dan fungsi langsir

Pertama, tentukan tujuan langsir anda. Tanya kepada diri anda, apakah anda anda ingin langsir sebagai elemen dekorasi, privasi, atau perlindungan dari sinar matahari?

Penentuan anda ini akan mempengaruhi segala aspek yang berkaitan dengan langsir dari segi jenis fabrik, warna, design, harga, pemasangan, dan sebagainya.

2. Pilih warna dan pola

Pertimbangkan memilih warna dan pola yang sesuai dengan gaya dan palet warna ruangan anda.

Untuk memastikan langsir boleh serasi dengan dinding atau perabot, adalah lebih baik anda pilih warna yang kontra untuk menambahkan sorotan dalam ruangan.

Untuk ruang tamu kami cadangkan anda pilih warna pastel kerana ia boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.

Dalam masa yang sama, elakkan juga penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam pada ruangan yang sederhana atau kecil.

Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. 

3. Pilih kain yang sesuai

Untuk pengetahuan anda, di pasaran hari ini kita mempunyai tiga jenis fabrik langsir terkini iaitu fabrik ringan, fabrik separa ringan, dan fabrik blackout.

Fabrik ringan atau jarang ini adalah seperti sheer, organza dan juga voiles. Kain jenis ini menjadi penapis yang mampu menyaring kemasukan cahaya dalam ruang rumah dan mencipta suasana yang lembut dan tenang.

Fabrik separa ringan pula selalunya mengandungi cetakan flora, bertekstur, polos dan juga jacquard.

Kebanyakkan fabrik jenis ini memiliki saiz yang tebal dan juga berkualiti tinggi yang ia mampu menghalang pandangan luar ke dalam kediaman.

Langsir yang diperbuat daripada fabrik jenis blackout lebih berat daripada kain langsir biasa.

Ia membuatkan jatuhan kain nampak sangat elok dan kemas. Tidaklah kelihatan melayang-layang dan kembang jika ditiup angin seperti jenis kain langsir yang lain.

Teksturnya juga lembut dan beralun. Penggunaan langsir blackout mampu menghalang masuk cahaya, haba, dan bunyi kerana ketebalan dan tekstur kainnya.

4. Ukur dan tentukan panjang langsir

langsir rumah

Proses mengukur panjang langsir adalah langkah yang memerlukan fokus dan lebih berhati-hati.

Untuk mengukur, apa yang diperlukan adalah pita pengukur, pensil dan tangga. Ukuran perlu dibuat di dua bahagian iaitu lebar rod langsir dan panjang/labuh langsir.

Pastikan langsir mencapai lantai untuk tampilan yang elegan. Anda juga boleh memilih apakah langsir akan mencapai lantai atau hanya sejajar dengan jendela.

5. Pilih gaya dan rekaan

Ada banyak gaya dan rekaan langsir yang berbeza-beza di pasaran. Anda boleh memilih langsir sederhana dengan rekaan minimalis, langsir dengan lipatan yang lebih rumit, atau langsir moden dengan cetakan digital.

6. Pertimbangkan aksesori

langsir rumah

Tips pilih langsir rumah yang berikutnya adalah denga mempertimbangkan untuk menambahkan aksesori seperti tali, gantungan, atau kait untuk kepuasan detail yang menarik pada langsir anda.

7. Cuba dulu sebelum beli

Sebelum membeli langsir, amatlah disarankan untuk anda mendapatkan sampel kain terlebih dahulu dan dipadankan pula di dalam ruangan anda.

Dengan cara ini, ia akan membantu anda memastikan bahawa warna, kain, dan gaya tersebut sesuai dengan apa yang anda inginkan.

8. Berbelanja ikut bajet

Tentukan anggaran bajet yang anda ada untuk membeli langsir sebelum berbelanja.

Harga langsir di pasaran sekarang ini bervariasi dengan ciri-ciri dan rekaan yang memukau. Jadi pastikan anda memilih sesuai dengan anggaran anda.

9. Pemasangan langsir

langsir rumah

Setelah anda memilih langsir yang sesuai, pastikan cara pemasangannya juga betul dan kemas. Pastikan digantungkan dengan rapi dan sejajar.

10. Membersihkan secara berkala

Langsir juga sama seperti perabot atau barang hiasan rumah yang lain, di mana ia perlu dibersihkan secara berkala. Apatah lagi langsir memang menjadi tempat berkumpulnya habuk dan kotoran di rumah.

Namun begitu, untuk membersihkan kain langsir ia mungkin mempunyai cara yang tertentu bagi memastikan langsir tidak rosak.

Beberapa jenis kain mungkin memerlukan penjagaan khusus, seperti pencucian kering, sedangkan yang lain boleh dicuci dengan mesin.

Selain dari tips pilih langsir rumah ni, anda juga boleh baca artikel kami yang menarik tentang dekorasi rumah seperti:

Sumber:

  1. Semuanya Tentang Langsir Rumah Anda Patut Tahu! Malaysia News
  2. Langsir Sempurnakan Hiasan Rumah. Harian Metro

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.