Kita lihat orang korea amat teliti dalam penjagaan kulit. Di negara korea mempunyai 4 musim iaitu musim luruh, musim bunga, musim panas dan musim sejuk. Perubahan musim ini akan memberi kesan terhadap kulit mereka. Oleh kerana itu, mereka perlu menjaga kulit mereka dengan teliti.
Orang korea sanggup menghabiskan wang demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, mulus dan bersih. Tahukah anda mereka mengamalkan 10 langkah ini untuk mendapatkan kulit yang cantik. Apakah langkah-langkahnya?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 10 langkah penjagaan kulit ala korea. Info ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa.
10 rutin penjagaan wajah ni adalah basic saja bagi wanita korea. Berbeza dengan rakyat marhain tu. Nak kulit berkaca lah, berkilat lah, pipi merah lah, dan biasanya bila tanya nak kulit macam orang korea.
Tapi, cuci muka pon macam gosok baju. Punya la nak cepat cuci lepas tu dahhh settle. Katanya janji cuci muka.. Hahaha. Dik non, salah tu konsep tu.
Ada juga yang pening nak cari skin care. Usah kuatir lah, cikgu boleh bantu.
Cara cikgu kalau ikut rutin penjagaan korean ni:
1. OIL CLEANSER
2. FOAM CLEANSER
3. EXFOLIANT
4. TONER
5. ESSENCE
6. SERUM & AMPOULE
7. FACIAL OIL
8. EYE CREAM
9. MOISTURIZER
10. SPF (Sunscreen)
Ini basic ja belum lagi penambahan scrub dan masker. Biasanya scrub dan masker dalam seminggu 2 kali. Lepas scrub wajah boleh pakai masker wajah.
Wahh, lepas ni boleh la amalkan 10 rutin plus 2 tambahan scrub wajah dan masker wajah. Peloles, shining, glass/tiles skin semua.
Biasanya penjagaan korean juga sebulan sekali akan buat facial complete tau. Hat ni kena pi sua muka dekat spa lah. Boleh release stress sama.
*10 langkah kedengaran begitu banyak tetapi hasilnya amat memuaskan. Bagi yang kulit sensitif, kulit kusam, kering dan mudah timbul jerawat boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk mendapatkan kulit yang cantik ala orang korea.
Ikuti langkah-langkah ini dengan rajin dan konsisten, Insyaallah akan mendapat hasilnya, Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.