Menjadi seorang ibu bukan mudah. Sentiasa sibuk sahaja dengan aktiviti anak. Lebih-lebih lagi jika anak masih kecil. Ada sahaja perlu dibuat untuk memastikan si kecil berada dalam keadaan baik.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan sesuatu yang menarik. Tahukah anda bahawa pada keadaan sekarang, di mana 48,712 kes denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-22, iaitu peningkatan sebanyak 158% berbanding tempoh yang sama tahun lalu[1], yang menyebabkan usaha mencegah gigitan nyamuk kini menjadi satu keutamaan. Jumlah ini suatu yang membimbangkan, lebih-lebih lagi untuk anak kecil.

Atas sebab ini dan keperluan ini, MamyPoko ANTIMOS Pants memperkenalkan solusi yang pertama seumpamanya bersempena Hari Denggi ASEAN, supaya para ibu berasa lebih tenang kerana si manja mereka terlindung daripada gigitan nyamuk yang menjengkelkan, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Ibu jangan risau lagi. Menggunakan Teknologi Berpaten Jepun, lampin seluar ini diperkaya dengan ekstrak serai wangi semula jadi yang berkesan menghalang nyamuk sehingga 8 jam. Suatu tempoh yang agak lama juga. Selain itu, teknologi inovatif BigDRY Zone+ juga turut mengawal daya serapan dan menjaga kekeringan selama 10 jam. Gabungan ciri-ciri unik ini memastikan bayi dapat menikmati keselesaan optimum, bermain, dan tidur tanpa gangguan serta terhindar dari gigitan nyamuk.

Seiring dengan pelancaran baharu ini, MamyPoko turut memperkenalkan laman web yang dikhususkan untuk memerangi denggi, www.mamypokoagainstdengue.com. Risau pasal denggi? Platform ini memperkasakan para ibu dengan memberikan maklumat dan sumber penting tentang pencegahan denggi. Ia memaparkan makluman terkini iDengue supaya ibu bapa boleh menyemak sama ada rumah mereka tersenarai dalam kawasan hotspot denggi. Selain itu, laman web ini turut berkongsi kisah sebenar berkaitan denggi dan butiran tentang MamyPoko ANTIMOS Pants baharu.

Cubalah MamyPoko ANTIMOS Pants baharu ini, yang kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan platform e-dagang utama. Untuk keterangan lanjut mengenai pencegahan denggi atau untuk mencari kedai yang terdekat dengan anda, lawati  www.mamypokoagainstdengue.com.

Rujukan

[1] Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan – Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 22/23 (Jan – Jun 2023) https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/17/2362

Penulis: Aya Izzuan

Seorang yang gemar pada ilmu yang bermanfaat. semoga perkongsian yang dibuat dapat memberikan ganjaran di akhirat kelak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.