Lelaki mana yang tidak mahu mengahwini wanita yang baik dan layak untuk hidup besama dalam susah dan senang. Namun apakah dia ciri-ciri atau kriteria calon idaman isteri untuk para lelaki ini sebenarnya?

Di dalam artikel ini akan dikongsikan 10 tips kriteria calon isteri idaman yang di buru oleh para lelaki dan diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada orang lain di luar sana. Inilah ciri-ciri wanita idaman lelaki yang sering di cari untuk disunting sebagai isteri.

kriteria calon isteri idaman
Image Via : Baituljannah

1- Berpegang Kuat Kepada Ajaran Agama Islam

Wanita yang berpegang kuat kepada ajaran agama Islam boleh dikategoikan sebagai wanita yang baik budi pekerti. Ini kerana wanita begini akan dapat menjaga dirinya dengan batas-batas syariat yang dipegang kemas sebagai panduan hidupnya.

Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam malah ia juga akan sentiasa menjaga maruahnya dengan baik. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini kerana wanita begini akan sentiasa menjaga kehormatan diri dan akan menjaga juga aib suaminya selalu.

2- Memiliki Kecantikan Dalaman Yang Indah

Cantiknya seseorang wanita itu bukan hanya boleh diukur pada luaran. Kecantikan asli seseorang wanita ini sebenarnya adalah pada dalaman. Wanita dengan kecantikan dalaman yang baik paling dicari oleh ramai lelaki untuk dijadikan sebagai isteri.

Jika kebetulan cantik dalam dan cantik luar (fizikal) maka itu adalah satu kelebihan yang tiada tara bagi seorang wanita yang solehah. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman begini sememangnya tidak akan menjual maruah dirinya hanya untuk nama dan pangkat. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3- Manja Dan Menggoda

Manja dan menggoda adalah salah satu keunikan bagi seorang wanita. Lelaki mana yang tidak suka pada wanita manja yang pandai mengoda. Namun manja ini janganlah pula keterlaluan sehingga nampak seperti seorang budak.

Manja sekadar berpada-pada yang hanya ditunjukkan pada suami adalah langkah yang paling baik kerana lelaki memang suka sifat manja supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun awas jangan sesekali ditunjuk sikap manja ini di hadapan lelaki yang lain.

4- Pandai Menjaga Kecantikan Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Wanita dan kecantikan memang sudah sinonim. Wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah antara sifat wanita dambaan lelaki untuk dijadikan isteri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

kriteria calon isteri idaman
Image Via : ergainfo

5- Bersifat Keibuan Serta Sejuk Mata Memandang

Wanita yang berakhlak mulia dengan bersifat keibuan boleh juga dikategorikan sebagai ciri-ciri untuk wanita solehah. Wanita dengan sifat keibuan begini selalunya bersifat lemah lembut dan sejuk mata memandang.

Wanita solehah begini boleh menjadi seorang ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan untuk suaminya. Wanita begini memang boleh dijadikan sebagai isteri kerana ia akan sentiasa menyantuni suaminya dengan baik dari masa ke semasa.

6- Setia Dan Pandai Menjaga Maruah Diri

Lelaki mana yang mahukan seorang wanita curang sebagai isteri. Setia itu amat penting dalam sesebuah perhubungan. Malah Islam sendiri mengutuk perbuatan mana-mana wanita bersuami yang curang dengan lelaki yang lain.

Kerana itu seseorang lelaki itu akan amat berhati-hati dalam memilih calon isterinya. Seorang wanita yang tidak tahu erti setia dan tidak pandai menjaga maruah diri memang sering dielak oleh mana-mana lelaki di atas muka bumi ini.

7- Bijak Mengambil Hati Orang Tua Terutama Ibu Bapa Mertua

Ikatan perkahwinan bukan hanya untuk si pasangan sahaja tetapi ia turut melibatkan ikatan dengan keluarga ke dua belah pihak. Syurga seorang anak lelaki itu pula adalah di bawah telapak kaki ibunya dan syurga seorang isteri pula adalah di bawah telapak kaki suaminya.

Maka sudah tentu seorang lelaki itu akan amat suka jika dapat menemui seorang wanita yang pandai mengambil hati orang tua terutama ibu bapanya sebagai isteri. Wanita yang pandai menjaga hati ibu bapa mertua begini juga akan dapat membuatkan suaminya berasa bangga dan sangat bertuah!

8- Tidak Cerewet Dan Kurang Berleter

Wanita bercakap banyak itu tidak mengapa tetapi pastikan percakapan itu bukanlah sebuah leteran. Mana ada lelaki yang suka dengan wanita yang kuat berleter lagi-lagi jika di waktu baru pulang dari kerja. Sudahlah semasa kecil di leteri ibu dan setelah berkahwin perlu pula mendengar leteran isteri?

Sudah terang lagi bersuluh yang lelaki ini sememangnya lebih dambakan seorang wanita yang kurang berleter sebagai isterinya berbanding dengan wanita yang suka pot pet itu ini tanpa boleh berhenti.

kriteria calon isteri idaman
Image Via : Baituljannah

9- Bukan Mata Duitan

Duit memang perlu dalam kehidupan kerana segalanya sekarang perlukan duit. Tanpa duit bagaimana ingin beli itu ini untuk meneruskan hidup namun janganlah sesekali bersifat mata duitan hinggakan tidak ada rasa cinta yang ikhlas di dalam hati.

Lelaki sangat sensitif tentang seorang wanita dengan sifat mata duitan begini kerana wanita dari kategori ini akan bersifat suka pentingkan diri dan tidak akan berani untuk hidup susah bersama-sama.

10- Boleh Memahami Hati Lelaki Yang Bergelar Suami Padanya

Pasangan serasi bagaikan sudah ditakdirkan untuk bersama adalah antara ciri wanita paling ideal yang dihajati oleh seseorang lelaki. Ini kerana wanita yang boleh memahami diri suaminya ini akan dapat dibentuk dengan mudah dan boleh membuat keputusan berpandukan fikirannya sendiri atas sesuatu perkara. Tak perlu tanya pada suami selalu kerana wanita begini sudah dapat menjangkakan apa yang disukai dan tidak disukai oleh si suaminya itu.

Itulah dia antara 10 kriteria calon isteri idaman yang diinginkan oleh lelaki. Semoga dengan adanya perkongsikan ini dapatlah para wanita ini sama-sama cuba memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menjadi antara wanita yang didambakan lelaki untuk dijadikan isteri.

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.