Jeragat adalah adik beradik dengan jerawat. Sebagaimana jerawat boleh muncul dengan sendirinya di wajah, begitu juga dengan jeragat. Kewujudan jeragat ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang telah mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang pori muka terutamanya di T-zone iaitu pada kawasan hidung, dahi, dagu dan juga pipi.
Wajah dengan jeragat begini memang nampak kurang cantik! Malah kulit wajah yang ada jeragat ni nampak lebih kusam hingga boleh membuatkan tuan empunya diri nampak lebih berusia dari umur sebenar.
Jeragat sering berlaku pada anda yang memiliki kulit wajah jenis berminyak. Dan untuk pengetahuan anda juga, tidak hanya pada wajah saja yang perlu di cuci selalu tapi juga pada rambut.
Anda perlu pastikan rambut anda di cuci dengan shampoo setiap dua tiga hari sekali untuk menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi. Ini kerana rambut yang berminyak ini boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit.
Kosmetik ada banyak jenis di pasaran. Ada yang dalam berasaskan air dan ada juga yang berasaskan minyak seperti krim muka, serum, minyak vitamin, losyen dan sebagainya. Bahan solekan juga banyak yang berasaskan minyak seperti foundaton dan sebagainya.
Anda sama sekali tidak boleh gunakan sebarang bahan solekan dan losyen yang yang ada tekstur berminyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak ini adalah punca utama liang pori wajah menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu selalu membasuh peralatan solek seperti berus dan span supaya bakteria tidak boleh hidup padanya.
Wajah yang berjeragat adalah terdiri dari jenis kulit yang berminyak. Dan tidak hanya jenis produk kecantikan bebas minyak saja yang patut diberi perhatian malah soal pemakanan juga. Anda seharusnya mengamalkan makanan diet yang sihat dan seimbang dengan megelakkan makanan yang berlemak dan terlebih minyak.
Makanan yang paling elok diamalkan adalah buah-buahan, sayur-sayuran serta banyakkan juga minum air kosong supaya tahap kesihatan badan semakin baik. Sihatnya tubuhbermakna akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
Lemon mengandungi asid alpha hydroxy dan asid yang ada pada jus lemon ini boleh membantu menggelupaskan kulit dan memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.
Caranya untuk menghilangkan jeragat pada wajah mudah saja. Anda cuma perlu perahkan jus lemon, celup jus lemon ini dengan bebola kapas dan letakkan pada kulit wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian cuci wajah hingga bersih menggunakan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur dan seeloknya amalkan untuk jangka masa beberapa bulan.
Baking soda? Ya baking soda yang sering digunakan untuk membuat kek juga boleh digunakan untuk proses pengelupasan kulit berminyak secara lembut. Dalam masa yang sama segala kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit juga boleh ditanggalkan. Baking soda juga boleh membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Carany mudah saja. Anda hanya perlu campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Setelah itu, sapukan pada kawasan yang terjejas dan cuci sehingga bersih selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Ohya, jika anda memiliki kulit jenis sensitif sila jangan gunakan cara ini.
SAFI sudah terkenal sebagai salah satu jenama halal di Malaysia. Makin best Safi turut menghasilkan krim pelembab muka dengan kandungan gamat bersama habbatus sauda. Krim gamat ini berkesan untuk membantu kulit yang berjerawat, jeragat ataupun berminyak. Fungsi utamanya adalah untuk merawat dan mencantikkan kulit. Ia juga dapat bertindak sebagai
krim anti-bakteria.
Jenama Nivea telah muncul sudah lama dan antara produk untuk masalah jeragat adalah White Day Cream. Ia merupakan sejenis krim siang yang dapat bertindak 10 kali ganda pada kulit. Hasil pemakaian yang konsisten dapat bantu perbaiki masalah kulit kusam, rosak, jeragat dan liang pori terbuka.
Krim ini diperkaya dengan pemutihan mutiara untuk memastikan wajah anda tampil lebih berseri. Ia juga dapat mencerahkan kulit wajah dalam masa sepantas seminggu dalam tempoh penggunaan namun keberkesanannya adalah mengikut jenis kulit seseorang juga.
Dengan campuran minyak Rose Hip dan Vitamin E, krim yang dihasilkan oleh pihak Cosmoderm ini sangat berkhasiat dalam membantu untuk melindungi dan menyuburkan kulit. Dalam masa yang sama ia juga dapat bantu untuk memperbaiki kulit yang ada masalah parut jerawat, jeragat, kulit kering, rosak dan juga kusam. Selepas pemakaian ia akan di serap jauh ke dalam lapisan kulit untuk bantu perbaharui sel kulit yang telah rosak.
Krim Garnier Light Complete telah muncul bersama formulasi baru dengan sifat yang sangat ringan. Ia sangat mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menampilkan kulit wajah lebih sihat dan berseri. Kandungan tambahan ekstrak buah lemon Yuzu turut dapat bantu wajah untuk bebas dari masalah jeragat dan kulit kasar. Krim ini juga dapat bertindak sebagai serum untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahaya.
Pernah dengar jenama Himalaya? Jika belum jenama Himalaya ini sudah terkenal di kalangan pengguna produk kecantikan sebagai salah satu jenama yang dapat bantu masalah kulit. Krim ini sangat ringan dan tidak melekit.
Diperkaya dengan bahan seperti ekstrak lidah buaya, ceri dan pokok Kino dari India, ia dapat bantu untuk melindungi kulit dengan bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga antara jenis krim yang dapat bantu memastikan kulit dilindungi daripada masalah jerawat dan jeragat.
Jika anda tak punya masa dan malas untuk keluar ke mana-mana kedai mahupun pasaraya, anda boleh beli krim jeragat terbaik secara online. Lazada Malaysia dan Shoppe juga.
Sebelum membuat sebarang pembelian ke atas mana-mana krim jeragat sila baca dulu semua info yang ada, baca dulu review daripada pengguna yang lain dan kemudian lihat juga pada harga sama ada mampu di beli ataupun tidak.
Bagi anda yang masih belum ada apa-apa tanda kewujudan jeragat pada wajah, anda sangat bernasib baik pada ketika ini. Namun jangan terlalu cepat over confident.
Untuk anda yang telah berjaya mengatasi masalah jeragat ini pula, tahniah diucapkan. Namun anda harus ingat, hilangnya jeragat ini tidak bermakna ia tidak boleh datang semula pada kulit wajah anda tu. Pastinya anda tidak mahu ianya datang semula bukan? Ada baiknya anda amalkan gaya penjagaan diri yng betul.
Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my