Memilih hospital swasta untuk besalin memang pilihan yang tepat jika anda mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda panduan kos bersalin hospital swasta yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tepat.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik dalam menyambut kelahiran si kecil, apatah lagi ia merupakan cahaya mata sulung dalam keluarga. Kegembiraan ini justeru membuatkan sesetengah kaum ibu khususnya dalam dilema untuk memilih sama ada hospital swasta atau hospital kerajaan.
Berikut adalah perbezaan antara hospital swasta dan hospital kerajaan:
Ciri-ciri | Hospital Kerajaan | Hospital Swasta |
Kos perubatan | Murah | Mempunyai beberapa peringkat iaitu mahal, sederhana mahal, dan terlalu mahal |
Pemilihan doktor | Tidak boleh memilih doktor dan hanya doktor yang bertugas akan merawat pesakit | Bebas. Boleh memilih atau tidak boleh memilih doktor bergantung kepada situasi. |
Pemeriksaan susulan | Menyediakan khidmat house call | Tidak menawarkan khidmat house call |
Waktu menunggu | Terpaksa menunggu lama | Bergantung kes kecemasan yang ada |
Di bawah ini, kami menyediakan sedikit informasi mengenai hospital islamik swasta untuk bersalin merangkumi tentang pakej, kos dan lokasi setiap hospital.
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) sangat popular di kalangan penduduk sekitarnya. Di sini, pakej bersalin yang ada disediakan adalah pakej Aliya.
Berikut adalah perinciaan pakej yang ada:
Alamat: 34, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Laman sosial: Website | Instagram | Facebook
Dengan berkonsepkan hospital mesra ibadah, Hospital Pakar Al-Islam memberi penekanan dalam membimbing pesakit di hospital bagi mengutamakan ibadah walau dalam keadaan sakit.
Segala kemudahan beribadah disediakan termasuklah sejadah, bedak tayamum, penyembur air, dan sebagainya. Berikut adalah perinciaan pakej yang ada di hospital ini:
Alamat: 85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Laman sosial: Website | Instagram | Facebook
Hospital Pakar An Nur pula menggunakan konsep perubatan yang kos efektif. Berikut adalah periciaan pakej yang ada di hospital ini:
Alamat: Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15
Laman sosial: Website | Instagram | Facebook
Hospital Pusrawi memberi fokus kepada kepakaran dan prosuder perubatan. Ia bahkan menjadi pilihan nombor satu para ibu.
Pusrawi menyediakan perkhidmatan perubatan yang optimum seperti Poliklinik, Pakar O&G, Wad Bersalin, Pakar Kanak-Kanak, Khatan Bayi Perempuan & Lelaki, Imbasan Terperinci & Imbasan 3D/4D kepada semua peringkat masyarakat.
Berikut adalah perinciaan pakej yang ada di hospital ini:
Alamat: Lot 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman sosial: Website | Instagram | Facebook
Andorra Women and Children Hospital terletak bersebelahan dengan stesen minyak Shell hendak menuju ke Highway SKVE. Apa yang menarik tentang hospital ini adalah ia membawa konsep islamic-friendly hospital, makanan halal, diasaskan oleh Orang Melayu, mempunyai pakar yang hebat, dan bertaraf 5 bintang.
Alamat: 19 Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Laman sosial: Website | Instagram | Facebook
Secara ringkasnya, anda boleh melihat perbezaan anggaran kos bersalin hospital swasta berdasarkan jadual di bawah ini:
Catatan | Kos Bersalin Hospital Swasta |
Pemeriksaan bulanan (Monthly checkups) | Sekitar RM3,000 |
Imbasan (Scans) | Sekitar RM1,000 |
Bersalin normal | Sekitar RM3,000 sehingga RM10,000 |
Bersalin Pembedahan C-Section | Sekitar RM6,000 sehingga RM15,000 |
Panduan kos bersalin hospital swasta ini, hanya ringkasan harga bagi setiap pakej rawatan yang ditawarkan. Harga ini agak berbeza untuk setiap hospital swasta yang ada di Malaysia.
Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari laman web hopsital swasta itu masing-masing untuk melihat pakej harga yang ditawarkan.
Selain dari info mengenai kos bersalin hospital swasta ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain mengenai persediaan menyambut kelahiran bayi seperti:
Rujukan: