Siapa yang tidak pernah dengar tentang Kolagen. Hampir semua orang atas muka bumi ini tahu yang kolagen merupakan satu bahan yang sangat bagus untuk seseorang itu tampak muda bergetah berbanding usia sebenar. Maka tak hairanlah mengapa wanita asia terutamanya sangat suka pengambilan kolagen untuk tubuh. Nak cantik la katakan.
Untuk pengetahuan lebih, kolagen ini sebenarnya berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud “penghasilan gam” (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam. Kolagen ini adalah sejenis bahan yang boleh menjadikan kulit kita lebih elastik, kuat dan bersih!
Dari dulu lagi kolagen sudah terkenal sebagai produk yang boleh merawat jerawat sekali dengan parutnya. Pada masa yang sama kolagen juga sangat terkenal kerana dapat menghilangkan kesan kedutan pada wajah. Kolagen boleh di ambil dalam bentuk makanan mahupun suntikan.
Tidak hanya untuk perempuan, kolagen juga sesuai untuk golongan lelaki. Kolagen untuk lelaki mengandungi zink yakni sejenis nutrisi yang dapat mencepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan pembentukan kelemumur. Kolagen juga boleh bantu memperbaiki sel dan otot bagi mereka yang rajin bersenam.
Walau niat sebenar mahu makan kolagen untuk kedutan sekalipun namun kolagen ini dapat bantu beri kelebihan yang lain juga. Kolagen ini sangat bagus kembalikan kelembapan pada kulit bagi masalah kulit kering. Kolagen juga boleh beri impak pada kuku untuk kelihatan lebih sihat, cantik dan berseri.
Kalau nak tahu, setiap helaian rambut ada mengandungi kolagen. Kolagen inilah yang akan menentukan tahap kesihatan rambut. Jika kandunan kolagen di dalam tubuh baik maka rambut juga akan kelihatan sihat, cantik, lembut dan bersinar. Tak dinafikan juga, kadar kolagen yang semakin menurun boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang drastik.
Kesimpulannya, kolagen dapat bantu beri kelebihan secara menyeluruh. Lapisan pada kulit di tubuh dapat dianjalkan semula dengan pengambilan kolagen yang cukup. Kolagen ini juga dapat bantu lindungi kulit tubuh dari masalah radikal bebas. Ia juga dapat melambatkan proses hidrasi oleh permukaan kulit. Nak kulit yang cantik? Elok mulakan pengambilan kolagen bermula sekarang.
FAKTA 1
Semakin berusia maka semakin kurang kolagen yang dihasilkan tubuh. Pada usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita akan terus terhenti sepenuhnya.
FAKTA 2
Ramai menganggap kolagen ini hanya untuk jadikan kulit wajah nampak lebih muda dan bergetah tapi sebaliknya kolagen ini adalah untuk kecantikan tubuh secara menyeluruh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
FAKTA 3
Menurut kajian, pada usia 25 tahun kolagen yang telah wujud di dalam tubuh akan mula menyusut secara perlahan-lahan sebanyak 1.5% setiap tahun. Pada usia 40 tahun kolagen akan terus menyusut sebanyak 30% setahun. Akhir sekali, pada usia 60 tahun kolagen ini akan menyusut lagi sebanyak 50% pula setiap tahun. Kolagen yang semakin berkurangan ini boleh dibanyakkan semula dengan pengambilan kolagen tambahan.
FAKTA 4
Kolagen berkait rapat dengan kalsium. Kedua-duanya sangat penting untuk tulang. Kalsium berfungsi untuk kuatkan tulang dan kolagen pula berfungsi sebagai ‘pelekat’ tulang supaya sendi kita bersatu. Dengan pengambilan kolagen secara konsisten, ia dapat menguatkan tulang dan mencegah dari masalah tulang rapuh.
FAKTA 5
Penggunaan kolagen tidak boleh bertahan selama-lamanya, mungkin dalam masa 2-4 bulan sahaja. Setelah kesan tersebut berkurangan, anda perlu menggunakan produk kolagen tersebut semula untuk mendapat hasil yang sama.
Blackmores Collagen 10,000 mg diperkaya dengan ekstrak benih anggur dan vitamin E. Ia dapat membantu meremajakan kulit dalam jangka masa 6 ke 12 minggu. Kolagen ini berkesan dalam membaiki kulit sambil mempromosikan pertumbuhan sel baru untuk tampak makin cantik dari dalam. Vitamin E dan ekstrak biji anggur pula akan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.
Produk ini dijamin asli tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan tiruan yang lain. Rasanya sedap dan enak untuk dijadikan sebagai salah satu minum supplement kegemaran.
Kolagen Total Image ini didatangkan dalam bentuk minuman. Ia mengandungi 5000mg kolagen ikan marin dengan tambahan bahan herba semulajadi. Tujuannya adalah untuk mengembalikan keremajaan kulit. Ia sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Pengambilan secara konsisten akan dapat bantu mengurangkan masalah kulit kendur di bawah mata, lebam bawah mata, rambut gugur dan sebagainya. Ia juga akan dapat membantu mencantikkan kuku sambil meningkatkan kualiti tidur. Jangan risau, ianya sama sekali halal.
Aurawhite salah satu jenama yang gah di pasaran. Penampilan produk Beauty Gold Collagen turut mendapat sambutan. Produk ini baik untuk bantu tingkatkan kecantikkan secara luar dan dalam. Ianya sesuai digunakan untuk lelaki dan juga wanita dari usia 16 tahun dan ke atas.
Pengambilan kolagen ini secara konsisten akan dapat membantu mencerahkan kulit yang agak gelap terutama akibat terdedah kepada cahaya matahari. Ianya juga dapat melembut dan melembapkan kulit secara menyeluruh. Masalah jerawat dan bintik hitam juga dapat dikurangkan. Rasanya seperti anggur dan sangat sedap untuk diamalkan.
Kinohimitsu J’pan Collagen adalah dalam bentuk minuman yang terus sedia untuk di minum. Ia didatangkan dengan 5300mg collagen peptide yang direka khusus untuk untuk memulihkan kulit. Ia juga dapat membantu untuk proses awet muda. Kolagen Kinohimitsu J’pan Collagen ini juga sangat mudah diserap oleh kulit dengan cepat.
Pengambilan produk ini secara konsisten bukan hanya dapat mencantikkan kulit wajah tetapi juga dapat membantu menegangkan payudara dan punggung untuk bentuk badan yang lebih solid. Kiranya bukan hanya untuk kulit dan cantik wajah tapi juga bentuk tubuh badan yang mengiurkan.
Beauxlim Collagen dengan Pomegrante ini adalah satu jenis kolagen dalam dengan perisa buah-buahan dengan rasa masam manis yang enak. Ia dihasilkan daripada kolagen marin yang berkualiti dengan tambahan ekstrak buah delima dan teh polyphenols untuk hasil yang lebih baik.
Pengambilan secara konsisten akan dapat bantu tingkatkan kesihatan kulit secara luar dan dalam di samping mencerahkannya. Masalah kedutan dan pengeluaran melanin yang boleh membawa kepada unsur penuaan juga dapat dikurangkan.
Badan kita sememangnya boleh menghasilkan jumlah kolagen untuk tubuh secara semulajadi. Namun penghasilan kolagen ini semakin lama akan semakin berkurang apabila umur semakin meningkat. Kerana itu, sesiapa yang berada di usia muda kulit tampak lebih tegang, anjal dan cantik berbanding dengan mereka yang telah di mamah usia. Ini semua ada kaitan dengan penghasilkan kolagen tersebut.
Faktor gaya hidup juga boleh mengurangkan penghasilan kolagen ini. Sebagai contoh orang yang suka merokok, sering berkerja di bawah panas terik matahari dan kurang amalkan pemakanan yang tidak seimbang akan menjadikan penghasilan kolagen berkurangan daripada biasa.
Kesimpulannya, penggunaan kolagen telah dibuktikan dengan testimoni-testimoni positif daripada para pengguna. Terdapat banyak produk yang berasaskan kolagen yang terdapat di pasaran sekarang dan jika berminat, anda boleh order dari Lazada Malaysia pada bila-bila masa.
Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my