Anda pasti teruja jika dikaitkan dengan kartunis terkenal. Sekali lagi, Kleenex dengan kerjasama dengan kartunis terkenal tanah air iaitu Datuk Lat telah menghasilkan tisu edisi kartun nostalgia yang menarik.
Edisi kali ini adalah sempena bulan Ramadhan dan juga raya dengan tema kempen #SoftIsStrong. Kempen ini adalah untuk menghargai kelembutan yang ada pada diri dengan menzahirkan pada rakan dan saudara sekeliling. Seterusnya daripada situ kempen ini diharap dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Edisi ini adalah agak limited. Anda pasti teruja dengan nostalgia tentang keharmonian amalan mulia sesama insan dan keindahan kampung yang biasa ditonjol oleh Datuk Lat dalam versi cetakan ini.
Jadi apa lagi, jika anda peminat Datuk Lat, jom dapatkan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan #SoftisStrong, dengan kerjasama Datuk Lat, sila layari https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia