Pernah kita terfikir mengapa Nabi Adam as dan Hawa dicampakkan keluar daripada syurga?

Bersedia untuk mengetahui sirah Nabi Adam as ? Sirah nabi boleh dijadikan teladan untuk kita selusuri dan mengambil iktibar. Jom baca kisah nabi Adam dalam Al-Quran.

Nabi dan rasul merupakan insan yang dipilih Allah swt untuk menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan kalimah Allah swt dan memberi petunjuk kepada umat manusia mengenai keesaan Allah swt.

Untuk makluman umum nabi dan rasul berbeza dari sudut tanggungjawab menyampaikan wahyu.

Nabi menerima wahyu Allah swt hanya untuk diri sendiri manakala rasul pula menerima wahyu  dari Allah swt untuk disampaikan kepada semua umatnya. Melalui artikel ini kami ingin kongsikan sirah mengenai Nabi Adam as yang dicampakkan ke bumi setelah ingkar akan perintah Allah swt.

Nabi Adam AS dicampak ke bumi kerana tipu daya iblis!

Imej via pathofAllah

Nabi Adam as merupakan manusia pertama yang ciptakan Allah swt selepas Allah ciptakan bumi dan langit.  Nabi Adam as diciptakan dari tanah dan lumpur .

Malaikat gusar dan iblis membantah akan kehendak Allah swt untuk mencipta Nabi Adam. Kegusaran malaikat adalah kerana bimbang akan tindakan manusia yang boleh menyebabkan segala perkara yang tidak baik berlaku di atas muka bumi.

Tapi Allah swt berfirman “ Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui…”, maka malaikat akur dengan kehendak Allah swt.

Manakala iblis membantah kerana iblis merasakan dia lebih mulia daripada Nabi Adam as dan iblis tidak mahu patuh perintah Allah swt untuk sujud kepada Nabi Adam.

Akibat kesombongan iblis dan ingkar akan perintah Allah swt, iblis diusir dari syurga dan iblis dilaknat oleh Allah swt sehingga iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Sehingga ke hari ini iblis telah berjanji untuk menyesatkan semua keturunan Nabi Adam as sehingga hari kiamat.

Allah swt menempatkan Nabi Adam as di syurga bersama Hawa sebagai teman hidup Nabi Adam.  Hawa diciptakan untuk menghilangkan rasa sunyi dan memenuhi keperluan fitrah Nabi Adam as.

Mesti ramai dah tahu tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi kan. Hawa diciptakan dari salah satu tulang rusuk kiri  Nabi Adam as.

Nabi Adam as dan Hawa disuruh tinggal di dalam syurga dan Allah swt telah berpesan kepada Nabi Adam as untuk menikmati segala nikmat yang ada di dalam syurga namun jangan sesekali memakan buah dari pohon khuldi.

“Dan Kami berfirman:”Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanan yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kami termasuk orang-orang yang zalim.” 

Al Baqarah:35.

Allah swt menyatakan laranganNya sekeras-keras dengan menyatakan bahawa Nabi Adam termasuk dalam golongan zalim dan celaka.

Tipu Daya Iblis

Iblis tidak berlengah lagi untuk memujuk dan menyesatkan Nabi Adam as dan Hawa.

Iblis merancang untuk memujuk Nabi Adam dan Hawa untuk melanggar perintah Allah swt dengan menyatakan bahawa iblis adalah kawan dan akan membantu mereka memberi nasihat dan tunjuk ajar demi menjaga kebahagiaan mereka.

Iblis memujuk Nabi Adam dan Hawa berulang kali dengan menyatakan bahawa larangan Allah swt terhadap buah khuldi adalah disebabkan dengan memakan buah khuldi mereka akan menjadi malaikat dan hidup kekal.

Nabi Adam AS dicampak ke bumi kerana tipu daya iblis!

imej via sunnivoices

Iblis memujuk berulangkali dan menunjukkan keindahan dan keharuman buah khuldi akhirnya pasangan Nabi Adam as dan Hawa termakan pujukan iblis yang hina. Nabi Adam as dan Hawa telah memakan buah larangan tersebut.

Setelah Nabi Adam as dan Hawa memakan buah khuldi aurat mereka telah terbuka sehingga menampakkan seluruh tubuh badan.

Allah Murka dan Campakkan Nabi Adam ke Bumi

Allah swt sangat murka akan mencela perbuatan Nabi Adam as dan Hawa.

Dalam firman Allah swt “”Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata.”

Setelah menyedari keterlanjuran mereka melanggar perintah Allah swt mereka menyesal dan berkata kepada Allah swt ;

“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.”

Allah swt menerima taubat Nabi Adam as dan Hawa serta telah memberi pengampunan kepada mereka namun impian mereka untuk terus tinggal di dalam syurga tidak kesampaian.

Sebagai balasan kepada ingkarnya Nabi Adam dan Hawa terhadap perintah Allah, mereka telah diturunkan ke bumi.

Allah swt menitahkan untuk Nabi Adam as dan  Hawa untuk turun ke bumi dalam firmanNya;

“Turunlah kamu sekalian, sebagian dari kalian akan menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Dan kamu memiliki tempat tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) dimuka bumi sampai waktu yang ditentukan.”

Kisah Nabi Adam as yang di campak ke bumi setelah mengingkari perintah Allah swt sepatutnya menjadi teladan buat kita supaya sentiasa patuh akan perintah Allah swt.

Dan sebagai peringatan, iblis sebelumnya merupakan hamba Allah yang kuat beribadat namun kerana kesombongan dan keangkuhannya dia telah dilaknat Allah swt sehingga ke hari pembalasan.

Jadi jangan sesekali kita merasa mulia daripada orang lain dan sombong akan nikmat yang diberikan.Semoga ada sedikit pengajaran yang diambil melalui coretan artikel kali ini.

Jemput juga baca artikel penulisan kami yang lain seperti kisah Nabi Khidir, kisah Imam Syafie dan kisah Uwais al Qarni

Rujukan

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.