Ramai orang tak reti membezakan antara limau nipis dengan limau purut. Sebenarnya mudah sahaja, buah limau purut dicirikan dengan kulit kasar, menggerutu dan berwarna hijau yang tidak berapa berjus seperti limau yang lain. Ia adalah sedikit keras dan tebal berbanding limau nipis.
Limau purut terdapat di Australia, New Guinea serta Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Kini, limau purut ditanam di iklim tropika dan subtropika di seluruh dunia. Anda boleh mencari buah limau purut ini sepanjang tahun.
Musim puncak untuk buah ini di Hemisfera Utara adalah antara pertengahan Disember dan April. Buah limau purut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan digunakan dalam perubatan, masakan serta bahan kecantikan.
Bercakap mengenai kecantikan, sememangnya dari dahulu lagi limau purut ini digunakan dalam kecantikan. Ada yang guna limau purut ini untuk kecantikan kulit, rambut serta digunakan juga untuk kuruskan badan.
Ya, jangan lepaskan peluang untuk gunakan limau purut bagi menguruskan badan, sudahlah murah, senang didapati pula tu. Jom lihat 8 khasiat limau purut untuk kurus.
Limau purut mengandungi sumber vitamin C yang sangat tinggi serta nutrien yang menguatkan sistem imunisasi untuk membantu tubuh anda berfungsi dengan baik.
Limau purut juga turut mengandungi vitamin B, kalium, fosforus, magnesium dan terdapat juga kandungan antioksidan didalamnya. Zat vitamin dan nutrien ini dapat menguruskan tubuh badan dengan mudah.
Minum sesudu jus limau purut satu hari sekali sudah cukup untuk memberikan vitamin secukupnya di dalam badan anda untuk melakukan aktiviti harian.
Khasiat limau purut untuk kurus adalah ia merupakan sumber fiber (serat) yang baik. Tahukah anda, hanya satu cawan jusnya sahaja mengandungi empat gram fiber.
Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, anda disarankan agar mengambil 14 gram fiber untuk setiap 1,000 kalori yang anda makan. Oleh itu, pemakanan anda akan lebih terjaga.
Fiber mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuklah memperbaiki kesihatan pencernaan, mengawal proses penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan.
Limau purut mengandungi kalori yang rendah dan sememangnya baik untuk proses menguruskan badan. Pengambilan jus limau purut di dalam makanan seharian dapat menurunkan kalori di dalam badan. Ia adalah salah satu khasiat limau purut untuk kurus.
Jika anda ingin kalori di dalam badan berkurangan, pengambilan limau purut adalah pilihan yang tepat. Tubuh akan berasa segar dan neutral, menyebabkan anda mudah kurus dan lebih ringan.
Limau purut juga dapat membantu merangsang perjalanan darah di dalam badan. Bahan masakan yang dicampur dengan pes atau perahan jus limau purut juga dapat mengawal kadar kolestrol di dalam masakan. Ia dapat memberi kesan terhadap perjalanan darah anda di dalam badan.
Sebab itulah kalau kita lihat mereka yang sering mengamalkan masakan yang di campur limau purut ini, biasanya mereka jarang menghidap penyakit darah tinggi atau yang kurus!
Limau purut juga sebenarnya baik untuk kesihatan jantung anda. Malah, kajian di Jepun mendapati bahawa orang yang sering mengambil atau makan buah yang diperkaya dengan vitamin yang tinggi ini mempunyai kadar penyakit jantung dan strok yang lebih rendah.
Tambahan pula, kajian 2017 menunjukkan bahawa segala jenis limau dikaitkan dengan penurunan tekanan darah sistolik dan beberapa sebatian di dalam buah ini boleh meningkatkan penanda kesihatan jantung.
Sebagai contoh, serat larut dan flavonoid boleh meningkatkan tahap kolesterol dimana ia akan meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolestrol yang jahat.
Kebanyakan flavonoid dalam buah limau purut adalah antioksidan yang kuat yang memberi manfaat kepada hati dalam beberapa cara. Perasan tak, orang yang sakit jantung kebanyakannya mereka obesiti atau mempunyai penyakit melibatkan kolestrol.
Limau purut sememangnya merupakan salah satu bahan yang terbaik dalam menghalang pembentukan asid yang berlebihan serta mengawal pertumbuhan lemak di dalam badan.
Cara kegunaannya adalah dengan memasukkan perahan air limau purut ini ke dalam makanan anda. Contohnya seperti ikan masak stim, yang selalunya akan diperah air limau ke dalamnya ataupun tomyam yang menggunakan air limau dalam masakannya.
Mudah-mudahan lemak di dalam badan anda akan berkurang dan stabil jika sentiasa mengamalkannya. Itulah dia khasiat limau purut untuk kurus yang perlu anda amalkan.
Limau purut juga amat terkenal sebagai ejen penuaan yang turut dikatakan khasiatnya dalam menguruskan badan. Seluruh tubuh badan akan susah berkedut dan lebih awet muda, manakala raut wajah menjadi bagai remaja, begitu juga dengan tubuh yang akan ramping, kurus dan cantik.
Orang dulu-dulu percaya dengan mengamalkan mandian limau purut dapat menguruskan badan serta mencantikan kulit. Nak kulit sentiasa cantik jangan lupa khasiat limau purut untuk kurus ini.
Selain itu, khasiat limau purut untuk kurus juga adalah ia mampu membuang sisa-sisa toksid di dalam badan. Limau purut mampu bertindak sebagai anti bakteria dan ejen pembersihan.
Ia juga dapat menstabilkan tekanan tubuh badan anda dan turut akan membuatkan tubuh berasa lebih segar.
Kesimpulannya, limau purut mempunyai banyak khasiat. Biasanya kita sering lihat mereka yang sering letakkan perahan limau purut di dalam masakannya, bentuk badan dan kulit mereka amat cantik dan menarik.
Jadi anda nak kurus dan cantik, lepas ni kenalah sentiasa mengamalkan makanan yang berasaskan limau purut ya? Jom baca juga khasiat daun parsley, khasiat daun kunyit, khasiat buah durian belanda dan khasiat jambu batu.