Jambu batu adalah salah satu buah yang disukai oleh masyarakat, yang mana biasanya diolah menjadi jus dan rojak. Selain nikmat disajikan, buah ini juga mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk mencegah demam berdarah dan untuk ibu hamil.

Jambu batu sangat kaya akan nutrisi dan vitamin. Dalam satu biji buah jambu batu, ia mengandung vitamin C, A, kalium, dan antioksidan, serta mengandungi nutrisi seperti serat, zat besi, protein, magnesium dan juga folat. Kandungan vitamin dan nutrisi dalam jambu batu dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan memberi manfaat kepada ibu hamil.

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [hellosihat]

1. Meningkatkan Kekebalan

Setiap orang memerlukan kekebalan diri terutamanya untuk ibu yang sedang hamil. Tahukah anda, khasiat dari jambu batu dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan? Di samping itu, jambu batu juga berkhasiat dalam meningkatkan antibodi tubuh badan anda.

Mengikut kajian, jambu batu mengandungi vitamin C sebanyak lima kali lebih daripada limau dan lapan kali lebih daripada lemon. Oleh itu, sekiranya diserang penyakit ringan, penggunaan vitamin C pada jambu batu ini dapat menyembuhkan dan mencegah jangkitan ibu hamil. 

2. Menjaga Tekanan Darah

Khasiat jambu batu untuk ibu hamil juga adalah ia menstabilkan tekanan darah ibu hamil. Khasiat jambu batu pada wanita hamil dapat mengatasi masalah tekanan darah tinggi yang berisiko mengalami komplikasi semasa kehamilan. 

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [hellosehat]

3. Menjaga Sistem Saraf Bayi

Selain khasiat jambu batu kepada ibu hamil, jambu batu juga berkhasiat untuk bayi dalam kandungan. Ia mampu melindungi sistem saraf bayi kerana jambu batu kaya dengan asam folat yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi. 

Sekiranya wanita mengandung kekurangan asam folat, ia mungkin menyebabkan gejala seperti bayi yang dilahirkan dengan kurang upaya atau kurang berat badan. Dengan ini, jambu batu memang sangat diperlukan untuk ibu hamil bagi menjaga sistem saraf bayi.

4.  Menenangkan fikiran

Seterusnya, khasiat jambu batu untuk ibu hamil adalah ia dapat menenangkan fikiran ibu yang sedang hamil. Ia turut mempengaruhi saraf ibu mengandung untuk lebih baik dan sihat.

Menurut majalah popmama, kortisol hormon dalam badan dan kekurangan magnesium akan menyebabkan ibu hamil mengalami kemurungan. Oleh itu, khasiat buah jambu batu untuk ibu hamil turut dapat mengurangkan tekanan pada sel-sel saraf sehingga menenangkan fikiran mereka.

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [asianparent]

5. Sembelit

Sembelit yang dialami oleh ibu hamil ataupun orang lain boleh sahaja dikurangkan dengan jambu batu ini. Hal ini demikian kerana, Jambu batu  juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan saluran pencernaan.  Jambu batu juga dapat memastikan bakteria baik yang ada di saluran pencernaan tetap bekerja dengan baik supaya anda tidak sembelit

6. Mengekalkan Gula Darah 

Khasiat jambu batu untuk ibu hamil adalah dalam mengekalkan gula darah dalam badan. Jambu batu dapat menyelesaikan masalah gula darah yang biasa dialami pada tempoh kehamilan atau dipanggil diabetes gestationa yang boleh menyebabkan banyak komplikasi. Bagi mencegah penyakit ini, ibu hamil boleh memanfaatkan jambu batu.

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [blackpeony]

7. Meningkatkan Fungsi Indera Penglihatan

Jambu batu juga dapat meningkatkan fungsi indera penglihatan. Tidak dinafikan, jambu batu kaya dengan vitamin A yang dapat mencegah kebutaan dan meningkatkan fungsi mata sejak janin lagi.

Selain itu, Vitamin A penting untuk kesihatan sel-sel tubuh, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjaga kesihatan kulit. Ibu hamil perlu mengamalkan makan buah jambu batu kerana khasiatnya ini.

8. Menurunkan Risiko Kanser

Khasiat jambu batu terhadap ibu hamil yang ramai tak tahu adalah ia berupaya menurunkan risiko kanser. Jambu batu  kaya dengan antioksidan seperti Lycopene dan vitamin C yang membantu mencegah kanser pada wanita hamil.

Khasiat jambu batu untuk ibu hamil juga dapat membuang racun dari dalam tubuh. Jambu batu dapat menghalang keburukan yang boleh berlaku sekiranya tubuh terdedah kepada radikal bebas.

Imej via [astroawani]

9. Mencegah kegemukan

Khasiat buah jambu batu lainnya untuk ibu hamil adalah ia dapat mencegah ibu hamil daripada mengalami kegemukan atau obesiti. Dengan mencegah kegemukan, jambu batu juga dapat mengatasi masalah gangguan perkembangan janin bahkan proses persalinan nanti.

10. Membantu Dalam Penyerapan Nutrisi 

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [generasimaju]

Antara manfaat lain yang terdapat dalam buah jambu adalah ia membantu menyerap nutrien. Apabila kita makan jambu batu, makanan lain yang kita makan akan diserap dengan betul. 

Contohnya, Kita juga boleh mendapatkan semua nutrien penting dari makanan seperti biotin , vitamin, dan lain-lain. Oleh itu, Jambu batu adalah menu makanan sihat yang dimakan oleh wanita mengandung berkhasiat boleh diserap dengan lebih optimum.

11.  Membantu Penyembuhan Diare dan disentri

Imej via [halodoc]

Jambu batu juga dapat membantu penyembuhan diare. Ia sangat kaya dengan astringen (sebatian yang membuat gusi anda berasa lebih kuat dan segar). 

Tamsilnya, selepas anda mengunyah daun jambu, makan jambu mentah, atau menggunakan ubi gigi berasaskan jambu, mulut anda akan berasa lebih sihat dan ia juga boleh mengurangkan gejala cirit-birit . 

Jambu batu ini bersifat alkali dan mempunyai ciri-ciri pembasmian serta anti- bakteria, oleh itu, ia membantu menyembuhkan disentri dengan menghalang pertumbuhan mikroba dan mengeluarkan lendir tambahan dari usus.

12. Mengekalkan Kesihatan Kelenjar Tiroid

Jambu batu ini mampu mengekalkan kesihatan kelenjar tiroid.  Salah satu kelenjar yang paling penting dalam tubuh untuk mengawal selia hormon dan fungsi sistem organ. Ia akan berfungsi baik sekiranya anda sering mengamalkan makan buah jambu. Ia sangat baik untuk kesihatan ibu hamil.

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [bukanaku]

13. Menghilangkan Batuk Dan Selsema

Khasiat jambu batu untuk ibu hamil juga adalah ia membantu dalam menghilangkan batuk dan selsema. Jambu batu telah terbukti menjadi pencegahan terhadap selsema dan jangkitan virus seperti mengurangkan mukus membasmi sakit tekak, saluran pernafasan dan paru-paru dan menghalang aktiviti mikrob dengan khasiatnya.

14. Penjagaan Kulit

Jambu batu dapat meningkatkan tekstur kulit dan membantu anda mengelakkan masalah kulit yang teruk. Bagi ibu hamil yang selalu mengalami alahan, jambu batu dapat mengatasi masalah alahan kulit anda.

Ia kaya dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C dan kalium yang antioksidan yang baik, yang menjadikan kulit anda bersinar dan bebas daripada tanda-tanda penuaan pramatang, kedutan dan gangguan kulit yang lain.

15. Mengatasi Kulit Gatal

khasiat jambu batu untuk ibu hamil
Imej via [huggies]

Ibu hamil yang mengalami kulit gatal boleh menyebabkan alahan. Mereka boleh mengamalkan makan jambu batu kerana daun jambu batu boleh menyingkirkan gatal-gatal pada kulit. Ia mengandungi sebatian alahan yang menghalang alahan.

Jelas bahawa jambu batu sangat berkesan untuk ibu hamil. Khasiat jambu batu untuk ibu hamil sangat banyak, malah ia seharusnya perlu diambil oleh setiap ibu hamil. Jom baca juga Kelebihan asid folik untuk ibu hamil, Khasiat saffron untuk ibu mengandung, Cara senaman wanita hamil dan Petua tambah selera makan anak.

Rujukan 

  1. Liputan
  2. Popmama
  3. theasianparent

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.