Baru-baru ini heboh tentang kemunculan buah donut peach yang menjadi fenomena rata-rata pengguna media sosial. Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu akan khasiat donut peach.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat donut peach yang menjadi kegilaan ramai.
Donut peach, flat peach, atau buah pic donat adalah nama-nama yang menjadi gelaran kepada buah viral ini.
Buah yang berasal dari Cina ini juga secara ilmiahnya disebut Prunus Persica Ia sebenarnya adalah salah satu dari jenis buah pic yang wujud dengan bentuk yang sangat unik iaitu oblate.
Selain bentuknya yang lebih rata, ia juga memiliki kulit berwarna kuning dan merah serta bahagian dalam yang berwarna putih.
Khasiat donut peach sangat kaya dengan polifenol, jenis antioksidan ini boleh mengurangi pertumbuhan dan mengehadkan penyebaran sel kanser.
Kajian menunjukkan dengan mengambil dua hingga tiga donut peach sehari, ia terbukti sangat efektif mencegah kanser payudara tumbuh dan menyebar.
Penelitian juga menyebut bahawa wanita pasca-menopause yang mengambil buah ini sekurang-kurangnya dua biji setiap hari memiliki risiko 41% lebih rendah terkena kanser payudara.
Selain mengandung zat besi yang baik untuk cegah anemia, donut peach juga kaya akan vitamin C.
Vitamin C ini sangat penting untuk pembentukan tulang, gigi, otot, serta pembuluh darah pada bayi. Dengan vitamin C yang cukup, penyerapan zat besi ke dalam tubuh juga meningkat.
Kesannya, risiko bayi lahir dalam keadaan pramatang boleh dikurangkan.
Kaum wanita sentiasa akan mengutamakan penjagaan wajah dengan sebaik mungkin.
Justeru kandungan khasiat vitamin A dan vitamn C pada buah donut peach ini sedikit sebanyak berupaya untuk meningkatkan kesihatan kulit serta mencerahkan warna kulit kita.
Dapatan kajian dari Centers for Disease Control and Prevention, menunjukkan bahawa donut peach merupakan sumber serat yang baik untuk membantu kita berasa lebih kenyang.
Faktanya, memakan 30 gram serat sehari memberi sumbangan yang besar untuk menurunkan berat badan. Juga membantu mencegah kolesterol tinggi, tekanan darah, dan gula darah.
Masalah sembelit sering berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia merupakan salah satu buah terbaik untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan.
Selain menyokong bakteria baik, serat yang terkandung pada donut peach berfungsi ‘menolak’ najis dan membantu memindahkan makanan melalui usus. Sehingga mengurangkan kemungkinan terjadinya masalah sembelit.
Menurut satu kajian terperinci dari Perancis, ia menunjukkan bahawa vitamin C berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak kerana sinar matahari dan mencegah penuaan kulit.
Selain itu, ia juga dapat memperbaiki perubahan struktur kulit yang terjadi kerana proses penuaan.
Apa yang menarik, buah ini kaya dengan vitamin C. Setiap biji buah ini dikatakan mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sekitar 7 mg.
Stress merupakan salah satu hal yang wajar dialami oleh ibu hamil. Hal ini diakibatkan oleh perubahan hormon pada tubuh ketika sedang dalam tempoh kehamilan.
Namun tenang, para ibu boleh mencegahnya dengan mengambil buah peach ini.
Hal ini kerana ia mengandungi kalium yang mampu mengurangi masalah stress berlebihan agar kita lebih rileks, tenang, dan tidak mudah depresi menghadapi kehamilan.
Fungsi vitamin A amat penting bagi kesihatan penglihatan. Sekiranya vitamin A tidak mencukupi dalam badan, anda boleh mengalami beberapa gejala antaranya seperti mata kering dan mudah untuk mengalami jangkitan.
Untuk mendapatkan nutrisi tersebut, anda boleh mendapatkannya dalam buah ini kerana setiap 150 gram terkandung 10% vitamin A.
Sedikit tips untuk anda yang ingin membeli buah donut peach ini, anda boleh memilih buah yang lebih terang kerana ia lebih manis dari yang lain.
Buah ini tidak hanya boleh dimakan begitu sahaja, ia juga enam jika dicampurkan ke dalam salad, pai, ais krim, kek, mufin, dan resepi pastri yang lain. Jika ingin dijadikan pati minuman, ia boleh dipanggang dan dijadikan sirap semula jadi.
Selain dari khasiat donut peach ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:
Sumber: