Siapa yang suka makan brokoli? Jom baca 10 khasiat brokoli. Jika anda tahu akan khasiatnya, pasti anda akan terkejut. Begitu banyak khasiatnya yang ramai tak sedar. Begitu power sekali sayur yang tergolong dalam spesies kubis dan bunga kubis ini.
Brokoli sangat sedap dimakan dengan apa saja cara penyediaan. Ia boleh dibakar, dicelur, digoreng atau dijadikan puri. Rasa dan bentuknya hampir sama dengan bunga kubis. Bezanya ia berwarna hijau tua, manakala bunga kubis pula berwarna putih dan ada juga warna-warna yang lain.
Jika kita lihat masakan barat, brokoli sering dijadikan bahan sampingan ketika menyediakan ayam atau daging bakar. Malahan, kanak-kanak juga suka makan bubur yang diperbuat daripada brokoli.
Selain rasanya yang enak dan mengundang selera, brokoli juga banyak khasiatnya kepada manusia. Oleh itu, dalam penulisan kali ini, penulis akan berkongsi tentang khasiat brokoli yang ramai tak sedar. Jom baca!
Tahukah anda secawan brokoli mentah iaitu dalam 91 gram (g) mengandungi:
Di dalam brokoli juga terdapat vitamin A, folat, fosforus, selenium dan banyak lagi. Brokoli boleh dimakan mentah atau juga dimasak. Namun begitu, kandungan nutriennya akan berbeza mengikut cara penyediaan.
Cara terbaik untuk mendapat nutrien yang maksimum ialah dengan cara mencelur, mengukus atau dimakan mentah saja. Apabila dimasak terlalu lama, ia akan mengurangkan vitamin C dan protein di dalamnya.
Kesemua nutrien ini sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika anda nak tahu khasiat brokoli secara terperinci, teruskan pembacaan anda. Di bawah ini dinyatakan khasiat-khasiatnya yang lain.
Di dalam brokoli terdapat kandungan bioaktif yang dapat mengurangkan kerosakan sel akibat beberapa penyakit kronik. Malahan, brokoli juga kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.
Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel yang menyebabkan mutasi. Ini akan menyebabkan ketumbuhan sel-sel kanser. Oleh itu, dengan memakan brokoli kita dapat mengelakkan beberapa jenis kanser iaitu kanser ginjal, payu dara, prostat, perut, pundi kencing dan usus.
Bagi pesakit kencing manis, pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengawal paras gula dalam darah. Ada sebuah kajian yang menunjukkan pesakit diabetes jenis 2 yang menghadapi kerintangan insulin menunjukkan perubahan dengan pengambilan brokoli.
Disebabkan ia kaya dengan serat, brokoli dapat mengurangkan kerosakan sel di bahagian pankreas. Oleh itu, gabungan serat dan antioksidan ini sangat baik untuk pesakit diabetes.
Selain baik untuk mengawal darah, serat dan antioksidan baik untuk kesihatan usus. Malahan, ia dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan. Usus yang sihat di samping bakteria-bakteria baik merupakan komponen penting untuk kesihatan usus.
Selain itu, bagi sesiapa yang ada masalah sembelit, anda digalakkan memakan brokoli. Kandungan serat di dalamnya mampu melancarkan pembuangan najis.
Beberapa kandungan bioaktif dan nutrien yang ada dalam brokoli dapat meningkatkan keupayaan kesihatan mental, otak dan fungsi tisu saraf. Malahan, kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko kecederaan otak seperti strok.
Dengan memakan brokoli sejak usia muda ia dapat mengurangkan risiko masalah pelupa, alzheimer dan sebagainya. Selain itu, daya ingatan dan kemampuan membuat keputusan boleh dipertingkatkan.
Sistem imun manusia sangat kompleks sifatnya. Ia memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk berfungsi dengan sebaik-baiknya. Untuk menguatkan sistem imun, vitamin C yang banyak terdapat di dalam brokoli sangat berkesan.
Sistem imun yang kuat akan melindungi tubuh untuk melawan penyakit. Orang yang mudah terkena selsema dan demam, digalakkan makan brokoli. Kebaikannya sama seperti yang terdapat dalam buah oren.
Seperti juga susu, brokoli sangat kaya dengan kalsium. Kalsium dan vitamin C dapat mengatasi masalah periodontitis. Penyakit ini akan menyebabkan jangkitan gusi yang boleh merosakkan gigi dan tulang di sekitar gigi.
Malahan, ada kajian yang menunjukkan pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengurangkan risiko kanser mulut. Ada juga sumber yang menyatakan dengan memakan brokoli mentah dapat menyingkirkan plak dan memutihkan gigi.
Kandungan kalsium dan vitamin K juga sangat baik untuk kesihatan tulang. Ia juga dapat mengelakkan masalah yang berkaitan dengan tulang. Antaranya dapat mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang), masalah otot dan osteoartritis (keradangan sendi).
Semasa mengandung, para ibu mestilah mendapatkan beberapa jenis vitamin, mineral dan protein untuk kesihatan bayi dan ibu. Kandungan vitamin B atau folat sangat bagus untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi.
Selain itu, masalah sembelit yang sering berlaku semasa hamil dan selepas bersalin boleh diatasi dengan memakan brokoli. Jadikan brokoli sebagai hidangan wajib dalam menu harian anda.
Apabila sering terdedah pada pancaran cahaya matahari tanpa perlindungan ultraviolet (UV), ia amat berbahaya. Ia akan mendedahkan kita kepada risiko kanser kulit. Namun, kandungan bioaktif dalam brokoli dapat melindungi kulit dari radiasi UV.
Kesimpulannya ialah khasiat yang terdapat di dalam brokoli hampir sama dengan bunga kubis. Sebagai ibu bapa, galakkan anak-anak untuk memakan sayur-sayuran sejak mereka kecil lagi.
Anda tentu tak sangka begini banyak sekali khasiat brokoli. Pastinya lebih banyak kajian akan dilakukan pada masa akan datang untuk memberi kesedaran kepada kita. Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan tentang khasiat brokoli.
Anda yang berminat membaca khasiat halia, boleh membacanya di pautan ini. Manakala, bagi yang suka bau daun pudina boleh baca khasiatnya di sini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.