Mawar merupakan bunga kegemaran wanita. Bunganya yang cantik dengan bau yang harum pasti membuatkan anda tersenyum.

Malah mawar juga merupakan sejenis bunga yang romantic di mana setiap warna mempunyai makna yang tertentu. Romantic sangat bila pasangan menghadiahkan anda sekuntum mawar. Selain cantik sebagai bunga, mawar juga kaya dengan 1001 khasiat.

Mawar telah digunakan dalam dunia kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Sejak dulu kelopak mawar dimakan untuk tujuan kecantikan dan awet muda. Dewasa ini air mawar digunakan secara meluas dalam dunia kosmetik memandangkan ia sememangnya berkesan untuk kecantikan. Hari ini kami akan kongsikan khasiat air mawar yang anda wajib tahu.

Cara buat air mawar

Anda boleh beli air mawar yang dijual di pasaran namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya anda boleh buat sendiri air mawar dengan kos yang murah. Malah kaedah pembuatannya juga sangat mudah. Tak sesusah yang disangka. Nak tak kalau kami kongsikan cara buat air mawar homemade? Berikut adalah cara buat air mawar yang anda boleh cuba.

Bahan-bahan:

  • 50 gram kelopak mawar. Anda boleh beli kelopak mawar dari kedai bunga. Biasanya mereka ada menjual kelopak bunga yang gugur. Harganya jauh lebih murah berbanding bunga mawar bertangkai.
  • 1 liter air distil.

Caranya:

  • Masukkan air distil dan kelopak mawar ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Biarkan sejuk.
  • Setelah sejuk, masukkan ke dalam botol tak telus cahaya dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Masukkan sedikit ke dalam botol spray untuk kegunaan harian. Simpan botol spray dalam peti sejuk.
  • Air mawar yang disimpan dalam bekas tak telus cahaya dan peti sejuk akan tahan dengan lebih lama.
khasiat air mawar
Sumber: Okezone

Khasiat air mawar untuk kecantikan

Air mawar terbukti sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit muka. Masakan tidak, ianya telah digunakan sebagai salah satu rutin kecantikan sejak ribuan tahun dahulu. Di antara khasiat air mawar ialah:

  1. Awet muda. Wanita yang mengamalkan menyapu air mawar ke muka akan kelihatan sentiasa awet muda. Ini kerana air mawar membantu kulit muka kekal muda dengan meningkatkan keanjalan kulit.
  2. Anti kedut. Selain meningkatkan keanjalan kulit, air mawar juga membantu mengurangkan kedutan di wajah. Lagi rajin anda amalkan air mawar, lagi lambat kedutan muncul di wajah.
  3. Mencerahkan kulit muka. Air mawar kaya dengan vitamin A dan vitamin E yang berfungsi untuk mencerahkan kulit muka. Itulah sebabnya kenapa semakin lama anda mengamalkan air mawar, semakin cerah kulit muka anda.
  4. Kulit muka kemerah-merahan. Wanita yang mengamalkan semburan air mawar ke wajah akan mempunyai kulit muka yang kelihatan kemerah-merahan. Lepas ni tak perlu pakai blusher lagi sebab kulit muka anda dah kemerahan secara semulajadi.
  5. Melembutkan wajah. Air mawar berfungsi untuk melembutkan kulit wajah. Jika and konsisten mengamalkannya, pasti kulit muka anda akan selembut bayi.
  6. Melembabkan wajah. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, air mawar membantu untuk melembabkan kulit muka dengan memerangkap lembapan pada kulit muka. Lepas ni takdelah kulit muka anda kering lagi.
  7. Menghilangkan jerawat. Mawar mengandungi antiseptik yang membantu membunuh kuman dan bakteria yang menjadi punca jerawat bermaharajalela di wajah anda. Selain itu, air mawar juga membantu mengurangkan keradangan kulit akibat jerawat. Radang pada kulit itulah yang menjadi punca kenapa kulit anda menjadi kemerahan di sekeliling jerawat. Gunakan air mawar 2 kali sehari untuk menghilangkan jerawat di muka.
  8. Mengecilkan liang pori. Kalau anda sedih setiap kali memandang cermin disebabkan oleh liang pori anda yang besar dan terbuka, air mawar adalah penyelamat anda.
  9. Menghilangkan jeragat. Kalau anda mempunyai masalah jeragat, air mawar juga boleh membantu mengurangkan masalah yang dialami.

Masker air mawar

Selain digunakan dalam bentuk air mawar yang disembur pada kulit wajah, air mawar juga boleh dijadikan sebagai masker. Masker air mawar adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit muka. Jom kami kongsikan beberapa resepi masker air mawar yang boleh anda buat sendiri di rumah. Kesannya pasti membuatkan anda rasa tak percaya.

  • Masker air mawar + putih telur. Sambil-sambil memasak telur di dapur, adan boleh simpan sedikit putih telur untuk dijadikan sebagai masker. Caranya ialah campurkan sedikit air mawar ke dalam putih telur dan sapukan ke wajah. Biar sehingga kering. Hasilnya? Kulit muka akan terasa lembut dan tegang.
  • Masker mawar + madu + oat. Masker yang ini berfungsi untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan melembutkan kulit muka. Cara untuk menyediakan masker ini juga sangat mudah. Ambil satu sudu kecil oat dan masukkan setitis madu. Kemudian masukkan sedikit air mawar sehingga masker mencapai kepekatan yang dikehendaki. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas bersih. Hasilnya pasti mengagumkan anda.
  • Masker air mawar + serbuk kopi. Ini adalah resepi masker untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri. Caranya ambil satu sudu kecil serbuk kopi dan campurkan dengan sedikit air mawar. Sapukan ke wajah, biarkan selama 15 minit dan bilas bersih.
  • Masker air mawar + serbuk kunyit + serbuk kulit kayu manis. Masker ini sangat bermanfaat buat anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapat kesan yang menakjubkan. Caranya campurkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk kayu manis dengan air mawar dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 30 minit, bilas, dan cuci muka sehingga bersih.
khasiat air mawar
Sumber: Glitz

Itulah dia info tentang khasiat air mawar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang khasiat limau purut, khasiat daun pegaga, dan khasiat air kelapa.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.