Kesan Merokok Yang Tak Ramai Lelaki Tahu
petua darah tinggiSemua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok seorang, malah mereka yang berada…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
petua darah tinggiSemua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok seorang, malah mereka yang berada di sekeliling dan tinggal berumah dengannya juga akan menerima tempias. Tak hairanlah kerajaan mula mewujudkan kawasan larangan merokok. Apakah kesan merokok kepada kesihatan?

Sumber: Mosselbay
Rokok mempunyai banyak bahan yang boleh membahayakan kesihatan. Di antara bahan bahaya yang terdapat dalam sebatang rokok ialah:
- Nikotin iaitu bahan utama dalam racun serangga
- Tar iaitu bahan yang digunakan untuk membuat jalan. Ia boleh menyebabkan kanser
- Naphthalena yang digunakan untuk membuat ubat gegat
- Karbon Monoksida iaitu gas beracun yang terdapat dalam asap kereta
- Kadmium iaitu bahan yang digunakan untuk membuat bateri kereta. Ia boleh menyebabkan kanser
- Asetone iaitu bahan yang digunakan untuk membuat cat
- Vinyl Cloride bahan membuat plastik PVC yang boleh menyebabkan kanser
- Methanol iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan bakar roket
- Ammonia yang digunakan untuk mencuci lantai
- Urethane
- Toluene iaitu larutan industri
- Arsenic iaitu racun semut yang boleh menyebabkan kanser
- Nickel yang boleh menyebabkan kanser
- Phenol iaitiu ubat mencegah dan membunuh kuman
- Butane iaitu bahan pembakar dalam pemetik api
- Polonium-210 yang boleh menyebabkan kanser
- Naphthylamine
- Pyrene yang boleh menyebabkan kanser
- Bezopyrene
- Hydrogen Cyanide iaitu sejenis racun dlm saluran gas
- Toluidine
- DDT iaitu bahan dalam racun serangga
Apakah kesan merokok ke atas tubuh badan manusia?
1. Mati pucuk
Di antara bahan utama dalam rokok ialah nikotin yang menyebabkan ketagihan. Nikotin merupakan bahan yang sangat menjejaskan tubuh badan anda. Pengambilan nikotin setiap hari akan menyebabkan penyempitan pada saluran darah ke zakar lalu menyebabkan anda mengalami masalah mati pucuk.
2. Ejakulasi pra matang
Selain menyebabkan mati pucuk, pengecutan saluran darah ke zakar akan menyebabkan anda mengalami masalah ejakulasi pra matang yang sangat memalukan. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan anda kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks bersama isteri.
3. Kecacatan sperma
Selain menyebabkan mati pucuk dan ejakulasi pra matang, nikotin dalam rokok juga akan menyebabkan berlakunya kecacatan pada sperma dan menjejaskan kesuburan. Sperma yang cacat tidak akan dapat berenang dengan laju untuk menuju ke ovum lalu menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku.
4. Strok atau angin ahmar
Nikotin dalam rokok akan menjejaskan saluran darah dalam badan anda. Dinding saluran darah anda akan menjadi tebal dan semakin sempit lalu menyukarkan aliran darah melaluinya. Saluran yang sempit akan menyebabkan berlakunya sumbatan. Biasanya strok atau angin ahmar berlaku disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.

Sumber: Medicalnewstoday
5. Serangan sakit jantung
Dinding saluran darah yang menyempit dan tersumbat bukan sahaja boleh menyebabkan strok malah ia juga meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung. Merokok menyebabkan peningkatkan denyutan jantung. Serangan jantung boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Kalau anda sayangkan diri & mereka yang terdekat, sila berhenti merokok sekarang.
6. Kanser paru-paru
Asap rokok mengeluarkan lebih kurang 4,000 bahan kimia beracun. Daripada 4,000 bahan kimia tersebut, 53 daripadanya boleh menyebabkan kanser paru-paru. Kanser paru-paru adalah kanser yang boleh membunuh. Ia juga boleh berjangkita ke organ lain dalam tubuh badan anda. Rawatan kemoterapi untuk membunuh sel kanser juga sangat menyakitkan.
7. Merosakkan sistem pernafasan
Merokok akan merosakkan sistem pernafasan anda dan menyebabkan berlakunya masalah seperti
- Kesakitan pada salur udara dan kotak suara.
- Saluran udara paru-paru menjadi bengkak, sempit dan berlendir lalu menyebabkan anda susah untuk bernafas.
- Merosakkan paru-paru
- Meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
- Batuk yang berpanjangan
- Asma
8. Trombosis
Perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena trombosis iaitu penyakit darah beku. Ini berlaku kerana darah anda menjadi terlalu pekat dan membeku dengan kadar yang cepat berbanding darah yang normal.
9. Aterosklerosis
Aterosklerosis adalah keadaan di mana dinding saluran darah menjadi rosak disebabkan oleh nikotin yang terdapat dalam rokok.
10. Merendahkan imuniti dan antibodi
Merokok akan menyebabkan kemampuan melawan penyakit anda menjadi rendah. Kesannya, anda akan lebih mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam, batuk, dan selsema. Malah anda juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh semula.
![]()
Sumber: Healthline
11. Osteoperosis
Perokok akan mengalami masalah kepadatan tulang yang kurang lalu meningkatkan risiko penyakit osteoperosis. Otot anda juga akan mengalami kerosakan akibat bahan merbahaya yang terdapat didalam rokok.
12. Kesan merokok kepada isteri anda
Asap rokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan anda malah ia juga boleh menyebabkan isteri anda terdedah kepada risiko berikut:
- Ketidaksuburan
- Gangguan kepada kitaran haid lalu menyebabkan haid tidak tetap
- Menopos dengan lebih awal
- Risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks
- Risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung
- Risiko tinggi untuk mendapat strok
- Risiko tinggi untuk mendapat osteoperosis
- Risiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru
- Risiko tinggi untuk mendapat asma
13. Kesan merokok kepada bayi dalam kandungan
Sekiranya isteri anda sedang mengandung, tabiat merokok anda akan menyebabkan bayi dalam kandungan terdedah kepada risiko beikut:
- Keguguran
- Kelahiran pra matang
- Kelahiran dengan berat yang rendah. Lahir dengan berat yang rendah akan memberikan kesan masa panjang kepada perkembangan bayi anda.
- Sumbing
- Jangkitan telinga
- Masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkitid
- Sudden infant death syndrome (SIDS) atau mati mengejut
- Meningococcal

Sumber: Independent
Itulah dia kesan merokok yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda seorang perokok tegar, kami doakan semoga anda dapat berhenti dari ketagihan merokok dalam kadar segera demi oang yang tersayang. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak.