Mee segera adalah makanan yang mempunyai pelbagai jenama produk di negara Asia. Antaranya, Maggi, Mee Sedap, Mamee dan pelbagai lagi. Di pasaraya juga tidak asing dari menjual mee segera. Pasti ada menjual mee segera berbungkus-bungkus.

Jika kita tiada masa untuk masak, mee segera adalah makanan yang paling mudah untuk diambil dan cepat. Mee segera juga enak dimakan sebab itu ia digemari oleh ramai orang tidak kira usia. Daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Tetapi mee segera tidak elok dimakan selalu kerana ia tidak mempunyai nutrisi yang bagus. Lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan pengambilan mee segera terhadap kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

kesan mee segera
Imej via thepatriots

Kesan pengambilan berlebihan mee segera

Mee segera – Ia tidak berkhasiat dan menyebabkan kanak kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Itu kenyataan dari pakar UNICEF yang menjalankan kajian pemakanan dan status nutrisi bagi kanak kanak di asia tenggara.

Isu pengambilan BERLEBIHAN mee segera dikalangan kanak kanak bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan Indonesia dan Filipina.

Walaupun ia tidak berkhasiat, namun kanak kanak gemarkannya berikutan kandungan perasa dan garam yang tinggi. Ibu bapa juga lebih selesa untuk menghidangkan mee segera berbanding makanan ruji konvensional seperti nasi kerana ia pantas dan mengenyangkan.

Faktor kemiskinan merupakan antara faktor mengapa mee segera dijadikan pilihan. Harga yang murah, jualan yang meluas dan promosi hebat produk mee segera juga menjadi faktor.

Mee segera bukan solusi kepada masalah kekurangan zat makanan. Ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Kanak kanak yang mengambil mee segera secara berlebihan boleh alami masalah kegemukan dan kurang berat badan.

Ya, walaupun gemuk, sebenarnya mereka tidak memperoleh nutrient yang penting untuk pertumbuhan. Paling ketara adalah zat besi dan vitamin. Kekurangan zat besi akan menjejaskan perkembangan otak.

*Seeloknya, elakkan daripada kanak-kanak terbiasa makan mee segera selalu. Mee segera boleh dimakan tetapi tidak boleh selalu, sebulan sekali sudah mencukupi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.