“Nak rancang kehamilan mudah je, makan pil perancang“
Hanya sebab satu saranan, ramai wanita kini menanggung kesannya. Ya, kedengaran begitu mudah untuk kita merancang kehamilan. Apa susahnya, makan sahaja pil perancang! Itulah kata-kata mereka yang tidak pernah tahu akan kesan makan pil perancang.
Sungguhpun ia adalah penyelesaian bagi anda yang ingin jarakkan kehamilan atau merancang keluarga, percayalah, lebih banyak kesan buruknya berbanding kesan baik. Ramai wanita tak sedar akan perkara ini, tetapi apabila umur semakin naik, semua terasa ada yang tak kena dengan badan, otot dan sendi masing-masing. Sedihnya, keadaan badan kita mungkin tak sama seperti umur kita sekarang.
Sebenarnya, apa kesan makan pil perancang? Kenapa dah bertahun ambil tetapi elok sahaja, tak ada kesan pun. Pil hamil adalah kategori ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan. Ia mungkin bertahan merancang kehamilan anda, tetapi kesan sampingan akan terjadi pada beberapa tahun yang akan datang. Jom lihat kesan makan pil perancang yang bahaya perlu anda tahu.
Pil perancang mengandungi dos hormon dan bahan-bahan yang mengandungi hormon seks. Menurut kajian, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain sebagai kesan sampingan. Kesan makan pil perancang menyebabkan anda kerap sakit kepala. Sekiranya kesan berpanjangan dan masih sakit, jumpalah doktor segera.
Takutnya jika ada sesuatu yang tidak normal berlaku kesan daripada makan pil perancang. Payudara semakin membesar dan membengkak selepas mengambil pil perancang, tetapi ia akan berkurangan dalam tempoh masa yang akan datang. Jika berlaku ketulan, segeralah berjumpa doktor!
Kesan makan pil perancang juga adalah haid anda mungkin takkan datang tepat pada masanya. Adakalanya haid akan datang sedikit sahaja dalam kadar beberapa titis, ia tidak datang seperti biasa. Bukannya anda hamil tetapi itu adalah kesan pil perancang yang diambil.
Akibat pergolakan ubat dan tindak balas pil perancang dalam tubuh, berat badan juga akan terkesan. Berat badan anda mungkin naik secara mendadak. Ramai kawan-kawan pasti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berat badan anak naik.
Biarpun pil perancang berfungsi membantu menjarakkan kehamilan, tetapi ia mempunyai bahan-bahan aktif yang boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara. Selalunya ia mengambil tempoh masa yang lama, mungkin beberapa tahun lagi bagi pil perancang bertindak secara keseluruhan di dalam hormon tubuh.
Ubat-ubatan dan pil perancang juga memberi kesan kepada saluran pernafasan. Anda akan terasa selalu sesak nafas tak kiralah malam atau siang hari.
Walaupun anda tidak mempunyai darah tinggi, tetapi kesan makan pil perancang boleh membuatkan kandungan darah tinggi berlaku pada tubuh anda. Jangan terkejut kalau doktor kata anda ada darah tinggi! Ini sememangnya berlaku jika selalu makan pil perancang.
Emosi anda juga takkan stabil selepas mengamalkan pil perancang kerana kandungan pil perancang penuh dengan hormon tambahan. Hormon tambahan akan menyebabkan anda tidak selesa sekaligus emosi tidak menentu.
Kesan makan pil perancang menjadikan anda sering terasa loya dan mual. Selalunya pengambilan pil perancang yang pertama akan membuatkan anda loya. Seterusnya, tidak terasa begitu loya. Anda boleh makan pil perancang sebelum tidur atau bersama makanan untuk elakkan mual. Jika mual dan loya teruk sehingga muntah-muntah, segera dapatkan nasihat doktor.
Pendarahan atau spotting akan berlaku kerana reaksi badan anda dalam menyesuaikan diri dengan hormon yang bertambah. Darah akan turun biarpun masa tersebut bukanlah haid. Sekiranya darah melebihi dari 5 hari biasa, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor.
Bahagian intim yang meruang dan mempunyai lendiran tetapi tidak selesa adalah kesan makan pil perancang. Kebersihan penting dijaga untuk mengelakkan daripada hal ini berlarutan.
Kesan makan pil perancang juga akan menyebabkan keinginan seks anda berkurangan. Kita akan sedar hal ini selepas 3 atau 4 minggu makan pil perancang.
Ramai tak perasan kesan makan pil perancang juga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok. Ia adalah kesan dimana tubuh badan terikat dengan pil perancang yang mempunyai kesan terhadap otot dan sendi belakang kita.
Bukan sahaja berat badan menaik, tetapi berat badan juga menurun secara mendadak. Ia bergantung kepada jenis tubuh badan seseorang. Kesan makan pil perancang ini sebenarnya bahaya bagi anda yang mempunyai tubuh kecil dan lemah.
Pernah tak rasa perut atau abdomen dalam badan berdekatan usus sakit-sakit? Kebarangkalian sakit perut dan abdomen ini adalah disebabkan oleh kesan makan pil perancang.
Jangan amalkan pil perancang dengan terlalu kerap, takut-takut tubuh badan anda mula menunjukkan kesan-kesan sebegini. Lenguh kaki dan bengkak kaki juga adalah kesan makan pil perancang yang seringkali terjadi.
Kanser servik adalah kanser yang amat ditakuti oleh para wanita. Ia juga boleh terjadi akibat sakit puan yang melibatkan faktor pemakanan dinihari. Selain itu, jangan terkejut kerana kesan makan pil perancang juga membuatkan anda berpotensi mengalami kanser servik.
Itulah dia 17 kesan makan pil perancang yang membuatkan ramai wanita merana. Mulai sekarang, fikir sebelum bertindak. Adakah pil perancang yang perlu anda ambil atau gunakan kaedah lain?
Jom baca juga Pil perancang tak selamat, Kaedah perancang keluarga dan Cara kira waktu subur.