Darah tinggi adalah penyakit yang biasa dan kebanyakkan rakyat Malaysia menghadapi penyakit darah tinggi. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Bukan itu sahaja, malah ada juga remaja muda yang ada darah tinggi.
Ini menunjukkan bahawa pemakanan kita tidak bagus dan suka makan makanan ‘fast food’. Makanan di kedai-kedai makan juga, mereka menggunakan perisa tambahan dan garam terlalu banyak untuk menyedapkan lagi hidangan mereka. Tanpa kita sedar kita telah membahayakan nyawa kita.
Apabila kita mempunyai darah tinggi, ia akan menyusahkan kita untuk melakukan aktiviti dan ibadah. Terutama sekali bagi ibu yang sedang hamil. Mereka perlu melahirkan anak mereka dalam keadaan yang sihat dan mereka juga dapat bersalin dengan baik dan lancar. Bagaimana jika ketika hamil, doktor dapati tekanan darah terlalu tinggi dan berisiko?
Apakah kesan darah tinggi terhadap ibu hami?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan darah tinggi terhadap ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.
Penyakit ini bukan hanya memberi kesan kepada tekanan darah tinggi namun turut memberi kesan pada buah pinggang, otak dan organ penting dalam tubuh. Justeru check up air kencing amatlah perlu dijalani oleh ibu hamil. Hal ini adalah demi mengesan kerosakkan buah pinggang dengan lebih awal. Kesannya pula boleh menyebabkan ibu terkena sawan dan menyebabkan kematian pada bayi atau si ibu.
Wanita yang ada darah tinggi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik selepas bersalin. Biasanya tekanan darah tinggi akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang. Amalkan supplemen semasa hamil yang selamat dan semulajadi.
Berlaku ‘placental abruption’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi
Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.
Kelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.
Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).
*Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang terutama wanita yang akan berkahwin, mengandung dan melahirkan zuriat. Pemakanan perlu dijaga dan kurangkan makan makanan ‘fast food’ dan lebihkan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin.
Ingat ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’, baik ambil langkah dari sekarang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.