Pengambilan antibiotik adalah normal ketika sakit. Apabila kita demam, biasanya ubat antibiotik antara ubat tambahan yang akan dibekalkan oleh doktor. Ianya bertujuan untuk membina sistem ketahanan lebih kuat lagi untuk melawan penyakit.

Tetapi, tahukah anda ianya mempunyai kesan jika diambil semasa mengandung? Penulisan ini datangnya daripada PaMa.

Kesan Antibiotik Semasa Mengandung

Kesan ubat antibiotik RebootWithJoe

Ketika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.