Keputihan selalu terjadi kepada wanita yang sudah akil baligh. Keputihan adalah lendir yang keluar daripada faraj wanita dalam pelbagai warna antaranya adalah putih, kuning atau kelabu. Bukan sahaja wanita yang belum berkahwin mengalami masalah keputihan yang melampau. Malah wanita yang sudah berkahwin juga masih mengalami masalah keputihan.
Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.
Wanita hamil juga mengalami masalah keputihan, ia menimbulkan rasa risau terhadap ibu dan kandungannya. Semestinya, ibu akan risau jika mengalami keputihan semasa hamil kerana takut akan memberi kesan negatif kepada kandungannya. Tetapi, jangan risau, ia adalah perkara normal jika ibu hamil mengalami keputihan.
Mengapa ia perkara biasa?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai keputihan semasa hamil adalah perkara normal. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Keputihan teruk sewaktu mengandung adalah perkara yang biasa, anda tidak keseorangan ramai ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama.
Keputihan yang banyak selalunya disebabkan oleh candidiasis dan perkara ini boleh dirawat dengan ubat yg khas tetapi awas, kadang-kadang ada kuman lain yang lebih bahaya boleh sebabkan keputihan ini, iaitu GBS nama panjang nya ‘Group B Streptococcus’.
Macam mana hendak tahu anda ada kuman ini atau tidak adalah doktor akan mengambil sample keputihan anda untuk dihantar ke makmal untuk pengecaman punca keputihan dan jenis kuman yang ada.
GBS kalau tidak dirawat boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan sewaktu melahirkan bayi kerana apabila bayi melalui vagina yang sudah dijangkiti kuman GBS itu tadi, bayi akan berpotensi tinggi mendapat jangkitan mata atau paru-paru lebih teruk komplikasi lain pelbagai jenis kecacatan seumur hidup atau anak boleh meninggal dunia. Waspada sebelum terlambat. Jangan ambil mudah.
*Jika berlaku keputihan semasa hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana ia tidak membahayakan kandungan. Cuma sebelum solat, ibu wajib bersuci dahulu baru solat akan sah. Jika anda mengalami keputihan yang banyak, lebih baik anda pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.