Lalu di pasar malam nampak orang jual kepak madu tetiba jadi terliur dan teringin sangat makan. Nampak macam sedap menyelerakan. Namun kalau sudahlah tidak boleh keluar macam mana nak beli. Kesudahnya buat sendiri kepak madu bakar sambil bersantai-santai.

Kali ini kami belanja anda resepi kepak madu mudah semudah 1 2 3. Jika tidak ada pembakar, boleh bakar dengan kuali, atau digoreng pun boleh, paling sedap dibakar dengan air fryer seperti dalam resepi ini.

Sepanjang masak hidangan ini, kami rekomend untuk guna olive oil untuk dapatkan hasil yang makin sedap. Tapi kalau tidak ada olive oil, guna minyak masak sahaja. Jom buat kepak madu resepi didatangkan daripada Yatie Kamar yang berkongsi di Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kepak Ayam Madu

kepak madu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kepak ayam 10 ketul,
  • Setengah sudu kecil garam,
  • Gula 2 sudu,
  • 1 sudu serbuk cukup rasa,
  • 5 sudu madu,
  • 3 sudu serbuk cili,
  • 1 sudu sos tiram,
  • 3 sudu sos lada hitam,
  • 4 sudu olive oil kalau tidak guna minyak masak sahaja.

Cara-cara :

  1. Bersihkan kepak ayam dan potong 2. Toskan.
  2. Gaul semua bahan-bahan dan olive oil.
  3. Perab 4 hingga 6 jam.
  4. Bakar selama 20 minit menggunakan air fryer kalau ada, kalau tidak ada bakar dalam kuali atau goreng pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain kepak madu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.