Facebook adalah sebuah platform media sosial yang sangat terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tidak sah lah jika salah seorang daripada kita tidak mempunyai sebuah akaun Facebook.

Banyak perkongsian menarik yang dapat kita lihat di laman Facebook dan kita dapat melihat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di ruangan komen setiap perkongsian.

Selain daripada komen dan reaksi netizen di ruangan komen, dapat juga kita lihat mereka-mereka yang sudah berkahwin tag pasangan mereka di ruangan komen tersebut. Ini bukanlah perkara yang asing lagi yang kita dapat lihat di ruangan komen setiap perkongsian di Facebook. Ada pasangan yang tidak suka ditag oleh isterinya kerana tidak ada kena mengena dengan mereka.

Kita sebagai pasangan janganlah marah jika isteri kita sering tag kita di Facebook tetapi cuba untuk melihat dengan lebih dalam tujuan mereka tag kita. Dengan cara ini, kita dapat mengenal isteri kita dengan lebih mendalam dan ianya adalah sejenis komunikasi antara si isteri dengan kita. Mari kita lihat mengapa isteri kita suka tag kita di Facebook yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.

Isteri Suka Tag Suami Di Facebook

Tag facebook
Imej via Bidadari.My
  1. Mereka mahu memberitahu isi hati mereka.
    • Perempuan ini tidak seperti lelaki yang boleh cakap direct apa yang mereka mahu. Perempuan ini sejenis makhluk yang banyak berkias dan sangat suka menggunakan maksud tersirat.
    • Tag itu adalah salah satu maksud tersirat mereka. Cuma itu lah cabaran bagi kaum lelaki. Jika dia tag kita di artikel , kita terpaksa buat ‘speed reading & skimming’ untuk tahu baris keberapa ayat tersirat yang isteri kita cuba sampaikan.
  2. Mereka nak kita yang pilih.
    • Isteri kita ini jenis yang banyak mahunya. Memang itulah fitrah perempuan. Kita lelaki ini sebagai ‘provider’ mereka. Itulah kenapa kita fokus bekerja. Sebab kita termotivasi untuk ‘provide’ mereka.
    • Cuma disebabkan kuasa ‘desicion making’ ini banyak berada di tangan kita, jadi isteri kita berbaik hati la hendak kita membuat keputusan untuk pihak mereka. Alhamdulillah, bila kita syukuri benda ini akan banyak konflik yang tidak akan terjadi dalam rumahtangga kita nanti.
  3. Mereka nak kebaikan untuk kita.
    • Kadangkala mereka sudah tahu kita lelaki ini jenis malas membaca atau terlalu fokus pada kerja. Jadi dengan tag sekali sekala itu mereka harapkan kita topup juga ilmu di dalam dada.
    • Tidak boleh ilmu kita masa masih di awal usia perkahwinan sampai di hujung usia sama sahaja tiada perubahan langsung. Perlu topup dari semasa ke semasa.
  4. Mereka tengah perli kita.
    • Kadangkala perli di depan muka ini boleh menjadi konflik dan pergaduhan. Jadi si isteri perli perli manja dengan tag suami mereka supaya konflik itu tidaklah terlalu besar.
    • Cuma janganlah sampai jatuh air muka dan pastikan si suami okay.
    • Bila dah kena perli yang manja dan ringan ni suami perlulah cakna dan sensitig, Cepat-cepat sedar dan selesaikan masalah sebelum perlian tadi bernanah dan membusuk di dalam dada.
  5. Mereka hendak meluahkan perasaan.
    • Kadang-kadang si suami sibuk sangat bekerja sampaikan komunikasi dalam rumahtangga pun menjadi sangat kurang.
    • Dengan tag sekali sekala ini diharapkan si suami dapat lah membaca dan dapat faham betapa rindu dan kasihnya si isteri kepada suaminya.

Para suami perlulah memahami setiap tindak tanduk isteri. Setiap perlakuan yang mereka lakukan pastinya membawa maksud di sebaliknya kerana sifat semulajadi wanita ini meraka memang suka berkias tidak seperti lelaki.

Jika para suami dapat memahami setiap perkara yang isteri lakukan pastinya rumah tangga anda akan lebih bahagia kerana si isteri merasakan perasaan dan kehendak mereka juga dijaga oleh suami. Semoga dengan perkongsian ini rumah tangga anda makin ceria dan bahagia.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.