Dalam menjalani kehidupan berkeluarga, ibu ayah pastinya akan menerima pelbagai soalan daripada masyarakat sekeliling terutamanya tentang perihal anak dan bilangan anak.

Bagi ibu ayah yang tidak mempunyai anak yang ramai, pasti akan ditanya ‘bila nak tambah lagi?’ atau ‘tak nak tambah lagi?’. Kadang-kala mungkin kita berasa soalan ini agak sukar untuk dijelaskan.

Ikuti perkongsian seorang bapa iaitu Encik Nur Firdaus, melalui laman Facebook beliau tentang jawapan bagi pertanyaan ‘kenapa anak sedikit’.

Foto Kredit : beritagar.id

KENAPA ANAK SEDIKIT?

Perbualan antara saya dan seseorang :-

O – Orang
S – Saya

O : Anak berapa orang dah sekarang tuan?
S : Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.

O : Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.
S : Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O : Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?
S : Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O : Hmm. (terdiam sebentar)
S : Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain, nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

O : Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)
S : Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang telah dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula. :)

O : Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.
S : Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.

_________________________________

#QualityRatherThanQuantity
#1child1file

PETIKAN HADIS

Berikut merupakan petikan hadis berkenaan bilangan kita yang ramai tetapi ianya ibarat buih.

Hadis ini daripada Tsauban (ثوبان) :-

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya : ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?”. ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda : ”Cinta dunia dan takut akan kematian.”

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Foto Kredit : pixabay.com

ANAK SAHAM AKHIRAT

Dalam perihal anak, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Walau berapa pun bilangan anak yang dimiliki, pastikan kita mementingkan kualiti anak itu dalam semua aspek kerana kelak perkara ini akan dipersoalkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ibu ayah yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan berjaya memberikan didikan yang terbaik kepada mereka.

Buat semua ibu ayah, sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar kita semua dikurniakan anak yang soleh dan solehah sebagai saham akhirat kita.

 

*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Encik Nur Firdaus melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

Penulis: Eyza Faizah

Graduan dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti tempatan. Berpengalaman dalam bidang pengurusan dan professional serta pengacaraan majlis. Kini bergelar 'work at home mom' (WAHM) - berkhidmat untuk keluarga dan menulis artikel online. Beliau boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.