Mana ada manusia suka kena fitnah. Tapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa fitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan “dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh”, apakah maksudnya?
Dosa fitnah lebih besar dari doa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah juga merupakan salah satu dosa besar.
Memang bahaya perbuatan fitnah ini dan tidak hairanlah kenapa ianya terrgolong sebagai salah satu dosa besar. Fitnah juga disebut dalam AlQuran akan bahayanya yang lebih teruk daripada membunuh. Mana taknya, jika permbunuhan itu ‘mati’ hanyalah berlaku sekali kemudian semuanya akan kembali tenang tetapi fitnah ini terasa bagai ‘mati berkali-kali’ dan sakitnya itu perlu ditanggung dalam masa yang amat lama. Pelbagai perasaan juga bercampur baur. Ada rasa malu, sedih, marah, benci, sakit dan lain-lain lagi. Memang teruk situasi ke atas seseorang yang telah difitnah ini.
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya : dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan… (Surah Al-Baqarah: 191)
وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan. (Surah Al-Baqarah: 217)
Fitnah tak ubah seperti virus atau racun yang boleh membunuh fikiran sihat seseorang. Jangan kata kita di zaman serba moden dengan media sosial, dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi fitnah ini sudah pernah berlaku. Cumanya kita di zaman akhir ini perlu lebih berwaspada dalam menjaga tingkahlaku kerana semua benda boleh di ambil gambar dan dimuatnaik ke facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
Fitnah ke atas Aisyah RA, isteri kesayangan nabi menjadi saksi betapa kejam dan dasyatnya fitnah ini. Peristiwa ini berlaku bila mana pada suatu hari rombongan Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti di suatu tempat maka Aisyah RA turut keluar dari usungan buat menyempurnakan hajatnya.
Selepas itu, Aisyah RA kembali semula ke usungan dan dengan tiba-tiba Aisyah RA menyedari yang kalungnya telah hilang. Saidatina Aisyah keluar semula dari usungan dan bergerak ke arah tempatnya melepaskan hajat tadi untuk mencari semula kalung tersebut. Puas mencari, Aisyah RA kembali ke rombongan namun rombongan itu telah pergi tanpa menyedari akan ketiadaannya.
Dalam masa yang sama, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Safwan Mu’attal yang ditugaskan untuk menjaga pasukan pada bahagian belakang telah melihat Aisyah sendirian. Lalu dibawanya Aisyah kembali dengan selamat sehingga tiba di Mekah tanpa bercakap sepatahpun perkataan dengan Aisyah RA.
Di Mekah, kecoh apabila Aisyah didapati tiada di dalam usungan dan makin kecoh apabila Aisyah RA boleh muncul secara berduaan dengan Safwan Mu’attal. Maka kedengaranlah suara sumbang yang memfitnah Aisyah atas kejadian tersebut. Alangkah sedihnya hati Saidatina Aisyah dan makin sedih apabila Nabi Muhammad SAW turut ikut berdukacita dan menjarakkan hubungannya dengan Aisyah.
Kejadian ini akhirnya terhenti apabila Allah SWT menurunkan wahyu bagi menjawab segala fitnah berkenaan. Kisah tersebut ada disebut dalam al-Quran menerusi Surah al-Nur, ayat 11 hingga 21.
Buat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud ;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Zaman sekarang fitnah semakin berleluasa malah mereka yang membuat fitnah ini seolah-olah seperti tidak takut dengan dosa. Bagi mereka, ia satu kepuasan. Buat mereka yang difitnah berdoalah kepada Allah SWT supaya diberikan perlindungan. Ini adalah tips utama bila kena fitnah yang amat sesuai buat anda. Anda harus tahu doa orang yang teraniaya tiada hijab malah ia lebih cepat dimakbulkan. Selain memohon perlindungan anda juga boleh memohon supaya ditunjukkan kebenaran yang sedang tertutup itu.
Tips bila kena fitnah yang kedua ialah kuatkan mental. Memang betul apabila di fitnah ia akan menyebabkan akan merasa bercelaru. Jika anda di fitnah kuatkan mental anda kerana jika anda tidak dapat mengawal mental maka ia akan menyebabkan anda lemah. Anda perlu kuat dan pedulikan segala tohmahan yang dilempar. Yakin bahawa Allah SWT ada dan kebenaran pasti akan terbongkar jua kelak.
Tips bila kena fitnah yang seterusnya ialah anda harus bersabar jika anda di fitnah. Anda perlu yakin di sebalik yang berlaku ini pasti ada khikmahnya. Bukan itu sahaja, anda juga perlu perbanyakkan zikir dan hindarkan diri dari membalas balik tentang fitnah yang telah dilemparkan. Dengan bersabar anda dapat pahala malah dengan sabar anda ini juga segala fitnah tersebut akan dibongkar juga akan kebenarannya.
Bila anda di fitnah jangan cepat melenting sebaliknya gunakan ini sebagai peluang untuk anda muhasabah diri. Mungkin ini adalah satu pentunjuk yang Allah SWT berikan kepada anda supaya anda kembali mendekatkan diri kepadanya setelah lama hanyut. Dengan muhasabah diri dan yakin ada khikmah di sebalik semua ini ia dapat menjadikan anda sebagai seorang yang berusaha untuk memperbaiki diri.
Tips bila kena fitnah ialah berhenti tanya kenapa. Berhenti dari menyalahkan diri dan berhenti dari bertanya kenapa. Sebaliknya berfikir mungkin ini adalah satu pentunjuk supaya kita berubah dan menjadi lebih baik. Selain itu gunakan peluang ini untuk anda mengubah serta memperbaki lagi diri supaya menjadi yang terbaik. Dengan musibah seperti ini memberi anda peluang untuk anda lebih mendalami ilmu agama.
Jika anda ditimpa musibah seperti ini jangan berdendam dengan orang yang telah membuat fitnah sebaliknya doakan semoga dia diperolehi hidayah oleh Allah SWT. Bukan itu sahaja sebaiknya memaafkan dia kerana dengan memaafkan kesalahan dia kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Mungkin berkat dengan doa dan kemaafan dari anda orang tersebut berubah menjadi dan mungkin dia masa akan datang orang tersebut menjadi sahabat yang akan ada dengan kita ketika susah dan senang.
Semua orang islam pasti mengetahui bahawa Allah SWT tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. Kita perlu yakin setiap musibah yang kita hadapi ini pasti mempunyai kebaikkannya.
Contohnya, jika sebelum ini seseorang itu merupakan panas baran, kaki pukul tetapi selepas di uji orang tersebut berubah menjadi seorang yang sangat penyabar dan menjadi seorang hamba Allah SWT yang sangat taat pada perintah. Justeru itu, kita jangan mengeluh jika ditidahnya Islam mpa ujian sebaliknya yakin pasti ada kebaikkan yang akan kita perolehi. Baca juga golongan yang haram disentuh oleh api neraka dan tips untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak.