Kemahiran Pragmatik Yang Perlu Diketahui Oleh Anak, 0-6 Tahun
Pragmatik adalah kajian mengenai interaksi di antara penutur-pendengar dan semua elemen-elemen yang terdapat pada mesej yang ingin disampaikan. Ia juga…

Ringkasan Ringkas
- Kemahiran pragmatik dikenali sebagai kemahiran bahasa sosial yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan menyampaikan mesej.
- Kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa biasanya akan mengalami kesukaran untuk mempelajari kemahiran pragmatik.
- Perkembangan kemahiran ini berperingkat mengikut umur, bermula dari memberi respons kepada bunyi (0-6 bulan) sehingga berkomunikasi secara kompleks (5-6 tahun).
- Kanak-kanak berumur 1-2 tahun mula meniru perlakuan dewasa dan menyebut perkataan sosial seperti tolong dan terima kasih.
- Kemahiran ini membuktikan kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa dengan betul selain membantu mereka belajar melalui pertanyaan.
Pragmatik adalah kajian mengenai interaksi di antara penutur-pendengar dan semua elemen-elemen yang terdapat pada mesej yang ingin disampaikan. Ia juga dikenali sebagai kemahiran bahasa sosial. Kanak-kanak akan mempelajari dan memperolehi kemahiran pragmatik secara berperingkat seiring dengan peningkatan umur. Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak menggunakan kemahiran bahasa yang mereka pelajari untuk berinteraksi dan meyampaikan mesej kepada orang sekeliling.
love.catchsmile.com Kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa biasanya akan mengalami kesukaran untuk mempelajari kemahiran pragmatik dengan baik. Berikut adalah kemahiran-kemahiran pragmatik yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur
0 – 6 BULAN
- Terkejut dengan bunyi yang kuat
- Memberi tindakbalas pada bunyi dan suara
- Berpaling pada sumber bunyi
- Melihat muka orang yang bercakap dengannya
- Membezakan antara orang yang dikenali dan tidak dikenali
- Berhenti menangis apabila bercakap dengannya
- Memberikan respon yang berbeza kepada ahli keluarga yang berbeza
- Senyum apabila bercakap kepadanya
- Menunjukkan senyuman sosial
- Membebel untuk mendapatkan perhatian dan menyatakan kehendak
- Membuat hubungan mata
6 – 12 Bulan
- Memberi respon pada “Jangan”
- Memberi respon pada nama dan menyentuh imej sendiri pada cermin
- Menunjuk pada benda baru yang dipelajari
- Cuba untuk “bercakap”
- Mendekut (cooing) dan menjerit untuk mendapatkan perhatian
- Ketawa apabila bermain dengan objek
- Cuba berkomunikasi menggunakan aksi dan gesture
- Senyum apabila melihat ke dalam cermin
- Bermain “cak-cak” (peek a boo)
- Meniru aksi mudah
1 – 2 Tahun
- Mengikut arahan mudah, terutamanya dengan gesture
- Melambai untuk “bye-bye”
- Memberitahu apabila buang air
- Melakukan aksi yang membuatkan orang ketawa secara berulang-ulang
- Melakukan permainan “parallel” (bermain bersebelahan kanak-kanak lain tetapi tiada interaksi”
- Menggabungkan gesture dengan perkataan
- Meniru perlakuan orang dewasa ketika bermain
- Menggunakan nama untuk merujuk pada diri sendiri
- Mengambil giliran secara verbal
- Menyatakan protes dengan mengatakan “tak”
- Melakukan permainan pura-pura yang mudah (cth: bercakap di telefon)
- Menyebut “bye-bye” dan perkataan sosial lain seperti terima kasih, hai, tolong
- Bercakap sendiri ketika bermain
- Berlatih menggunakan intonasi dengan meniru orang dewasa
2 – 3 Tahun
- Melihat dan menyertai kanak-kanak lain bermain
- Melakukan permainan “associative” (bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain)
- Meminta kebenaran untuk mengambil barang atau melakukan aktiviti
- Mula menggunakan bahasa untuk melawak, mengusik dan berfantasi
- Membetulkan percakapan atau perbualan apabila tidak difahami oleh orang dewasa
- Melakukan dialog yang lebih panjang
- Mula bermain permainan “pondok-pondok”
- Mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan
- Mempertahankan milik sendiri
- “Bersembang” dengan diri sendiri atau anak patung
- Mencari mainan yang hilang
- Menolong mengemas mainan
- Mengangkat jari untuk memberitahu umur
3 – 4 Tahun
- Mengikut arahan 2-langkah yang berkaitan dengan kiu (cth: ambil baju simpan dalam almari)
- Mengambil giliran semasa bermain
- Mengaitkan pengalaman sendiri melalui verbal
- Boleh berjauhan dengan ibu bapa dengan mudah
- Selalu berlatih kemahiran berbual dengan bercakap sendirian
- Mula bermain permainan drama dengan memainkan watak
- Memberitahu idea atau perassaan
4 – 5 Tahun
- Mengikut arahan 3 langkah dengan kiu (cth: pergi keluar ambil kasut dan bagi pada ibu)
- Memberi arahan disertakan sebab (cth: jangan pukul, abang sakit)
- Mengajak kanak-kanak lain bermain secara verbal
- Menggunakan bahasa untuk menyelesaikan pertikaian dengan rakan sebaya
- Bermain permainan yang kompetetif
- Menggunakan ayat imaginasi sesuatu keadaan (cth: macam mana kalau _______, abang harap _____)
5 – 6 Tahun
- Menggunakan bahasa untuk mengugut dan berjanji
- Bertanyakan tentang maksud perkataan
- Suka menyelesaikan projek yang dilakukan
- Membuat pembelian di kedai
- Bertanya soalan untuk mendapatkan informasi
- Memilih kawan yang diingini
- Lebih berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali
- Bermainan permainan “cooperative” seperti membuat keputusan untuk kumpulan, memberi tugasan dan bermain secara adil
- Memberitahu apabila ingin menukar topik perbualan
Kemahiran pragmatik adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa dengan betul. Ia juga penting untuk kanak-kanak belajar sesuatu yang baru dengan bertanya soalan dan sebagainya.