“Serangga masuk telinga saya” ungkapan ini jika kita bayangkan memang amat menggelikan, bukan? Tetapi itulah yang terjadi. Serangga-serangga kecil seperti nyamuk, lalat, semut, malah lipas pun boleh memasuki telinga anda.
Kes serangga masuk telinga ini sering berlaku. Jadi, tidak usah bimbang kerana masalah ini dapat diselesaikan. Sekiranya, tidak mahu berjumpa dengan doktor, anda boleh ikut langkah-langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mengeluarkan serangga dari telinga yang kami ambil daripada nasihat Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Beliau akan memberi langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
✅Berdengung
✅Bunyi keritik
✅Pergerakan
✅Sakit
✅Kurang dengar
✅Keluar air/nanah
✅Berdarah
Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?
Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
✅Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
✅Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
*Jika terdapat serangga di dalam telinga anda, cepat-cepat mengeluarkan serangga tersebut demi keselamatan anda. Telinga adalah salah satu tempat yang sensitif, jadi anda perlu menjaga telinga anda dengan baik.
Kalau anda ragu-ragu untuk mengeluarkan serangga dari telinga anda sendiri, baik berjumpa doktor untuk mengeluarkannya. Ia akan lebih selamat dan diyakini tidak akan ada kesan sampingan.
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.