Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

7 Kelebihan Surah Asy-Syu’ara Boleh Amal

Jom lihat kelebihan surah Asy-Syu'ara. Di dalam al-Quran, terdapat 114 buah surah atau dikenali sebagai bab. Surah-surah ini telah diturunkan selama 23…

Motivasi & TazkirahDikemas kini 11 Ogos 2020oleh Zuraidah Muhidden
Ilustrasi ayat al-Quran dan latar belakang hijau yang menampilkan kelebihan surah Asy-Syu'ara.

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Jom lihat kelebihan surah Asy-Syu’ara. Di dalam al-Quran, terdapat 114 buah surah atau dikenali sebagai bab. Surah-surah ini telah diturunkan selama 23 tahun. Ia mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri. Nama-nama surah, susunan ayat dan had-had di dalam al-Quran adalah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan disampaikan ajarannya oleh Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat 2 tempat turunnya surah-surah tersebut iaitu di Mekah dan Madinah. Surah yang diturunkan di Mekah iaitu 13 tahun pertama dikenali sebagai surah Makkiyah. Manakala, surah yang diturunkan di Madinah iaitu 10 tahun kemudiannya dipanggil surah Madaniyyah. Justeru, dalam artikel ini, penulis ingin kongsikan kelebihan surah Asy-Syuara salah satu surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah tersebut ialah surah asy-syu’ara. Sebelum itu, marilah kita mengenali sejarah ringkas surah ini.

Pengenalan Surah Asy-Syu’ara

Surah asy-syu’ara merupakan surah yang ke-26 dalam al-Quran. Surah ini tergolong daripada salah satu surah Makkiyah. Ia terdiri daripada 227 ayat. Surah ini diberikan nama daripada kata jamak asy syaa’ir yang bermaksud penyair. Pada ayat 224, terdapat perkataan asy-syu’ara yang merujuk para penyair Arab pada zaman jahiliah. Para penyair ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar dan sifat mereka bertentangan dengan ajaran para rasul. Mereka ialah orang yang sesat. Mereka suka menipu dan tiada pendirian yang tetap. Perbuatan mereka tidak selari dengan pendirian yang dipegang.

Kelebihan Surah Asy-Syu’ara

Setiap kalimah Allah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Banyak fadilat atau kelebihan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu-Nya. Begitu juga dengan surah ini. Justeru, penulis akan kongsikan beberapa kelebihan yang boleh diperolehi jika mengamalkan surah asy-syu’ara. Sebaik-baiknya, kita perlulah mengetahui tafsiran maknanya dengan mendalam. Jangan hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. #1 Menghilangkan Sakit Lutut, Betis, Pinggang, Sendi dan Urat (Ayat 130)       Ayat al-Quran dari Surah Asy-Syu'ara “Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? Caranya: Urut dan tepuk secara perlahan pada bahagian yang sakit. Kemudian, bacakan ayat di atas beberapa kali. #2 Menyembuhkan Penyakit Kanser (Ayat 78-83) Teks ayat Surah Asy-Syu'ara dalam Rumi “Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (Ayat 78) Orang lelaki membaca al-Quran “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, (Ayat 79) Wanita muslimah membaca al-Quran “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Ayat 80) Seseorang mengaji al-Quran selepas solat “Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; (Ayat 81) Seni khat ayat Surah Asy-Syu'ara “Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (Ayat 82) Buku al-Quran terbuka di atas rehal “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; (Ayat 83) Caranya: Pesakit kanser boleh mengamalkan doa ini untuk mematikan sel-sel kanser daripada terus merebak. Namun begitu, rawatan perubatan tetap perlu dibuat. #3 Doa Selepas Solat Tahajjud (Ayat 85-89) Tangan memegang tasbih selepas berdoa “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; (Ayat 85) Senarai kelebihan Surah Asy-Syu'ara “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; (Ayat 86) Pemandangan langit dan awan tenang “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula- (Ayat 87) Seseorang berdoa dengan khusyuk “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, (Ayat 88) Tangan lelaki membaca kitab suci al-Quran “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ayat 89) Caranya: Baca doa ini selepas solat tahajjud dan boleh juga diamalkan ketika selesai solat fardu. Doa ini bermaksud kita meminta keampunan daripada Allah atas segala kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. #4 Menyembuhkan Penyakit (Ayat 80) Umat islam berjemaah di dalam masjid “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; Caranya: Jika mengalami sakit dada, demam, disengat binatang dan sebagainya, bacalah ayat ini. Dengan izin Allah, sakit akan berkurangan dan sembuh seperti sedia kala. #5 Menghilangkan Ketakutan (Ayat 10) Panduan cara mengamalkan Surah Asy-Syu'ara Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): “Datangilah kaum yang zalim itu, Caranya: Jika diserang rasa takut, cemas dan berdebar-debar, bacalah ayat ini untuk mengatasi perasaan tidak enak itu. #6 Menghilangkan Kepenatan (Ayat 78-79) Garis masa kelebihan Surah Asy-Syu'ara “Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (Ayat 78) Koleksi kelebihan dan fadhilat Surah Asy-Syu'ara ”Dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, (Ayat 79) Caranya: Jika berasa penat akibat pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan, anda boleh mengamalkan ayat ini. #7 Harta Karun (Ayat 192-199) Cahaya surga menggambarkan ketenangan Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Ayat 192) Ikon grafik kelebihan Surah Asy-Syu'ara Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (Ayat 193) Tangan mengangkat berdoa selepas membaca al-Quran Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ayat 194) Latar belakang islamik untuk amalan Surah Asy-Syu'ara (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Ayat 195) Ilustrasi konsep mendapat ketenangan jiwa Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu. (Ayat 196) Ilustrasi tangan memohon doa kepada Allah SWT (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? (Ayat 197) Teks ringkasan fadhilat Surah Asy-Syu'ara Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, (Ayat 198) Pemandangan masjid pada waktu senja Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. (Ayat 199) Setakat ini saja perkongsian penulis tentang kelebihan surah asy-syu’ara. Al-quran sebagai pedoman dan petunjuk umat manusia mempunyai mukjizatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan setiap surah dan ayat yang terdapat di dalamnya. Semoga kita dapat menghafal ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Hafallah walau hanya sepotong ayat kerana pahala yang diberikan Allah pasti berlipat kali ganda. Semoga artikel kelebihan surah Asy-Syu’ara. Jemput juga baca artikel kelebihan surah Insyirah dan kelebihan surah Ar Rahman

Rujukan