Antara mandi air panas dengan air paip yang sejuk, rata-rata akan mandi dengan air paip yang sejuk saja. Fenomena mandi air panas di negara kita ini tidak meluas seperti di negara yang lain. Mandi, walaupun sama perbuatannya tetapi mandi dengan menggunakan air panas dan air sejuk ternyata sangat berbeza.
Dan tahukah anda yang mandi air panas ini banyak kelebihannya. Bahkan menurut pembacaan , mandi dengan air panas ini seakan sama manfaatnya seperti berjalan kaki selama 30 minit. Bagi yang punya alasan tak ada air panas tak boleh nak mandi, eh kalau dah susah sangat rebus air paip yang sejuk tu sampai panas untuk di mandi. Apa susah!
Bagi anda yang tertanya-tanya apakah kelebihan mandi air panas berbanding dengan air sejuk, di sini akan dikongsikan beberapa sebab sebagai info untuk diri masing-masing. Harap-harap anda akan dapat memahami akan kelebihan mandi air panas ini untuk kesihatan diri sendiri. Antara kelebihan mandi air panas tersebut adalah ;
Anda ada masalah tidur tidak lena? Jika ya, bolehlah cuba atasinya dengan cara mandi menggunakan air panas ini. Untuk pengetahuan, waktu malam biasanya suhu badan kita akan menurun kerana faktor hormon tidur yang turut dikenali sebagai melatonin.
Maka dengan berendam dalam air panas ini, ia dapat meningkatkan suhu badan kita ke tahap yang normal untuk memberikan keselesaan pada tubuh bagi mendapatkan tidur yang nyenyak. Kalau sebelum ini anda gemar mengamalkan mandi sebelum tidur dengan menggunakan air sejuk, kali ini tukarkan kepada mandi menggunakan air panas.
Antara kelebihan mandi air panas yang lain ialah dapat merehatkan otot badan. Sudah seharian suntuk menggunakan otot badan, tak kiralah sama ada bekerja mahupun bersukan. Jadi sebelah malam adalah masa untuk anda merehatkan otot supaya tidak berlaku apa-apa kecederaan yang serius.
Salah satu cara nak rehatkan otot adalah dengan berendam dalam air panas. Ia juga dapat merawat keredangan pada otot anda. Bukan itu sahaja, dengan menambah garam pada air panas ia dapat merawat luka di badan dan membunuh kuman atau bakteria.
Selsema dan demam pastinya akan membuatkan anda rasa tidak selesa kan? Kadangkala tu, dah bermacam cara di buat tetapi demam dan selsema tetap tidak hilang. Bila mandi air sejuk semasa selsema, akibatnya keadaan akan menjadi semakin teruk.
Jadi penyelesaiannya ialah dengan mandi air panas. Kalau nak tahu, mandi air panas ini dapat membuka rongga hidung anda yang tersumbat. Haba yang dihasilkan dari air panas dapat memberikan kelegaan dan keradangaan pada hidung. Bukan itu sahaja, dengan berendam dalam air panas ia dapat membunuh bakteria jahat dan menggantikannya dengan bakteria yang baik.
Percaya tak kalau dikatakan dengan mengamalkan mandi air panas, ia dapat membakar kalori yang terdapat dalam badan anda. Ini juga antara salah satu kelebihan mandi air panas yang mungkin anda di luar sana tidak tahu. Haba yang ada pada air panas sebenarnya dapat membakar kalori dan juga lemak yang ada dalam badan seseorang.
Haba ini juga dapat menjadikan badan anda lebih sihat dan terhindar dari penyakit. Jadi jika sebelum ini anda gemar mandi air sejuk, kini dah tiba masanya anda mandi air panas. Bagi yang suka mengamalkan hidup yang sihat dan gemar bersenam, anda juga boleh mengamalkan tips ini untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori. Bagus juga untuk anda yang ingin kuruskan badan.
Selain dari empat kelebihan yang sudah diberitahu tadi, kelebihan mandi air panas yang ke lima pula adalah mengurangkan tekanan dalam darah. Bila tekanan darah sudah berkurangan ia dapat mengelakkan anda daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa di negara Jepun mereka mengamalkan mandi menggunakan air panas supaya mereka tidak terkena penyakit yang merbahaya.
Ramai sudah tahu yang orang Jepun amat menitik beratkan soal kesihatan mereka. Bila difikirkan semula kenapa rakyatnya kurang terkena penyakit berbahaya ya? Tidak mustahil, salah satunya adalah kerana mereka gemar mandi menggunakan air panas bagi mengantikan air sejuk. Lagi-lagi di negara Jepun ini memang ada banyak kolam air panas semulajadi. Patutlah ramai pelancong gemar ke Jepun untuk mandi dalam kolam air panas.
Air panas sering menjadi pilihan di waktu pagi dek kerana tak berani nak tanggung rasa sejuk. Tapi sayangnya masih ramai yang belum tahu akan kelebihan mandi air panas ini. Tetapi dalam masa yang sama ada juga yang sudah terbiasa dengan mandi air panas hinggakan tak nak lagi mandi dengan air sejuk.
Selain dari waktu pagi, air panas ini juga bagus untuk diamalkan sebagai rutin sebelum tidur pada waktu malam. Tak kisahlah apapun alasannya, yang penting khasiat atau manfaat akibat mandi air panas ini harus kita ketahui.