Doa Nabi Yunus adalah di antara doa yang wajib kita hafal sebagai seorang manusia yang beragama islam. Ini kerana doa Nabi yunus adalah salah satu doa paling ampuh dan mustajab.
Mari kita lihat kelebihan doa Nabi Yunus serta kisah disebalik kejadian doa tersebut untuk bacaan anda. Semoga bermanfaat!
Nama sebenar Nabi Yunus a.s ialah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Sebagai nabi, baginda berdakwah kepada kaumnya dan membimbing mereka ke jalan kebenaran namun tidak ada seorang pun yang beriman kepada Allah. Lalu baginda berasa marah dan pergi meninggalkan kaumnya yang degil itu. Baginda menaiki sebuah kapal untuk meninggalkan kaumnya. Semasa di tengah laut, kapal mereka dilanda badai lalu untuk mengelakkan kapal daripada karam, mereka mengundi untuk mencampakkan nama yang terpilih ke dalam laut. Setelah tiga kali undian dibuat, nama Nabi Yunus terpilih lalu baginda dicampakkan ke dalam laut.
Sebaik sahaja dicampakkan ke dalam laut, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan yu lalu dibawa ke dasar lautan yang dalam dan gelap. Pada masa ini, terdapat tiga jenis kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu:
1. Kegelapan di dalam perut ikan
2. Kegelapan di dasar lautan
3. Kegelapan malam
Pada awalnya Nabi Yunus menyangkan bahawa baginda sudah mati namun apabila sedar bahawa baginda masih hidup, Nabi Yunus mula menangis dan bertasbih kepada Allah dengan menyebut:
” Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin”
Maksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.
Sepanjang terpenjara di dalam perut ikan tersebut, baginda tetap bertasbih kepada Allah. Ikan yu itu berenang sangat jauh dan kemudian tertidur di dasar lautan. Sementara Nabi Yunus tetap bertasbih kepada Allah tanpa henti sambil menangis. Ikan-ikan, tumbuh-tumbuhan serta semua makhluk yang hidup di dasar laut dapat mendengar tasbih yang dibaca oleh Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan yang sedang tidur tadi lalu mereka berkumpul di sekitar ikan paus itu dan ikut bertasbih kepada Allah.
Ikan paus yang tidur tadi terjaga kerana mendengar bunyi riuh tasbih di sekelilingnya. Ikan yu tadi ikut bertasbih dan akhirnya barulah ia tersedar bahawa ia telah menelan seorang Nabi. Kemudian Allah menurunkan perintah kepada ikan itu agar membawa Nabi Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau. Nabi Yunus yang telah ditelan oleh seekor ikan yu akhirnya terselamat kerana baginda yang sedang diuji tak henti-henti bertasbih kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas. Baginda percaya bahawa Allah akan menyelamatkan baginda yang sepatutnya sudah lama mati sebaik sahaja ditelan oleh ikan itu.
Pastinya anda ingin mengetahui apakah kelebihan doa Nabi Yunus ini. Yang sebenarnya terdapat 1001 kelebihan yang ada pada doa nabi Yunus dan salah satu daripadanya ialah:
Itulah dia info tentang kelebihan doa nabi yunus yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang doa kena fitnah, doa dapat zuriat dan doa mudah dapat kerja.