Membaking ialah kegiatan paling seronok di waktu lapang. Kadang boleh habiskan masa juga berjam-jam membaking namun jadi puas jika mencuba masak pelbagai jenis kek baharu.

Perkongsian kali ini kami kenalkan anda dengan kek lapis horlicks Philippine. Resepi kek lapis horlicks dijamin sedap gabungan gadum, malt barli dan susu. Hidangan kek semerbak bau butter sangat menyelerakan. Tambahan pula, warna kek yang meriah gerenti buat anak-anak suka.

Selain itu, kek lapis ini amat sesuai untuk hidangan classy dan mewah. Dipotong kecil-kecil susun rapi, corak lapisan dia layer by layer itu tampak menarik sangat. Resepi dikongsikan oleh Aque Azemi‎ di laman Facebook

Resepi Kek Lapis Horlicks

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram butter (pilih butter mahal, murah tidak sedap),
  • 225 gram tepung gandum,
  • 200 gram gula pasir,
  • 4 sudu susu pekat,
  • 7 biji telur gred B,
  • 2 penutup esen vanilla,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • ½ sudu teh sodium bikarbonat,
  • 150 gram Horlick,
  • Pewarna hijau, kuning, biru dan merah,
  • Jem strawberry @ lain-lain.

Cara-cara :

  1. Mula-mula pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Jika sudah kembang masukkan telur sebiji-sebiji.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit.
  4. Masukkan esen vanilla, Horlick, susu pekat, baking powder, sodium bikarbonat. Pukul lagi sampai kembang.
  5. Bahagikan adunan mengikut warna yang anda inginkan.
  6. Sapu lebihan butter di paket butter tadi, alaskan dengan baking paper, gunakan dulang saiz 8.
  7. Kemudian bakar dengan suhu 190°C. Bakar selapis-selapis. Bermula lapisan kedua guna api atas, begitulah sehingga selesai.

Nota :

  • Jem tadi disapu di setiap lapisan tengah. Jangan sapu di bagian bawah dan atas kek nanti jadi hangus.
  • Masa membakar ikut kesesuaian oven anda. Seperti biasa cucuk dengan lidi jika ingin tahu sama ada kek sudah masak atau belum.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.