Menjadi suri rumah sepenuh masa bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan banyak tenaga fizikal dan mental. Bukan semua wanita boleh menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia satu pekerjaan yang tidak ada sijil yang dikeluarkan dari mana-mana universiti atau kolej.

Dari sudut pandangan orang, suri rumah ini adalah kerja biasa membuat kerja-kerja membersihkan rumah, memasak dan menguruskan anak. Tetapi tahukah anda, kera-kerja yang dilakukan oleh suri rumah ini amat mencabar, penat dan memerlukan kesabaran yang tinggi?

Wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa ini mempunyai kehebatan yang bukan semua wanita ada pada diri. Apakah kehebatan itu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kehebatan menjadi suri rumah yang ramai tidak tahu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

kehebatan suri rumah

Imej via iluminasi

5 Kehebatan menjadi suri rumah sepenuh masa

#1 – Support system terbaik bagi suami

– Personaliti lelaki ni berbeza beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia

#2 – Personal assistant terbaik bagi suami

– Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri

– bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami

#3 – Coach terbaik anak anaknya sendiri

– Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza

– Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri

#4 – Mediator terbaik pasangan dan anak anak

– Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.

– Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

– Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri

– Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka

#5 – Specialist mengurus rumah

– Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi

– Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah

– Pegang kata kata saya ni ‘ It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years’. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun.

*Kehebatan-kehebatan ini dapat dipelajari dan dikuasai apabila menjadi suri rumah. Ramai yang kata tidak pandai menguruskan hal rumah seperti mengemas dan memasak. Tidak perlu bimbang, hal tersebut kita akan pandai apabila sudah berkahwin kerana kita belajar dari membuat kesilapan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.