Vaseline merupakan produk kecantikan kulit yang tak asing di Malaysia. Bila sebut Vaseline, pastinya anda terbayangkan bekas kecil dengan penutup biru yang boleh dibeli di semua farmasi di seluruh tanah air. Vaseline adalah produk yang dibuat dari jeli petroleum. Ianya sangat popular kerana mempunyai 1001 kegunaan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Anda tak tahu apakah kegunaan Vaseline?
Cuaca yang terlalu panas seperti berada di bawah terik matahari, atau pun cuaca yang terlalu sejuk dan kering seperti berada dalam bilik berpenyaman udara untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan kering. Pakai Vaseline setiap hari untuk melindungi kulit anda.
Tahukah anda, Vaseline membantu minyak wangi anda tahan lebih lama. Caranya, sapukan Vaseline ke urat nadi yang akan disembur dengan minyak wangi. Biarkan seketika, sembur wangian anda. Anda pasti terkejut! Minyak wangi anda akan tahan lebih lama daripada biasa.
Anda berjerawat? Sapukan Vaseline untuk mengecutkan jerawat tadi. Ia bukan sahaja membantu mengecutkan jerawat dengan cepat malah tidak menyebabkan liang pori anda tersumbat. Hebat kan?
Jika kulit anda kering, sapukan Vaseline setiap kali lepas mandi. Ia akan membantu memberi kelembapan kepada kulit dan mengatasi masalah kulit kering yang anda alami.
Tak semestinya anda perlu keluarkan duit yang banyak untuk membeli scrub. Anda boleh buat scrub DIY dengan menggunakan Vaseline dan sedikit garam. Caranya, campurkan Vaseline dengan sedikit garam, kemudian jadikan sebagai scrub. Ianya mudah dan berkesan.
Adakalanya, lipstick akan melekat pada gigi. Nampak tak cantik, kan? Untuk mengelakkan ianya daripada berlaku, anda boleh sapukan Vaseline pada gigi. Jangan risau kalau anda tertelan. Vaseline adalah selamat untuk dimakan.
Anda tiba-tiba sakit pinggang atau sakit lutut, tapi takde minyak urut? Vaseline kan ada. Sapukan Vaseline kepada bahagian yang berkenaan, kemudian urut. Ia berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan proses mengurut.
Selain dijadikan sebagai pelembab, Vaseline juga boleh digunakan sebagai krim malam. Sapukan Vaseline ke wajah anda sebelum tidur setiap malam. Apabila anda bangun keesokan harinya, wajah anda akan terasa lembab dan lembut.
Kalau make up remover anda habis, anda boleh gunakan Vaseline untuk menganggalkan make up. Vaseline mampu menganggalkan solekan dimuka dengan bersih. Selepas itu, cuci muka seperti biasa.
Kegunaan Vaseline yang seterusnya ialah ia boleh digunakan sebagai asas solekan. Ia akan menjadikan make up anda tahan lebih lama dan kelihatan segar. Untuk make up yang kelihatan dewy, sapukan lebih Vaseline di bahagian pipi anda.
Vaseline sebagai eye shadow? Macam tak percaya je. Betul! Sapukan Vaseline pada kelopak mata sebelum anda memakai eye shadow. Hasilnya, anda akan mendapat mata yang bersinar dan cantik berseri.
Anda impikan bulu mata yang panjang, lebat, dan cantik? Amalkan menyapu sedikit Vaseline pada bulu mata anda sebelum masuk tidur setiap malam. Jika diamalkan secara konsisten, ia akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih panjang dan lebih tebal.
Kalau anda ada masalah tumit merekah, sapukan Vaseline ke bahagian yang merekah setiap malam. Tumit anda akan menjadi lembut dan tidak merekah lagi.
Selain tumit yang merekah, Vaseline juga terbukti berkesan untuk mengatasi masalah siku kering. Sapu Vaseline ke siku anda setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur setiap malam.
Amalkan menyapu Vaseline ke kuku untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.
Kalau anda ada masalah bibir kering dan pecah, sapukan Vaseline pada bibir. Ia bukan sahaja akan melembabkan bibir, malah akan membuatkan bibir anda nampak berkilat.
Tak perlu keluarkan duit beli lip gloss. Cukup dengan sapukan Vaseline ke bibir sebelum keluar rumah. Bibir anda akan kelihatan cantik dan berkilat.
Biasanya, selepas bercukur kulit akan terasa pedih dan kurang selesa. Malah apabila bulu mula tumbuh semula, anda mungkin berasa gatal dan kasar. Sapukan Vaseline kepada kulit selepas bercukur untuk merehatkan kulit dan melembutkannya.
Anda inginkan pipi yang kemerah-merahan dan nampak berseri tapi blusher habis? Anda boleh gunakan Vaseline dan lipstick sebagai blusher. Caranya, sapukan Vaseline ke pipi ke kemudian sapukan sedikit lipstick ke atas Vaseline tadi. Ratakan.
Kalau anda memakai cincin yang ketat dan susah untuk ditanggalkan, ambil sedikit Vaseline dan sapukan ke jari sebagai pelincir. Ia akan membuatkan jari anda menjadi licin lalu memudahkan kerja menanggalkan cincin tersebut.
Jika kening anda kelihatan kurang kemas dan tidak terurus, sapukan sedikit Vaseline pada kening dan ratakan. Ia akan membuatkan kening anda kelihatan kemas..
Jika anda mengalami masalah kelemumur dan gatal pada kulit kepala, ambil Vaseline dan sapukan ke kulit kepala selepas mandi. Biarkan seketika kemudian urut perlahan-lahan. Amalkan setiap hari.
Kebiasaannya, pesakit ekzema akan diberikan ubat steroid untuk mengatasi masalah tersebut. Namun tahukah anda bahawa penggunaan steroid untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kesan yang negatif. Sebagai alternatif, anda boleh sapukan Vaseline ke kulit yang bermasalah untuk melegakan kegatalan yang dialami.
Itulah dia info tentang kegunaan Vaseline yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!