Seronoknya kalau orang puji kita nampak awet muda, bukan? Semua orang mahu kulit yang bersih kalau boleh selembut kulit bayi. Apabila umur makin meningkat, kulit kita juga akan menjadi semakin sensitif. Penjagaan kulit memang diperlukan. Tidak seronok rasanya, kita tengok muka kita di cermin, nampak kusam je.
Apa yang perlu kita buat untuk nampak awet muda? Satu kajian mendapati pegaga adalah salah satu tumbuhan yang mempunyai khasiat yang banyak. Selalu pegaga hanya dibuat ulam dan makan bersama nasi. Ia memang amat popular di kalangan orang-orang kampung kerana pegaga mudah tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang, rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya.
Jadi, sememang mudahnya untuk mendapatkan daun pegaga. Tapi tahukah anda, daun pegaga juga boleh dibuat masker.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan masker daun pegaga. Info ini dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman. Dia adalah perantis untuk produk Zathura Herbs. Selain itu, dia penulis blog untuk mommaVague. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Noriza.
Kalau nak tahu lagi khasiat pegaga ni jom kita teroka satu per satu.
1. Meredakan keradangan kulit
2. Menyembuhkan jerawat
3. Menghasilkan sel kulit baru
4. Menghasilkan kolagen secara semulajadi
Dah tau khasiatnya jom kita tengok apa bahannya pulak.
1. Daun pegaga
2. Tepung jagung
3. Air
1. Ambil segenggam daun pegaga. Hiris halus-halus.
2. Campurkan daun pegaga dengan sedikit air kemudian blend sampai halus.
3. Dah blend halus, mixed dengan tepung jagung.
4. Kita agak-agak tepung jagung dengan pegaga tu. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
5. Sapukan ke seluruh wajah (elakkan bahagian mata). Lepas tu biarkan selama 15minit tempek kat muka. Mesti rasa menegang best je muka tu.
Selepas masker mengering, boleh cuci muka macam biasa guna cleanser.
*Mudahkan buat masker daun pegaga. Hanya gunakan 3 bahan sahaja. Selepas ini, kalau ada daun pegaga lebih bolehlah dibuat masker. Mahu kelihatan awet muda memerlukan penjagaan kulit yang rapi dan konsisten. Insyaallah, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.