Chia seed, salah satu superfood yang semakin mendapat tempat dihati mereka yang mementingkan kesihatan. Kalau anda google tentang chia seed, pastinya anda akan terpukau dengan senarai khasiat dan kebaikan yang diberikan oleh bijirin kecil itu kepada tubuh badan.
Bagi wanita yang sedang mengandung, pastinya anda tertanya-tanya boleh ke ambil chia seed semasa mengandung? Isitmewa untuk anda, jom kami kongsikan kebaikan chia seed untuk ibu mengandung dan cara terbaik untuk makan chia seed supaya khasiatnya sampai kepada bayi dalam kandungan.
Secara umumnya, tiada masalah untuk anda mengamalkan chia seed sepanjang tempoh kehamilan jika anda tidak mempunyai sebarang alahan kepada bijirin atau kekacang.
Apa pun, sifirnya tetap sama. Mula ambil dalam kuantiti yang kecil untuk melihat jika tubuh badan anda memberikan sebarang tindak balas negatif. Atau pun lebih baik jika anda minta pandangan doktor terlebih dahulu.
Jika anda membuat carian di internet, anda akan berjumpa dengan pelbagai cara makan chia seed. Boleh pening anda dibuatnya tak tahu nak ikut yang mana satu. Menurut pembacaan kami, berikut adalah cara makan chia seed yang terbaik untuk ibu mengandung:
Mudah sahaja kan? Itulah sebabnya sangat rugi kalau anda tak amalkan chia seed semasa mengandung. Sekarang kami nak ceritakan kebaikan chia seed untuk ibu mengandung.
Kajian menunjukkan bahawa chia seed mempunyai 15 kali ganda lebih magnesia berbanding brokoli. Kalau anda selalu mengalami kekejangan atau simpul mengkarung, pengambilan chia seed akan membantu untuk mengatasi masalah tersebut. Ini kerana magnesium membantu mengatasi masalah kekejangan otot.
Semasa anda mengandung, kuantiti darah dalam badan anda akan meningkat bagi memenuhi keperluan anda dan juga bayi yang semakin membesar. Zat besi adalah di antara vitamin yang sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda menghasilkan sel darah merah yang secukupnya agar anda tidak mendapat masalah kekurangan darah atau anemia.
Apabila anda mempunyai darah yang mencukupi, anda akan berasa cergas dan bertenaga. Chia seed kaya dengan zat besi, oleh itu sangat baik untuk anda amalkan sebagai makanan tambahan bagi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.
Ibu mengandung dan sembelit adalah sangat sinonim. Ini kerana semasa mengandung, tubuh badan anda akan melalui pelbagai perubahan yang drastik dan berlakunya kekacauan pada hormon. Malah semakin kandungan anda membesar, sistem pencernaan dan usus anda akan semakin terhimpit menyebabkan ia tidak dapat berfungsi secara optimum.
Chia seed kaya dengan serat. Kajian mendapati bahawa 2 sudu chia seed memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh badan ibu mengandung setiap hari. Oleh itu, tak rugi kalau anda mengamalkan chia seed sepanjang tempoh kehamilan anda. Tak perlu risau lagi untuk ke tandas.
Kalsium merupakan salah satu daripada vitamin dan mineral yang sangat penting untuk ibu mengandung. Adalah sangat penting untuk anda memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari agar anda dan bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang diperlukan setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa chia seed mengandungi 5 kali kalsium daripada susu. Wah! Teruja dibuatnya!
Apakah kebaikan kalsium yang ada didalam chia seed kepada ibu mengandung? Kalsium akan membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang anda sepanjang tempoh mengandung.
Jika anda tidak mengambil kalsium yang secukupnya, kesemua kalsium dalam tubuh badan anda akan diserap oleh bayi lalu mengakibatkan anda mengalami sakit sendi, sakit otot, keluruhan gigi, malah masalah osteoperosis pada kemudian hari.
Sementara untuk bayi didalam kandungan anda, kalsium dalam chia seed akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat selain memastikan proses pembesaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, jangan lupa untuk makan chia see setiap hari ya ibu!
Pastinya anda tahu bahawa minyak omega 3 sangat penting untuk ibu mengandung, terutamanya buat bayi dalam kandungan anda. Minyak omega 3 dan DHA merangsang perkembangan otak bayi supaya berkembang dengan tahap optimum. Pengambilan omega 3 semasa mengandung akan membantu bayi anda lahir sebagai anak yang cerdas dan bijak.
Selain itu, omega 3 juga membantu meningkatkan tenaga anda supaya kekal cergas. Anda sedia maklum bahawa ibu mengandung mudah penat. Selain itu, omega 3 juga membantu mengurangkan masalah lupa yang sangat sinonim dengan ibu mengandung. Best kan? Kebaikan chia seed untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah:
Itulah dia info yang ingin kami kongsikan tentang kebaikan chia seed untuk ibu mengandung. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, khasiat minyak argan, dan khasiat gamat