Susu bukan sahaja untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Malah susu juga penting dalam semua peringkat umur. Susu mempunya banyak khasiat yang tubuh badan kita perlukan. Jadi segelas susu sehari amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Susu kaya dengan pelbagai mikronutrisi yang tidak terdapat dalam makanan lain seperti Vitamin A, B,C D,E dan K, potassium, fosfat, folate, zat besi dan mineral lain. Kaya mengandungi vitamin dan mineral serta mempunyai banyak kelebihan tersendiri seperti untuk ketahanan tulang serta gigi.
Oleh itu, susu memang perlu diambil untuk kesihatan kita. Susu, juga boleh dicampurkan dengan makanan lain untuk mendapatkan nutrisi yang lebih. Apakah makanan yang boleh dicampur sekali dengan susu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan campuran susu dengan makanan lain. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid. Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan.
Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak dan lemak. Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi. Sebaiknya guna susu segar.
Tomato juga kaya bahan karotenoid. Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah. Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu.
Labu juga kaya karotenoid. Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan
Info Tambahan
Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun. Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak).
*Jadi, selepas ini bolehlah campurkan susu dengan sayuran seperti carrot dan tomato. Di kedai makanan juga ada menjual minuman jus carrot susu dan jus tomato susu. Insyaallah, badan kita akan mendapat nutrisi yang bagus dan kesihatan kita akan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.