Air kelapa diminum ketika musim panas, memang menyegarkan. Namun, banyak khasiat kesihatan air kelapa sebenarnya. Jom kita ketahui dengan membaca artikel ini.

Pengenalan

Pokok kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tanaman yang banyak dijumpai di kawasan persisiran pantai dan merupakan ikon tumbuhan bagi kawasan tropik.

Pokok kelapa tumbuh dengan subur di kawasan berpasir dan mempunyai toleransi yang tinggi dengan kawasan yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi.

Walaupun begitu, pokok kelapa turut boleh tumbuh dengan subur di kawasan kering seperti yang diperhatikan di kawasan Karachi, Pakistan yang hanya menerima 250 mm jumlah air dalam masa setahun.

Negara pengeluar terbesar kelapa ialah Indonesia, diikuti Thailand dan Vietnam dengan China dan Amerika Syarikat sebagai negara yang paling banyak mengimport kelapa dunia.

Air Kelapa Ibarat Air 100 Plus Semulajadi

Rendah kalori, bebas dengan kolestrol dan lemak, ini hanya sedikit kebaikan air kelapa. Air kelapa atau pun disebut sebagai 100plus semula jadi kini semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat.

Tahukah air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga diluar sana. Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan kebaikan air kelapa yang menjadi mengapa ia sungguh popular.

Imej via Bidadari

#1 Membantu Untuk Menguruskan Badan

Bagi mereka dil uar sana yang ingin menurunkan berat badan, jangan takut untuk minum minuman yang sihat ini kerana air kelapa ini kandungan lemaknya rendah. Jadi, usahlah khuatir, berat anda tidak akan naik jika anda minum air kelapa.

Air kelapa juga boleh mengawal nafsu makan anda dengan membuatkan anda kenyang dengan serta merta. Dengan air kelapa sahaja anda boleh berdiet.

Analisis makmal melaporkan bahawa air kelapa mengandungi hanya 0.2 gram lemak tepu, 0% kolesterol, 3.7 gram jumlah karbo dan banyak mineral dan vitamin.

#2 Boleh Mendapatkan Kulit Yang Licin, Halus dan Mulus

Kulit anda tidak sekata? Ataupun masalah jerawat? Apa kata anda cuba meminum air kelapa. Air kelapa berupaya melembabkan kulit anda sama seperti fungsi pelembab yang dijual di pasaran sekarang.

Selain itu, ia juga membuang minyak minyak muka yang banyak dan membuatkan kulit anda lebih sekata. Tidak hairanlah jika krim krim pemutih dan pelembab yang dijual mengandungi ekstrak kelapa yang banyak. Tetapi, bukankah lebih elok jika kita berpaling kepada alam sekitar?

Penyelidik dari Singapura pada tahun 2009 telah melaporkan bahawa kandungan nutrien penting dalam air kelapa ialah sitokinin iaitu antara fitohormon yang penting dalam memberikan kesan antioksidan yang tinggi.

#3 Ubat Bagi Mereka Yang Mabuk

Menurut seorang Professor Antropologi di Union College, James M. Schafaer, mabuk adalah disebabkan badan mengandungi tosik yang banyak tetapi tidak mampu untuk mengeluarkannya.

Semasa mabuk, seseorang akan mengalami muntah muntah dan rasa seperti hendak membuang air kecil. Air kelapa mengandungi electrolyte (mineral dalam air) dan vitamin yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa mabuk.

#4 Mempercepatkan Pencernaan

Imej via Bidadari

Air kelapa dikatakan boleh mempercepatkan proses pencernaan. Jadi, jika anda menghadapi masalah seperti sembelit, sakit perut dan sebagainya, anda sangat digalakkan untuk meminum air kelapa.

Sebagaimana terbukti melalui analisis makmal, air kelapa mengandungi kadar fiber yang tinggi dan boleh mengelakkan daripada berlaku masalah penghadaman di dalam perut.

Ia juga boleh mengelakkan daripada berlakunya gastrik apabila perut tidak berada dalam keadaan berlapar dalam masa berpanjangan.

#5 Meningkatkan Hidrasi Badan Anda

Seperti yang disebutkan di atas tadi, air kelapa dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Air ini mempunyai beberapa elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh semasa bersukan.

Ia juga lebih sihat daripada meminum air tenaga yang dijual di pasaran! Ketika sedang melakukan aktiviti yang lasak dan berpeluh, badan manusia akan hilang banyak mineral. Jangan lupa, kandungan mineralnya lebih banyak daripada air tenaga kegemaran anda.

Malah, kajian saintifik oleh para penyelidik di USM Pulau Pinang pada tahun 2002 telah membandingkan tahap rehidrasi air kelapa berbanding air berkarbohidrat dan air masak.

Hasil kajian menunjukkan air kelapa memberikan kelebihan dari segi hidrasi badan dengan mikronutrien seperti mineral dan vitamin yang sangat membantu sistem fisiologi tubuh.

#6 Mengurangkan Tekanan Darah

Menurut Dr Bruce Fife Pengarah Pusat Penyelidikan Kelapa, kajian menunjukkan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Disebabkan oleh ketidak seimbangan electrolyte di dalam badan, maka berlakunya peningkatan tekanan darah. Memandangkan air kelapa mampu untuk mengimbangkan electrolyte maka tidak hairanlah jika ia dikatakan mampu mengurangkan strok dan tekanan darah.

Adalah sangat digalakkan bagi penghidap penyakit darah tinggi untuk meminum air kelapa setiap hari untuk mengawal tekanan darah anda.

#7 Kaya Dengan Nutrien

Jangan samakan air kelapa dengan air yang dijual di pasar raya. Kerana kemampuannya lebih daripada itu! Ia mempunyai gula, vitamin, mineral, enzim dan macam macam lagi tetapi masih lagi bersifat semula jadi.

Selain itu, air kelapa juga mengandungi 5 electrolyte penting yang ada di dalam badan manusia seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium.

Berapa Banyak Yang Patut Anda Ambil?

Imej via Bidadari

Terus terang, memandangkan air kelapa boleh dinikmati begitu sahaja, tiada halangan untuk anda minum seberapa banyak yang anda suka. Walau bagaimanapun, pakar daripada Mayo Clinic sangat mengesyorkan anda untuk minum dengan banyak jika anda seorang yang aktif bersukan.

Jangan lupa untuk mencari buah yang paling segar, paling muda dan paling hijau semasa proses mencari air kelapa. Selalunya buah kelapa yang paling hijau dan muda itulah yang mengandungi air yang banyak. Goncanglah buah kelapa itu jika anda masih mahukan kepastian untuk mengetahui berapa banyak kandungan airnya.

Ayuh amalkan air kelapa dalam kehidupan seharian kita!

Kesimpulan

Jika sebelum ini pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna, air kelapa pula bolehlah dikenali dengan air ajaib dengan seribu satu khasiat.

Masih banyak penyelidikan yang boleh dilakukan untuk mencari khasiatnya kepada kita. Air kelapa merupakan sumber anugerah alam yang sangat bernilai.

Terserah kepad kita untuk memanfaatkannya kerana khususnya kita di Malaysia, buah kelapa boleh dijumpai di mana-mana, dan jika dijual sekalipun, pada harga yang berpatutan.

Rujukan

  1. Fife, Bruce. “Coconut Water: A natural rehydration beverage.” Healthy Ways Newsletter 4.4 (2007). (link)
  2. Nurlina, E., Hernawan, E., & Yulianti, A. A. (2016). The impact use of coconut water based electrolyte and roselle extract on body composition of Padjadjaran rams after 8 hour transportation. Lucrări Științifice-Universitatea de Științe Agricole și Medicină Veterinară, Seria Zootehnie66, 89-94. (link)
  3. Saat, M., Singh, R., Sirisinghe, R. G., & Nawawi, M. (2002). Rehydration after exercise with fresh young coconut water, carbohydrate-electrolyte beverage and plain water. Journal of physiological anthropology and applied human science21(2), 93-104. (link)
  4. Yong, J. W., Ge, L., Ng, Y. F., & Tan, S. N. (2009). The chemical composition and biological properties of coconut (Cocos nucifera L.) water. Molecules14(12), 5144-5164. (link)

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.