Islam adalah sebaik-baik agama. Perkataan islam datang dari arab yang bermaksud penyerahan diri kepada tuhan tanpa logik dan akal. Negara Malaysia adalah negara islam rasmi dengan majoriti rakyatnya adalah beragama islam. Selain agama islam, Malaysia juga ada penganut agama lain seperti kristian, budha, hindu dan lain-lain lagi.
Orang yang beragama islam dipanggil muslim berpegang pada 5 rukun islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Ini adalah 5 rukun islam yang wajib muslim tahu kerana ia adalah tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Dalam islam terbahagi kepada 3 kategori wanita islam. Wanita yang beragama islam dipanggil muslimah. Apakah kategori wanita islam?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 3 kategori wanita islam. Info ini dikongsikan oleh Puan Norsyahida Al-HashimyPuan Norsyahida Al-Hashimy. Puan Norsyahida gemar berkongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat di laman Facebooknya. Puan juga mempunyai seorang anak lelaki dan seorang suami yang dicintainya.
– Memikirkan hal duniawi, Seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini..upload gambar (walaupun menutup aurat) Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya.
– Memikirkan cara untuk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan pada orang lain..sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk..memikirkan cara berpakaian yang tidak tabarruj supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi.
– Memikirkan sepenuhnya kepada akhirat, mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya..menyibukkan diri untuk bekalan di akhirat kelak dan memikirkan tentang keadaan umat islam dan sentiasa mendoakan moga-moga semua akan mendapat hidayah dan beroleh syurga Allah.
●Saidatina Aisyah RA pernah berpesan :
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..”
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, jagalah kehormatanmu dan perhiasilah keperibadianmu dengan cahaya dari Allah swt… Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau di kejar oleh ribuan lelaki, Sesungguhnya itu bukan KEMULIAAN bagimu sebaliknya KEMURAHAN dirimu.
*Berikut adalah 3 kategori wanita islam. Ramai yang tidak tahu bahawa wanita islam dibahagikan kepada 3 kategori iaitu wanita muslimah, wanita mukminah dan wanita muttaqin. Selalu yang disebut adalah wanita muslimah. Wanita mukminah dan wanita muttaqin tidak disebut kerana kurang pencegahan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.