Selain kanser payudara, kanser ovari juga merupakan satu lagi kanser yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Kanser ovari merupakan kanser yang paling kerap menyerang seorang wanita.
Sebagai seorang wanita, adalah sangat penting untuk anda mengetahui info tentang kanser ovari terutamanya apakah tanda, punca, dan rawatan untuk penyakit tersebut.
Ovari adalah organ pembiakan wanita yang berfungsi untuk mengeluarkan ovum atau telur dan mengeluarkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.
Kanser ovari berlaku apabila terdapat sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari yang mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumor. Terdapat 3 jenis tumor yang dikesan dalam ovari iaitu:
Kanser ovari terbahagi kepada 4 tahap iaitu:
Rawatan untuk kanser ovari ialah bergantung kepada tahap mana kanser itu berada. Oleh itu, rawatan adalah berbeza dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.
Sekiranya seorang wanita mempunyai kanser ovari, tubuh badannya akan mengeluarkan tanda atau simptom.
Sebagai seorang wanita, adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah tanda kanser ovari kerana kanser yang dikesan pada peringkat awal dan diberikan rawatan dengan segera mempunyai peratusan untuk pulih yang lebih tinggi berbanding kanser ovari yang dikesan pada tahap yang serius. Di antara tanda kanser ovari ialah:
Kebiasaannya kita akan kencing dengan lebih banyak daripada biasa jika minum air lebih banyak daripada normal atau pun jika kita berada di tempat yang sejuk. Ia adalah sesuatu yang normal.
Walau bagaimana pun, jika secara tiba-tiba anda kencing dengan terlalu kerap tanpa sebab yang dapat dikenal-pasti kemungkinan besar ia adalah petanda bahawa anda mempunyai kanser ovari.
Tanda kanser ovari yang seterusnya ialah pesakit akan mengalami masalah perut tidak selesa serta mual-mual. Perut yang tidak selesa yang dimaksudkan di sini ialah anda akan berasa kembung, senak, dan rasa seolah-olah makanan tidak hadam.
Tidak semestinya anda berasa sakit perut. Oleh itu, jika anda berasa perut tidak selesa untuk tempoh yang lama dan dalam masa yang sama berasa mual-mual, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera untuk mendapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri anda telah mendapat kanser ovari.
Organ peranak wanita berada di bahagian bawah perut. Jika anda sakit pada bahagian tersebut, ini bermakna anda sedang mengalami rasa sakit pada organ peranakan.
Pesakit kanser ovari biasanya akan mengalami sakit atau kekejangan pada bahagian bawah perut. Anda mungkin mengalami rasa sakit seperti senggugut yang berpanjangan dan bukannya masa anda datang haid.
Pesakit kanser ovari biasanya akan mengalami perubahan pada selera makan. Mereka mungkin akan hilang selera makan secara tiba-tiba. Atau mungkin juga secara tiba-tiba menjadi seorang yang cepat makan. Selain itu, pesakit kanser ovari juga berkemungkinan untuk berasa kenyang dengan cepat semasa makan. Perubahan pada selera makan ini biasanya berlaku dalam tempoh yang lama iaitu lebih kurang 3 minggu.
Wanita yang mengidap kanser ovari biasanya mempunyai perut yang buncit. Oleh itu, jika secara tiba-tiba perut anda menjadi buncit tanpa kenaikan pada bahagian lain tubuh badan, ia adalah salah satu tanda kaner ovari yang perlu anda perhatikan.
Kepenatan yang melampau tanpa sebab juga adalah di antara tanda kanser ovari yang perlu anda perhatikan. Seseorang yang normal akan berasa segar dan sihat setiap kali bangun tidur dan cuma akan keletihan selepas berkerja sepanjang hari atau selepas melakukan aktiviti lasak yang memenatkan.
Namun jika anda sentiasa berasa penat setiap masa tanpa melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan anda keletihan, hati-hati. Itu adalah petanda bahawa ada yang tak kena dengan tubuh badan anda.
Itulah dia info tentang kanser ovari yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda disahkan mengidap kanser ovari, jangan terus putus asa.
Jalani rawatan menikut jadual yang diberikan dan dalam masa yang sama amalkan cara hidup yang sihat. Insya Allah anda boleh bebas dari kanser yang dihidapi. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan anti kanser, punca kanser, dan kanser paru-paru.