Jerawat tidak renggang daripada menjadi masalah bagi orang yang berkulit sensitif atau tidak. Pasti setiap bulan, minggu dan hari jerawat akan timbul di muka. Tidak kira jerawat nasi atau nama lain jerawat timbul kecil dan jerawat yang paling bermasalah adalah jerawat yang besar dan merah apabila timbul di muka.

Bahagian belakang badan juga tidak lari daripada ada timbul jerawat seperti bintik-bintik merah kecil. Hal ini berlaku kerana tidak menjaga kebersihan badan dan kerap berpeluh. Maka, timbul jerawat di belakang badan. Bagaimana kaedah yang mudah dan cepat untuk kecutkan jerawat-jerawat ini?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai kaedah mudah untuk mengecutkan jerawat. Info ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca info yang diberi oleh Puan Sarifa.

Info mengenai Manjakani.

kecutkan jerawat dengan manjakani
Image via Bidadari.my

Manjakani bukan sahaja bagus di rebus untuk kesihatan dalaman wanita namun sangat bagus kecutkan jerawat kat muka .

Kalau rasa macam baru nak naik jer jerawat tu tepek dekat kawasan tu. Esok tak jadi ia nak naik.

Sangat sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

Bahan yang digunakan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

kecutkan jerawat dengan manjakani
Image via Facebook
  • 1 biji manjakani di tumbuk halus (Kalau masih kasar boleh tapis ambil yang serbuk halus sahaja) 
  • 1 sudu besar tepung kacang hijau

Cara- cara membuat.

Cara membuat menggunakan bahan tadi.

Kacau sebati serbuk manjakani bersama tepung kacang hijau yang ditambah sedikit air.

Cara-cara memakai.

Antara cara memakainya:

1. Boleh dijadikan scrub wajah

2. Boleh dijadikan masker wajah

3. Boleh juga scrub badan untuk hilangkan masalah jerawat di belakang badan dan punggung.

Bagi yang inginkan kulit yang tegang boleh amalkan masker ini seminggu 2-3 kali waktu malam.

*Selepas ini jerawat bukan lagi menjadi masalah besar dengan menggunakan kaedah seperti yang dikongsikan oleh puan Sarifa. Hanya rajin dan konsisten yang diperlukan untuk dapat kulit yang halus dan mulus. Insyaallah, dengan segala usaha kita boleh mendapatkan kulit yang cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.