Perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza kerana ada kanak-kanak yang cepat belajar, ada kanak-kanak yang cepat bercakap, dan ada kanak-kanak yang sudah pandai membaca sebelum masuk tadika lagi. Ibu bapa tidak perlu risau jika anak ada masalah lambat bercakap atau lambat berjalan. Walaupun mereka lambat dalam beberapa perkara ibu bapa perlu terus berusaha untuk membantunya.

Selain itu, perkara selalu yang kita rasa tidak penting juga boleh menjadi isu seperti anak tidak pandai untuk suap sendiri makanan. Majoriti kanak-kanak sekarang, mereka akan mula pandai makan sendiri apabila mereka mula masuk tadika. Sebelum mereka mula masuk tadika, ibu atau bapa yang akan selalu suap mereka makan kerana ia lebih mudah dan cepat jika dibandingkan dengan mereka makan sendiri.

Kanak-kanak yang dari kecil sudah dihantar ke rumah pengasuh, mereka selalunya lebih berdikari berbanding kanak-kanak yang tinggal dengan di rumah sendiri. Jadi, mereka tiada masalah dalam suap makanan sendiri. Tetapi, ibu bapa jangan bimbang kerana kita masih boleh mendidik mereka untuk pandai suap makanan sendiri.

Ibu bapa boleh menggunakan kaedah Finger Food iaitu makanan yang mudah digigit, dikunyah, ditelan dan dipegang oleh bayi. Kaedah Finger Food ini perlu dididik sejak bayi lagi agar mereka biasa memegang makanan.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kaedah Finger Food boleh mendidik anak untuk pandai makan sendiri. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.

finger food

Imej via siraplimau

Kepentingan Finger Food

Finger food ni penting sangat dalam perkembangan anak-anak. Antara kepentingannya :

– Membantu dlm kemahiran asas utk anak makan

– Membantu meningkatkan kemahiran motor halus

– Membantu dalam kemahiran yg berkaitan dalam perkembangan normal anak-anak especially kemahiran oral motor (juga main peranan untuk asas bercakap)

Kalau mommy daddy semua ada masalah macam dekat atas jangan panik dan tidak terlambat untuk anda ambil tindakan. Ajar semula anak-anak ini untuk makan makanan dlm bentuk finger food iaitu yang boleh dipegang dan dimakan. Kiranya macam back to basic balik. Kalau anak tidak pandai jugak?

Mommy daddy perlu bantu anak-anak itu. Bantu mereka untuk ambil makanan, pegang, dan bawa ke mulut. Kali pertama mungkin anak akan takut (takut kepada makanan) tapi lama kelamaan anak akan biasa dengan makanan dan akan selesa untuk makan seperti biasa.

*Kesimpulannya, ibu bapa perlu biasakan anak-anak untuk pegang makanan sendiri dan didik mereka untuk makan dengan tangan. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan agak sukar tetapi hasilnya amat berbaloi. Selain dapat mendidik untuk pandai makan sendiri, kita juga dapat latih mereka untuk berdikari dan pandai bercakap. Semoga info ini dapat membantu anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.