Pernahkah anda mengambil tahu warna-warna najis si bayi? Setiap warna najis si bayi mempunyai maksudnya tersendiri. Ia melambangkan kesihatan dan cara pemakanan bayi tersebut. Warna najis bayi terletak pada cara pemakanan yang diberikan kepada bayi tersebut. Jika bayi diberi susu badan atau formula, warna-warna najis adalah berlainan.
Ibu bapa perlu ambil tahu warna-warna najis si bayi supaya apabila warna najis bayi kelihatan sedikit berlainan daripada sebelumnya, ibu bapa dapat mengagak apa yang telah berlaku kepada si bayi. Berapa banyakkah warna najis si bayi?
Mari kami kongsikan info sebenar 8 jenis warna najis bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
1. WARNA HITAM
– Kehitaman pada tahi bayi yang baru lahir disebabkan benda yang bayi telan sewaktu dalam perut, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion. Tiada apa yang perlu anda bimbangkan.
– Tahi bayi yang hampir hitam boleh disebabkan oleh zat besi. Jika anda memberikan anak anda suplemen zat besi, jadi berkemungkinan tahi menjadi hijau gelap kehitaman. Jika bayi anda tidak mengambil suplemen zat besi, sila semak dengan pakar kanak-kanak untuk kepastian.
2. WARNA KUNING MUSTARD
– Jika bayi anda minum susu ibu sepenuhnya, tahi bayi akan kelihatan seperti keju krim dengan mustard. Mungkin kelihatan seperti cirit-birit, tapi jika bayi anda tidak menunjukkan atau mengalami gejala-gejala lain (cth: demam), tidak perlu risau.
3. WARNA COKLAT KUNING
– Warna ini disertai dengan tekstur seperti mentega kacang, lebih terbentuk dan busuk, ia selalunya akan terjadi pada bayi yang diberi susu formula.
4. WARNA NAJIS BAYI PUTIH
– Warna yang luar biasa untuk tahi, dan tahi putih jarang berlaku. Tahi putih juga mungkin petanda masalah hempedu atau hati, jadi adalah lebih baik untuk membawa bayi anda ke doktor jika anda mendapati tahi warna ini, hanya untuk kepastian.
5. WARNA NAJIS BAYI MERAH
– Jika bayi anda diberikan ubi bit itu adalah perkara biasa. Jika tidak, warna merah pada tahi bayi mungkin disebabkan darah. Penyebab biasa tahi bercampur dengan darah adalah apabila puting pecah, sembelit atau isu-isu lain.
– Jika anda tidak pasti tahi merah bayi anda adalah disebabkan oleh darah dicerna dari susu ibu, maka adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor secepat mungkin.
6. WARNA HIJAU TERANG DAN BERBUIH
– Jika ia berlaku pada bayi menyusu ibu, ia mungkin mendapat terlalu banyak kolustrum (susu-awal) dan tidak cukup susu-akhir.
– Jadi, jika tahi bayi anda memang berbuih dan hijau, ia mungkin bermakna dia tidak menyusu dengan cukup pada setiap payudara.
7. BERAIR KUNING/HIJAU/COKLAT
Cirit-birit pada bayi perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi jika tidak berhenti dalam beberapa masa.
8. WARNA COKLAT GELAP
Tahi coklat gelap bermakna bayi anda telah memasuki dunia makanan pepejal. Anda akan mendapati terdapat perubahan pada tahi bayi anda masa dia mula makan makanan pejal.
*Berikut adalah jenis-jenis warna najis bayi yang ibu bapa perlu. Setiap warna najis bayi mempunyai maksudnya tersendiri dan ibu bapa perlu tahu dan berjaga-jaga. Warna najis yang menunjukkan bayi anda dalam keadaan baik adalah warna hitam dan coklat gelap. Ia adalah warna normal yang selalu kita lihat pada najis si bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.