Deria sentuhan merupakan salah satu daripada deria penting manusia. Ianya perlu dirangsang sejak bayi lagi agar mereka dapat bertindak balas seiring dengan rangsangan yag diberikan.
Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk membantu perkembangan deria sentuhan anak sejak mereka bayi lagi?
Ikuti perkongsian Puan Mahfuzah Zainol yang merupakan seorang ‘Occupational Therapist’ tentang 4 jenis ‘tactile play’ yang dapat membantu perkembangan deria sentuhan anak. Kesemua ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa semasa bermain dengan anak-anak.
Deria sentuhan sangat penting kepada diri kita semua kerana kita pasti menggunakan deria sentuhan kita dalam kehidupan seharian. Salah satu ‘sensory play’ yang sangat baik dalam membantu perkembangan deria sentuhan bayi serta kanak-kanak adalah dengan kaedah ‘tactile play’.
‘Tactile is all about TOUCH and TEXTURE’. Melalui ‘tactile play’, anak dapat bermain dengan cara menyentuh pelbagai jenis tekstur yang wujud di persekitaran mereka.
Adalah sangat penting untuk kita mempelbagaikan tekstur untuk disentuh oleh anak sejak mereka bayi lagi. Pendedahan pelbagai tekstur sebegini membolehkan otak (cognitive ability) mereka belajar untuk ‘adapt’ dengan kepelbagaian tekstur di sekeliling mereka.
Berikut merupakan 4 jenis ‘tactile play’ yang dapat membantu perkembangan deria sentuhan anak serta boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa semasa bermain dengan anak-anak.
‘Dry texture’ iaitu sebarang bahan yang mempunyai tekstur yang kering boleh dijadikan permainan buat anak-anak.
Contohnya seperti pasir, garam, pasta kering, beras, bola, daun, kacang hijau, rumput dan sebagainya yang mempunyai tekstur yang kering.
Pelbagaikan cara anak bermain sama ada bermain dengan bahan-bahan tersebut sahaja, bermain masak-masak atau mungkin bermain ‘treasure hunt’ iaitu mencari barang permainan tersembunyi di dalam bahan-bahan tersebut.
Bahan-bahan yang basah yang berada di sekeliling kita juga boleh dimainkan oleh anak-anak yang mana ianya dipanggil ‘messy play’. Walaupun hasil daripada bermain ini kelak adalah ‘messy’, ia tetap menjanjikan keseronokan buat anak-anak.
Contoh ‘messy play’ yang boleh dilakukan adalah bermain dengan air, jeli, sabun, lumpur, ‘finger paint’, ‘shaving cream’, lumpur, dan lain-lain bahan yang basah. Untuk menjadikannya lebih menarik lagi, ibu dan ayah boleh menambah pewarna ke dalam bahan-bahan yang tidak mempunyai warna mengikut kesesuaian.
Dengan cara ini, anak-anak bukan sahaja dapat mempelajari tentang tekstur sesuatu bahan itu, malah turut belajar tentang warna serta sebab dan akibat (cause and effect) apabila pewarna dicampur ke dalam bahan-bahan tadi.
‘In-between texture’ adalah bahan yang mempunyai tekstur antara tekstur basah dan kering. Bahan-bahan tersebut adalah bahan yang agak lembap, tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.
Contoh ‘in between texture’ ini adalah seperti plastisin, clay, ‘theraputty’, pasta yang basah, dan lain-lain bahan yang mempunyai tekstur separa basah.
Sama seperti ‘dry texture’ dan ‘messy play’, jadikan ia suatu permainan yang kreatif dan menarik buat anak-anak agar mereka dapat belajar banyak perkara daripada ‘tactile play’ jenis ‘in between texture’ sebegini.
‘Tactile play’ tidak terhad kepada aktiviti bermain dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan seperti di atas sahaja.
Ianya juga termasuk melakukan aktiviti yang melibatkan ‘deep pressure touch’ seperti menggunakan bantal lembut, ‘weighted vest’, ‘cuddle swing’, ‘blanket’, dan lain-lain item yang dapat memberi input sentuhan serta tekanan pada kulit anak-anak.
Selain membantu perkembangan deria sentuhan anak-anak, antara kelebihan ‘deep pressure touch’ ini adalah meningkatkan ‘body awareness’ dalam diri mereka.
Walau apa jua aktiviti berkaitan ‘tactile play’ yang dilakukan bersama anak-anak, wujudkan keseronokan dan kegembiraan di situ. Rakamkan gambar atau video agar ia dapat dimbas kembali sebagai detik-detik indah dan bermakna bersama anak.
Semoga maklumat berkenaan ‘tactile play’ ini dapat dipraktikkan oleh kita semua sebagai ibu ayah dalam membantu perkembangan deria sentuhan anak-anak.
Let’s enjoy tactile play with our kids!
*Sumber 4 jenis ‘tactile play’ ini adalah hasil perkongsian Puan Mahfuzah Zainol melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.