Terdapat banyak jenis perapan ayam yang boleh anda cuba untuk menjadikan hidangan seperti daging dan ayam jadi lebih enak.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa resepi jenis perapan ayam khusus untuk dibakar, dipanggang dan digoreng yang mudah.
Apa itu perapan?
Yummy.ph
Jenis perapan adalah kaedah merendam makanan dalam campuran bahan-bahan telah diperisa sebelum ia dimasak.
Makanan berasaskan daging seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya selalunya diperap sebelum dibakar.
Bahan-bahan perapan ini boleh diadun dengan asid seperti cuka, lemon dan bahan-bahan lain seperti minyak, rempah-rempah, herba-herba, sos tomato dan sebagainya yang dapat menambahkan rasa pada makanan yang diperap itu.
Berapa lama perlu perap ayam?
Ayam hendaklah diperap sekurang-kurangnya 30 minit sehingga 24 jam. Jika anda perap ayam selama lebih daripada 30 minit, pastikan ia disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk. Untuk hasil terbaik, elak dari perap ayam lebih dari 24 jam.
Jenis perapan ayam
Fit Foodie Finds
Berikut adalah beberapa jenis perapan ayam yang boleh anda cuba dan sangat mudah untuk dibuat:
1. Perap ayam fajita
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 cawan minyak zaitun
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar cuka beras
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu teh jintan halus
1/8 sudu teh paprika salai
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil bawang putih dikisar
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh lada kisar
1 sudu besar ketumbar dicincang
2. Perap ayam lemon
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 cawan minyak zaitun
2 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh mustard kisar
1 sudu besar dill segar
1/2 sudu besar cukar beras putih
2 sudu teh madu atau sirap maple
1/4 sudu teh garam
3. Perap ayam BBQ
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 minyak zaitun
1/4 cawan sos BBQ
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu teh paprika salai
2 ulas bawang putih dikisar
1/4 sudu teh gra,
1/4 sudu teh lada
4. Perap ayam teriyaki
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 cawan kicap
2 sudu teh halia parut
1/2 sudu teh sriracha
2 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar sirap maple
2 sudu besar bawang hijau dicincang
2 sudu besar cuka beras
5. Perap ayam Itali
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 cawan minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar cuka epal
1 sudu besar air
1 sudu teh perasa Itali
1 sudu kecil red pepper flakes
1 ulas bawang putih dikisar
2 sudu besar pasli cincang
1 sudu basil cincang
6. Perap ayam balasmic
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
1/4 cawan minyak zaitun
3 sudu besar cuka balsamic
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada
2 ulas bawang putih dikisar
1 sudu besar basil cincang
7. Perap ayam satay
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu teh bawang puith dicincang
2 sudu kecil pes halia
2 sudu besar kicap
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil kunyit
2 sudu teh serbuk cili
1/4 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu teh gula merah atau madu
Sedikit red pepper flakes
8. Perap ayam tandoori
Bahan-bahan:
1-1.5 paun dada ayam tanpa kulit dan tulang
3 sudu besar minyak zaitun
1/3 cawan yogurt susu
2 sudu teh halia dicincang
1 sudu besar bawang putih dicincang
2 sudu teh garam masala
2 sudu kecil gara,
2 sudu teh jintan manis
2 sudu kecil serbuk cili halus
1/2 sudu besar kunyit
1 sudu teh ketumbar
1 sudu kecil paprika
1/4 sudu teh serbuk cayenne (pilihan)
1 biji jus limau
9. Perap ayam rosemary
Bahan-bahan:
10 ketul ayam (kecil)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Perahan lemon
Fresh rosemary (dileret)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 sudu besar sos blackpaper
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit garam
1 sudu besar gula perang
10. Perap ayam percik
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula dan garam secukup rasa
Selain dari resepi jenis perapan ayam ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:
Info Tentang Perapan Daging Agar Lebih Enak. My Bif HQ
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.