Sebagai  orang islam, sebelum hendak menikah anda wajib tahu jenis nikah yang dilarang di dalam Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam juga, kita patut tahu jenis-jenis nikah yang diharamkan. Kita kena ambil peduli yang tidak semua jenis pernikahan itu dibenarkan dalam Islam.

Perkara ini juga sangat penting untuk diketahui oleh semua pasangan yang bakal menikah.  Sebab itulah sebelum menikah setiap pasangan wajib memantapkan ilmu perkahwinan terlebih dahulu. Ilmu sebegini amat penting untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan ketika menikah.

jenis nikah dilarang islam

image via : Nikah Explorer

Ada Beberapa Jenis Nikah Yang Dilarang Dalam Islam Yang Wajib Anda Tahu

Justeru itu, anda wajib tahu apa jenis-jenis nikah  yang tidak dibenarkan di dalam islam . Ada beberapa jenis perkahwinan ini pernah berlaku dalam masyarakat kita. Untuk kebaikkan semua anda perlulah elakkan dari perkara sebegini berlaku dalam masyarkat kita. Antaranikah tersebut ialah:

#1 – Nikah Syighar

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nikah Syighar. Nikah syighar ini ialah wali yang meletakkan syarat pertukaran atau pejanjian lain sebelum nikah tersebut berlaku.

Sebagai contoh lelaki A bersetuju menikahkan anaknya dengan lelaki B tetapi dengan syrat lelaki B wajib menyerahkan ke semua hartanya kepada lelaki A. Jika ini berlaku maka ia di kategorikan sebagai nikah yang dilarang di dalam islam

#2 – Nikah Muhallil

Nikah tahlil ini sebenarnya sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Nikah tahlil atau dalam erti kata lain nikah cina buta adalah antara nikah yang sangat terkenal dalam dalam masyarakat kita.

Nikah Tahlil berlaku apabila seorang lelaki telah belah berkahwin dengan seorang wanita dan kemudian menceraikan wanita tersebut dengan talak tiga. Kemudian lelaki tersebut meminta lelaki lain bernikah dengan bekas isterinya hanya semata-mata hendak kembali semula dengan bekas isterinya.

#3 – Nikah Mut’ah

Nikah mut’ah juga merupakan antara nikah yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Nikah mut’ah merupakan nikah kontrak. Ia kononya untuk mengelakkan dari berlakunya penzinaan.

Tetapi sebenarnya nikah sebegini tidak ada di dalam islam dan islam sangat melarang nikah sebegini kerana ia boleh menzalimi pasangan tersebut dan sebenarnya ia boleh menggalakkan lebih banyak penzinaan.

#4 – Nikah Dengan Saudara Ibu Susuan

Jenis nikah yang dilarang seterusnya ialah saudara ibu susuan. Walaupun cuma sebagai saudara tetapi anda tidak boleh mengahwini mereka. Ini kerana, anda dan juga mereka  berkongsi susuan yang sama. Justeru itu, taraf anda dan saudara susuan anda itu merupakan adik beradik dan tidak boleh berkahwin.

#5 – Berkahwin Dengan Individu Yang Mempunyai Hubungan Kekeluargaan

Mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anda seperti ayah mak dan adik beradik sememangnya haram untuk di nikah. Tidak kiralah atas alasan apa sekalipun anda tidak boleh bernikah dengan keluarga terdekat. Jjika pernikahan ini terjadi, perkahwinan anda tersebut haram dan terbatal dengan sendirinya.

Hukum Melakukan Majlis Akad Nikah Di Masjid

Di atas tadi hawa sudah menyebut beberapa jenis nikah yang dilarang dalam islam. Jadi, anda boleh jadikannya sebagai panduan untuk anda menikah nanti. Bbila anda sudah tahu apa yang dilarang ketika menikah, tibalah masa untuk anda buat majlis akad nikah.

Bila sebut sahaja pasal majlis akad nikah, ramai yang memilih untuk melakukan majlis di rumah atau di dewan.  Namun begitu, timbul pula persoalan boleh ke majlis akad nikah diadakan di masjid?. Sebenarnya, majlis akad nikah di masjid atau di mana-mana tempat yang sesuai adalah dibolehkan.

Malah, Islam juga membenarkan majlis akad nikah diadakan di masjid. Ia ada disebut dalam sebuah hadis  bahawa Nabi SAW menikahkan seorang perempuan di dalam masjid.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ

Maksudnya“Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).”

 

Walaupun di benarkan mengadakan majlis akad nikah di masjid tetapi para tetamu dan juga pasangan pengantin perlulah menjaga adab serta tata-tertib ketika berada di masjid. Antara adabnya ialah:

  1. Melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berwuduk, berniat iktikaf dan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk.
  2. Memelihara adab berpakaian ketika di masjid seperti memakai pakaian yang suci dan bersih dan menutup aurat dan jangan memakai pakaian yang menjolok mata.
  3. Memelihara adab berhias dan berdandan dengan tidak berlebihan dan keterlaluan dalam berhias sehingga melanggar syariat islam.
  4. Menjaga larangan memasuki masjid lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid.
  5. Jangan melakukan sesi bergambar dan rakaman video upacara akad nikah yang melampaui batas sehingga menjadikan masjid seolah-olah seperti studio rakaman dengan limpahan cahaya kamera.
  6. Pastikan tempat duduk antara lelaki dan perempuan dan tidak bercampur
  7. Jamuan makan dan minum perlulah diadakan di tempat yang telah disediakan khusus oleh pihak pengurusan masjid dan pihak keluarga pengantin perlulah memastikan kebersihan masjid sentiasa terjaga daripada sebarang bentuk kekotoran.
jenis nikah dilarang islam

image via : Pesona Pengantin

Adab Buat Tetamu Bukan Islam Untuk Menghadiri Majlis Akad Nikah Di Masjid

Ada beberapa adab yang perlu di patuhi bagi tetamu BUKAN ISLAM jika mereka menghadiri akad nikah di majid. Antaranya:

  1. Mendapat keizinan daripada pihak pengurusan masjid
  2. Memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian
  3. Perlakuan dan tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid, sentiasa terkawal dan beradab
  4. Tidak berdoa atau bertafakur mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah

Sebelum Hendak Menikah Pasangan Bakal Pengantin Perlulah Mempunyai Ilmu Yang Mencukupi

Nikah ini sebenarnya sesuatu yang amat indah. Dengan menikah ia dapat mengelakkan diri kita dari dosa dan dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat. Namun begitu, sebagai umat islam anda wajib tahu apa yang dilarang dilarang dalam islam mengenai akad nikah. Utamakan apa yang islam suruh dan elakkan mengamalkan adat ketika menikah yang boleh memesongkan akidah kita.

Itulah serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis nikah yang diharamkan dalam Islam dan semoga ianya dapat memberi manfaat pada pembaca. Jemput baca juga jenis cincin dalam perkahwinan  dan nusyuz seorang isteri.

Sumber:

 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.