Setiap ibu bapa mahu anak-anak membesar dengan baik dan mempunyai pertumbuhan yang bagus sepanjang pembesaran mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting sepanjang pembesaran mereka. Makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diserapkan ke dalam menu makanan anak-anak.
Pada permulaan memang agak susah untuk didik mereka tetapi lama-kelamaan mereka akan terbiasa juga. Banyak-banyak makanan yang diberikan kepada anak-anak, ada juga makanan yang tidak baik dimakan selalu oleh anak-anak. Bagi ibu bapa ia mungkin makanan biasa tetapi ia memberi kesan kepada anak-anak.
Makanan apakah yang tidak baik untuk anak-anak?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 jenis makanan yang tidak baik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masih kecil. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.
Bagi simanja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.
Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.
Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.
*5 jenis makanan ini tidak baik dimakan oleh kanak-kanak selalu. Ia boleh membuat anak-anak kita hyperactive dan susah untuk tidur malam. Memang benar gula amat penting untuk memberi tenaga kepada badan tetapi keperluan gula orang dewasa dan kanak-kanak berbeza.
Jadi kita perlu menitik beratkan makanan yang dimakan oleh anak-anak agar tidak mengambil gula berlebihan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.